"Ehem... seronok berbual? Pasal apa?"
Chanyeol, Puan Kim dan Encik Kim memandang susuk tubuh seorang gadis berdiri dan sedang menghampiri mereka. Chanyeol yang melihat wajah itu, serta-merta rasa tak selesa dan malas hendak meneruskan ceritanya. Hyeri ada kut, takkan nak mention nama kat sini? Gila?!
"Uncle, aunty, saya nak naik atas kejap." Chanyeol terus sahaja bangkit dari duduknya lalu naik ke atas. Sikit pun dia tidak pandang wajah Hyeri. Encik Kim dan Puan Kim saling berpandangan. Mereka seakan dapat merasakan bahawa Hyeri ini seperti virus yang merebak. Chanyeol pula tidak boleh kena walau sikit pun. Jika tidak, semua tak menjadi. Hancur.
"Err... saya menganggu ke?" Wajah belagak suci ditayangkan. Walaupun sekadar lakonan, mudah betul Encik Kim terperangkap. Puan Kim pula, dia masih berhati-hati. Segala kata-kata Chanyeol bermain di kepalanya.
"Tak adalah. Duduklah. Sehun macam mana? Dia makan tak?" Soal Encik Kim. Hyeri mengangguk sambil tersenyum manis. Bahagialah konon.
"Makan. Banyaklah juga. Lepas tu tadi, dia ada cakap dekat saya, esok dia nak masuk office." Kata Hyeri. Sesekali dia memandang silih-berganti wajah dua orang tua ini dengan pandangan mata yang penuh dengan agendanya.
"Nak masuk office?! Jangan, jangan. Uncle tak izinkan. Dia tu nak turun ke bawah pun tak nak, nak keluar ke office. Tak payah, tak payah." Tergeleng-geleng kepala Encik Kim tanda tidak mengizinkan Sehun untuk datang ke pejabat esok. Puan Kim yang lagi tadi diam sahaja, mengangkat punggung dan berlalu ke dapur.
"Biarlah dia, uncle. Saya rasa dia dah lama tak jalan-jalan keluar. Biarlah dia bina hidup baru. Lagipun nampaknya dia dah dapat terima, yang Jin Hye tak akan datang jenguk dia lagi." Kata Hyeri. Mereka-reka cerita yang tidak betul. Cakap kat orang sana, lain. Kat orang sini, lain. Bertalam-talam jadinya.
Encik Kim terdiam. Dia menunduk sebentar. Betul ke Hyeri seperti apa yang Chanyeol katakan tadi? Menurut firasatnya, apa yang Chanyeol katakan tadi, tidak benar. Hyeri nampak lain. Seakan tidak tahu apa-apa. Dia banyak membantu Sehun untuk membina hidup baru. Hatinya juga kuat mengatakan, Jin Hye seperti melepaskan tanggungjawab sebagai seorang isteri begitu sahaja. Langsung tidak menjenguk, langsung tidak mengirimkan khabar. Bertanyakan khabar kepada suami sendiri apatah lagi. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja Encik Kim merasakan ada sesuatu naluri benci menjalar di segenap tubuhnya untuk Jin Hye.
"Uncle nak cakap sesuatu dekat kamu. Tapi janji dengan uncle, jangan bagitahu sesiapa." Kata Encik Kim dengan wajah yang betul-betul serius. Hyeri mengerutkan dahinya. Dia berminat hendak tahu. Tubuh ditegakkan dan dipandang anak mata Encik Kim dalam-dalam.
"Kenapa uncle? Ada apa-apa benda yang tak kena ke?"
Encik Kim berdehem sedikit. Dia perlu tanya, supaya segala apa yang terbayang di mindanya sekarang ini terjawab.
"Sehun dengan Jin Hye sebelum ni, ada masalah ke? Maksud uncle, diorang bahagia dengan perkahwinan diorang?" Hyeri yang mendengar soalan emas itu tersenyum dan ketawa jahat di dalam hati. Seperti si buta mendapat tongkat situasinya sekarang. Tidak dipinta langsung soalan itu diajukan untuknya tetapi apabila peluang sudah berada di hadapan mata, tak salahkan untuk hancurkan orang yang selama ini dia benci?
"Tak... dulu diorang tak bahagia pun. Sikit pun tak, uncle. Saya selalu jadi orang tengah diorang. Cuma... Sehun je yang bertepuk sebelah tangan. Jin Hye langsung tak cintakan Sehun. Dia.. dia ada orang lain." Ambil kau! Nak main-main dengan aku lagikan, Jin Hye? Kau rasakan. Bukan kau sorang nanti orang tua ni benci, dengan Chanyeol sekali orang tua ni menyampah. Padan muka kau.
"Apa?! Betul ke apa yang kamu cakapkan ni, Hyeri?" Hampir terjerit Encik Kim dibuatnya mendengar penjelasan Hyeri itu.
"Ya. Takkan saya nak menipu pula."
"Habis anak yang dia kandungkan tu, anak siapa?" Tanya Encik Kim. Hyeri tersentak sedikit. Anak? Jin Hye mengandung?! Kenapa dia tidak tahu tentang ini? Jadi Jin Hye mengandung? Mengandungkan anak Sehun? Ah, payah. Dia langsung tidak tahu tentang semua ini.
"Err... mengandung? Setahu saya, Sehun.. Sehun pernah cakap dekat saya yang... Jin Hye tak pernah izinkan untuk sentuh dia." Semakin banyak bercakap, semakin banyak pembohongannya. Dan semakin senang untuk Encik Kim ditipu.
"Habis tu selama ni?! Itu anak siapa?!" Encik Kim langsung tidak dapat hendak menahan perasaan lagi. Dia berdiri tegak sambil menyuarakan soalan dengan nada yang cukup tinggi. Puan Kim yang berada di dapur terkejut, Chanyeol yang sedang menuruni anak tangga juga terperanjat. Tetapi tidak bagi Hyeri. Dia nampak biasa sahaja, tetapi masih buat-buat terkejut. Dia juga turut berdiri.
"Saya tak tahu, uncle. Mungkin.. mungkin tu anak Chanyeol.." nama Chanyeol diterbitkannya pula. Encik Kim membuntangkan matanya. Chanyeol yang dalam perjalanan menuju ke tempat Hyeri dan Encik Kim duduk terkejut. Kaku dia berdiri. Puan Kim menekup mulut mendengar ayat itu.
"Apa ni?! Apa yang kau cakapkan ni, Hyeri?! Hah?!" Jerkah Chanyeol dengan suara yang cukup lantang. Encik Kim memandang Chanyeol dengan pandangan mata yang cukup tajam. Berderau darah menyerbu muka.
"Uncle ingatkan kau ni lelaki baik. Kau dengan perempuan tu, sama-sama murahan. Sanggup kau tidur dengan isteri kawan kau sendiri, Chanyeol?! Habis apa yang kau cakapkan tadi tu, semua bohonglahkan? Sengaja kau nak satukan Jin Hye dengan Sehun balik sebab kau dah dapat apa yang kau nak?! Chanyeol, kau dengar sini ya, uncle tak akan segan-segan atau takut-takut nak laporkan kau kat pihak polis tentang semua ni. Lepas ni, uncle tak nak kau ada kat rumah ni lagi. Kalau tak..." kata-kata Encik Kim terhenti apabila tangannya automatik memegang dada. Puan Kim yang melihat keadaan itu segera mendapatkan suaminya. Hyeri juga sama. Dia membantu Encik Kim melabuhkan punggung di sofa sementara matanya tajam memandang Chanyeol yang sudah kaku berdiri itu.
Hyeri mendapatkan Chanyeol. Dia memandang anak mata yang sudah kemerahan itu menahan dendam dan api kemarahan yang cukup menggila.
"Siapa suruh cari masalah dengan aku? Padan dengan muka kacak kau ni, Chanyeol. Aku tak suka lambat-lambat. Aku suka sekali gus. Lebih senang kerja aku nak hancurkan Jin Hye. Kau sekali." Ujar Hyeri berbisik di telinga Chanyeol. Lepas itu, dia melangkah naik ke atas sebelum turun semula untuk menghidupkan enjin kereta.
"Chanyeol, tolong aunty. Aunty percaya kamu. Jangan risau, kamu ada aunty. Aunty tolong kamu buktikan benda yang betul. Tolong aunty, Chanyeol." Puan Kim menyentuh lengan Chanyeol perlahan. Chanyeol memandang wajah Puan Kim dengan mata yang bergenang. Dia hampir terjun ke dalam jurang, tetapi ada pula orang memberikan pertolongan. Dia benar-benar rasa hendak menangis. Hampir dia berputus asa.
"Terima kasih sebab percaya saya." Hampir tidak kedengaran ayat itu. Puan Kim menangguk laju. Chanyeol mengelap wajah dengan telapak tangan sebelum mendapatkan Encik Kim dan memapah orang tua itu ke luar.
"Aunty pergi dulu. Jagakan Sehun sekejap ya? Kalau ada apa-apa, bagitahu aunty. Malam ni aunty tak balik. Jaga diri, sayang." Pelbagai pesanan dihulurkan buat Chanyeol sebelum Puan Kim masuk ke dalam perut kereta. Chanyeol mengangguk kecil. Matanya fokus pada wajah Hyeri. Wajah yang cantik, tetapi penuh dengan muslihat. Hatinya busuk sungguh sehingga sanggup mereka cerita yang tidak-tidak.
"Aku akan buktikan, Hyeri yang kau adalah ular yang berbisa dalam semua ni. Aku akan buktikan. Tengoklah..."
Bersambung....
Hohohoho!! So how, guys? I think part ni paling mencabar untuk saya taip sebab saya tengah kejar masa nak tengok Harraz Naufal nanti pukul 7 kat TV. Bila dh tgok tu, jangan harap nak menyambung FF. so, enjoy and drop your comment. Khakahh!!!
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfiction"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...