♥ 48장 ♥

5.6K 556 27
                                    

"Puan, kejap lagi nak buat ujian air kencing. Ambil bekas ni ya?" Kata Doktor Julia yang merupakan doktor khas ibu mengandung di klinik ini. Jin Hye mengangguk lantas bangun dari tempat duduknya. Bekas sederhana besar dicapai lalu dia menuju ke pintu untuk ke tandas. Ketika dia melangkah keluar, matanya terpandang sesusuk tubuh seorang lelaki yang amat dia kenali sekali. Bulat matanya melihat lelaki itu bersama dengan seorang gadis yang selama ini mendengki dengannya. Gadis itulah yang menyebabkan dia jadi begini.

Dia tidak mahu dia dilihat oleh mana-mana antara mereka. Lantas dia terus menonong masuk ke dalam tandas yang berada di hujung. Sikit pun dia tidak pandang ke belakang. Tombol dipulas dan dia merapatkannya perlahan. Seraya dengan itu, air matanya tumpah.

"Sehun.. Sehun..." teresak-esak dia menyebut nama Sehun. Ya, lelaki itu adalah Sehun dan gadis itu adalah Hyeri. Pasangan itu berjalan beriringan masuk ke dalam klinik ini. Keadaan mereka... nampak mesra. Tetapi dia tidak mampu menghalang. Itu adalah impiannya untuk melihat Sehun bahagia. Jika dia semakin menganggu, nyawa Sehun pasti terancam. Dia tidak mahu itu yang berlaku. Dia boleh gila jika Sehun pergi selamanya.

'Tapi dia datang klinik kenapa?' Jin Hye memusingkan tubuhnya untuk membuka pintu kembali. Dia mahu memerhatikan Sehun dari jauh. Melepaskan rindu walau sekejap, itu sudah cukup.

'Demam?' Jin Hye melihat Sehun dari celah pintu itu. Bergeletar bibirnya melihat tangan Sehun dan Hyeri saling bergandingan. Tetapi matanya tetap fokus pada Sehun sahaja. Lelaki itu tampak kurus, tidak bermaya dan kurang sihat. Teruk sangatkah keadaan lelaki itu sepanjang dia tiada? Jika dikira, hampir dua bulan juga dia dan Sehun berpisah. Jika dia pun mengambil masa untuk pulih, lagikan Sehun. Dia mengerti dan dia cuba belajar untuk hidup tanpa adanya lelaki tersebut.

'Saya harap awak bahagia tanpa saya. Kalau boleh, lupakan saya dulu buat sementara waktu ni. Mungkin suatu hari nanti kita akan jumpa. Kan?'

"Jin... Jin Hye?"

Jin Hye memusingkan tubuhnya ke belakang. Rahangnya terbuka.

"Cha.. Chanyeol oppa.."


**********


"Selama ni duduk mana? Kenapa pergi, Jin Hye? Tengok keadaan Sehun sekarang. Dia..."

"Oppa, bukan saya sengaja. Saya pergi bersebab."

"Sebab dia termarah Jin Hye? Macam tu?" Chanyeol meneka. Mereka masih di dalam tandas. 7 minit berlalu.

"Ter.. termarah? Bukan dia..."

"Tak. Dia ingat yang call Hyeri. Rupanya Jin Hye. Dia tak tengok masa angkat. Sebab at the same time, Hyeri disturb him. I'm sorry from pihak Sehun." Kata Chanyeol. Lega hatinya setelah wajah Jin Hye berada di hadapan mata. Dia selaku 'abang' kepada Jin Hye benar-benar senang hati. Jadi tidaklah jauh mana Jin Hye dan Sehun selama ini.

"Oh. Tapi..." Jin Hye menunduk. Chanyeol cuba mencuri pandang wajah Jin Hye.

"Tapi?"

"Hyeri. Dia... dia ugut saya." Chanyeol tersentak mendengar pemberitahuan Jin Hye. Bingo! Apa yang dia fikirkan selama ini benar. Memang benar. Pasti kehilangan Jin Hye ada kena mengena dengan Hyeri. Jelas sekali, Hyeri mengugut gadis ini.

"Dia ugut Jin Hye? Dia kata apa?" Chanyeol semakin berminat mahu mengorek rahsia. Dia mahu bukti yang kukuh untuk menyingkirkan Hyeri dari keluarga Sehun.

"Boleh tak nanti je kita berbual? Saya ada check up. Tak pun, kita jumpa. Boleh?" Pinta Jin Hye apabila dia perasan, dia sudah terlewat. Dia belum mengambil air kencing lagi.

"Aaa... okey. Nanti oppa call."

"Handphone... saya tak pakai phone lama. Tertinggal kat rumah Sehun. Tapi saya ingat nombor telefon oppa. Nanti saya call. Okey?"

"Okey. I'm wait Jin Hye. Take care." Pesan Chanyeol sebelum mereka berpisah.


Bersambung...

Sorry pendek. Dua tiga hari ni emosi x stabil. Ada masalah 'hati perasaan'. K bye

[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now