Sesampainya di klinik, Jin Hye segera masuk ke dalam. Bagaikan si buta mendapat tongkat, keluar sahaja dia dari rumah tadi, ada satu teksi singgah di rumah sebelah. Kebetulan dia memang memerlukan teksi ke sini, tahan sahajalah untuk ke sini.
"Cik..." Jin Hye menegur seorang pembantu klinik yang bertugas di bahagian kaunter. Gadis lingkungan 20-an itu mengangkat wajah seraya melemparkan senyuman manis kepada Jin Hye.
"Ya? Puan nak buat baby check up ke?" Gadis bertag nama Suzy menanya. Bagaikan mengerti dan memahami riak wajah separuh muram Jin Hye.
"Ya. Mana ya nak letak kad kesihatan?" Soal Jin Hye.
"Sini, puan. Oh ya, kad pengenalan puan letak sekali ya?" Lembut tutur kata Suzy meminta Jin Hye mengeluarkan kad pengenalannya. Jin Hye senyum. Dia mengambil beg duitnya lalu mengeluarkan kad pengenalan rakyat Korea. Diletakkan kad itu bersama kad kesihatan ibu mengandung di dalam satu bekas kecil.
"Terima kasih, ya?" Jin Hye menunduk hormat ke arah Suzy. Suzy membalasnya dengan senyuman. Tetapi senyumannya mati tatkala dia teringatkan sesuatu.
"Puan!" Suzy menjerit kecil. Jin Hye menoleh. Terbantut dia mahu duduk di sebelah seorang wanita mengandung yang bersama suami di sebelahnya.
"Ya?"
"Erm..." Suzy keluar dari kaunter. Tidak enak rasanya menanya soalan seperti ini di hadapan umum. Dia mendekati Jin Hye dan berdiri di hadapan Jin Hye.
"Puan first check up kan?"
"Ya. Kenapa?"
Suzy serba salah. Dia terjenguk-jenguk melihat luar klinik.
"Puan datang sendiri ke? Ini first check up, biasanya ada..."
"Err... husband saya outstation. Dia tak dapat nak balik." Jin Hye segera mengalihkan pertanyaan Suzy yang mampu mengguriskan hatinya. Senyuman palsu yang biasa di cuba ikhlaskan muncul. Suzy mengangguk. Serba salah. Buat kali yang kedua.
"Maaf, puan. Saya minta maaf." Suzy menunduk-nunduk tanda maaf. Mujur dia berbisik tadi. Jika tidak, pasti satu klinik tahu. Ditambahkan lagi, di dalam klinik ini, hanya Jin Hye sahaja tidak berpasangan. Yang lain semua lengkap bersama suami tercinta.
"Eh, tak apa. Small matter." Senyum lagi. Seperti tadi, palsu.
"Tunggu nama puan dipanggil ya? Saya masuk kaunter dulu." Suzy meminta diri. Jin Hye angguk. Melihat Suzy beredar, dia melabuhkan punggungnya di kerusi panjang yang empuk itu perlahan-lahan. Keluhan berat dilepaskan. Dia menjeling pasangan yang berada di sebelah kirinya.
Sepasang suami isteri yang nampaknya melakukan pemeriksaan pertama juga, sama sepertinya. Mereka kelihatan begitu bahagia. Di samping gurau senda, gelak tawa, senyum dan manja mereka antara satu sama lain. Cemburu? Siapa kata tidak. Dia terlalu cemburu sehinggakan ada cecair hangat yang bertakung di empangan matanya. Bimbang ia akan tumpah, segera di mengalihkan kepala dari terus merenung pasangan itu lagi. Dari hujung pintu, sampailah ke tempatnya, semua bersuami. Kecuali dia. Rasa janggal pun ada. Tetapi dia menganggap, Sehun kini di luar negara. Barulah lega walaupun tidak lama.
"Ehem..." Jin Hye menoleh ke kiri. Wanita mengandung di sebelahnya berdehem.
"Anyeonghasaeyo. Yoo Ga In imnida." Wanita bernama Ga In menegur dan memperkenalkan diri sambil tersenyum mesra. Jin Hye membalas lalu berkata, "Jin Hye. Seo Jin Hye imnida."
"Check up?" Jin Hye menanya lagi. Bermesra sedikit meskipun ada rasa malu terbit di hati.
"Ya. Awak?"
"Samalah. First check up." Kata Jin Hye. Ga In mengangguk tanda faham. Dia memandang Jin Hye lagi.
"Mana husband? Biasanya first check up, husband wajib adakan?" Ga In menanya. Jin Hye agak tersentak mendengar soalan 'panas' itu. Dia ingin meletup tetapi dia tahan. Ini bukan salah ibu mengandung ini. Bukan salah dia juga. Tiada sesiapa yang salah kerana Ga In tidak tahu apa-apa dan dia pula tidak buat apa-apa benda yang membuatkan Ga In menanya soalan panas seperti itu.
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfiction"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...