Jin Hye membuka kasutnya apabila tiba di persisiran pantai. Terasa sejuk mata memandang pantai pada malam-malam begini. Orang lain sedang sibuk menyiapkan segala persiapan untuk esok. Dia berjalan di persisiran pantai ini. Sehun? Entah. Dia dan Sehun pun bergerak dari hotel secara berasingan sehingga menimbul rasa syak pada hati rakannya, Minra. Mujur Minra tidak menyertai sekali. Jika tidak, pasti sudah kantoi yang dia dan Sehun memang tidak sehaluan dari awal bernikah lagi. Dia tidak mahu Minra tahu yang Sehun bencikannya. Bimbang nanti akan terbocor ke telinga orang lain.
"Hai." Seseorang menegur Jin Hye dari belakang. Jin Hye sedikit terkejut lalu memusingkan kepalanya ke belakang. Cahaya lampu yang dipasang oleh pihak wedding planner membantu Jin Hye menilik wajah itu. Dia terkejut beruk.
"Lu.. Luhan?" Air mata Jin Hye serta-merta bertakung melihat wajah lelaki yang dia cintakan selama ini berada di hadapannya. Wajah itu sedang tersenyum. Jin Hye juga tersenyum lebar. Luhan kembali!
"Oppa!!! Jin rindukan oppa. Jangan tinggalkan Jin lagi..." segera Jin Hye memeluk tubuh itu sambil menangis teresak-esak. Dia menanti tangan Luhan membalas rangkulannya tetapi apa yang dia dapat adalah... tolak perlahan pada bahunya. Seakan-akan minta pelukan ini segera dilepaskan.
"Jin Hye?" Jin Hye mengerutkan dahi mendengar suara itu. Lebih garau dan.. tidak sama langsung dengan Luhan. Segera dia melepaskan pelukan untuk melihat gerangan itu. Alangkah terkejutnya dia apabila wajah orang lain yang bertapa di mata.
"Cha.. Chanyeol oppa?"
"Err... ya. Mana... mana ada Luhan." Agak serba salah Chanyeol membalas apabila melihat wajah Jin Hye berubah. Sehingga tergagap-gagap dia dibuatnya. Dia sengaja menegur Jin Hye tadi kerana Puan Kim Juna dan Puan Seo Dahye mengarahkannya supaya memanggil Jin Hye. Tapi lain pula yang berlaku. Chanyeol faham, Jin Hye termenung kerana rindu. Siapa tak rindu? Dia pun rindu. Lagi sudah bertahun bergelar sahabat. Perit juga rasanya hati hendak menelan berita tentang kematian Luhan.
"Maafkan saya. Saya tak sengaja terpeluk oppa tadi." Jujur Jin Hye lalu menundukkan kepalanya sedikit. Sudah terbiasa membahasakan orang yang dikenali dan yang lebih tua darinya dengan panggilan itu. Kalau Sehun... dia tidak rasa hendak memanggil dengan perkataan oppa. Makin dia buat, makin terluka hatinya.
Jin Hye kembali membuang pandang pada bentangan air laut yang luas. Sesekali lampu menara api yang berbatu jauh dari tempatnya dan Chanyeol berdiri itu.
"Tadi... ibu dengan ibu mertua Jin Hye suruh oppa panggil Jin Hye. Pergilah jumpa sana. Mana tahu ada hal penting." Chanyeol memberitahu hasrat sebenarnya. Dia juga turut berdiri di sebelah Jin Hye yang separas bahunya sahaja apabila berdiri.
"Diorang nak apa?" Tanya Jin Hye. Dia mendongak memandang Chanyeol yang seperti menara Eiffel tingginya.
"Entah. Oppa pun tak tahu." Chanyeol menggelengkan kepalanya. Jin Hye mengeluh kecil. Terasa berat kaki rasanya. Pasti saudara-mara akan tanya itu ini tentang suaminya, Luhan. Walaupun dia juga yang bersetuju memberitahu saudara-mara sahaja tentang pertukaran Sehun sebagai pengantin lelaki, tetapi itu tidak bermakna dia mahu membuka mulut menjelaskan tentang kematian Luhan. Tak sampai hati rasanya hendak memberitahu soal Luhan kepada yang lain. Tiada sesiapa yang tahu tentang ini melainkan saudara-mara sahaja. Ah! Lantaklah apa pun yang terjadi, dia tetap juga akan mendiamkan diri. Banyak benda yang sedang menghimpitnya sekarang. Dengan Sehun lagi. Semakin serabut rasanya.
"Jin Hye, pergilah sana jumpa." Kata Chnyeol buat kali yang kedua. Jin Hye menggeleng kecil. "Nantilah."
Chanyeol mengerutkan dahinya. "Kenapa pulak?"
"Saya nak tenangkan fikiran kejap. Serabut sangat. Sampai susah dah nak fikir." Luah Jin Hye sedikit. Dia memeluk tubuh sambil kakinya yang tidak beralas itu bermain air yang sesekali membantai kaki. Sejuk rasanya sehingga ke otak.
"Oppa faham, Jin Hye. Walaupun oppa ni tak pernah kahwin atau bercinta sekalipun, tapi oppa faham. Oppa lebih tua dari Jin Hye dan dah anggap Jin Hye macam adik oppa. Tak payahlah risaukan lagi. Biarlah Luhan tenang kat sana." Nasihat Chanyeol sedikit. Dia juga membuka sandalnya dan mencecahkan telapak kaki pada permukaan pasir yang halus itu. Sandal dicampak ke daratan dengan lebih jauh supaya tidak terkena air.
"Oppa tak faham perasaan saya bila dapat tahu yang dia dah tak ada."
"Siapa kata? Oppa kawan dia tahu. Perit rasanya nak terima berita tu. Jin Hye, kita ni manusia. Sama-sama rasa kehilangan walaupun oppa lelaki, Jin Hye tu perempuan. Kalau dah kata namanya sedih, memang sedih. Tak ada istilah lain atau tak sama." Balas Chanyeol panjang lebar menyebabkan Jin Hye terdiam sebentar. Ada benar juga kata-kata Chanyeol itu. Manusia, semuanya sama walaupun berlainan jantina. Semua manusia boleh rasa sedih. Termasuklah dia dan Chanyeol.
"Hmm... kata oppa tu betul. Tapi sakit rasanya nak terima."
"Ya. Sakit sangat. Tapikan sekarang Jin Hye dah ada Sehun. Belajarlah cintakan Sehun pula. Tak mustahilkan Sehun boleh jadi pengganti Luhan?" Kata Chanyeol yang seakan-akan memujuk Jin Hye.
Jin Hye merenung Chanyeol dengan satu pandang tanpa mengerdipkan mata. "Tak mungkin saya boleh cintakan Se..."
"Sayang?" Tumpuan mereka berdua kini terarah kepada satu suara yang menegur.
"Err... Sehun..." kekok rasa Jin Hye dibuatnya apabila Sehun melingkarkan tangan pada pinggangnya. Sehun berdiri betul-betul rapat dengannya. Masih terngiang juga telinganya mendengar Sehun memanggilnya 'sayang'.
"Ohh okey. Aku tak nak ganggu kau dating dengan Jin Hye. Kau jangan buruk sangka pula. Aku saja je teman dia kat sini. Aku pergi dulu. Bye!" Segera Chanyeol melangkah meninggalkan Sehun dan Jin Hye berdua-duaan. Memberikan sedikit ruang kepada pasangan baru berkahwin ini.
"Seronok mengadu?" Sindir Sehun tanpa memandang wajah Jin Hye. Pelukan masih lagi berada di pinggangnya.
"Mengadu apa?" Kedutan lahir di dahi Jin Hye. Sehun tersenyum sinis, menyampah.
"Tengok dekat hotel nanti. Siap kau."
Bersambung...
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfiction"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...