♥ 16장 ♥

10.7K 783 57
                                    

Sudah seminggu Sehun dan Jin Hye berbaik. Hubungan mereka juga boleh dikatakan bertambah erat. Jin Hye tidak sangka, Sehun seorang yang manja rupa-rupanya. Segala keraguan yang pada awalnya menghurung diri Jin Hye pergi begitu sahaja. Nama Chanyeol pula sudah tiada di hati. Nama Sehun pula yang sedikit demi sedikit yang mengganti.

"Jin Hye..." Sehun menegur Jin Hye yang sedang memasukkan buah epal ke dalam peti ais.

"Haa... apa dia?" Tidak perlu takut-takut lagi hendak menjawab atau mengangkat kepala memandang wajah Sehun itu.

"Emm... barang-barang dapur ada?" Tanya Sehun dengan suara yang begitu lembut. Auchhh! Mesti sweetkan? Huhuhu.

Jin Hye diam. Dia tidak dengar apa yang Sehun katakan kerana khusyuk menyusun kembali benda-benda yang ada di dalam peti ais.

"Jin Hye..." Sehun menyeru lagi. Jarak mereka boleh dikatakan agak jauh jugalah. Dalam lima langkah gadis. Jauhlah juga tu kan tetapi sepatutnya Jin Hye boleh dengar. Tetapi disebabkan dia sibuk, dia tidak dengar.

"Ooo... Jin Hye." Tetap tak jalan. Sehun mengeluh pendek.

"Sayang!"

"Hah?!" Kini, mereka sama-sama terkejut. Jin Hye menoleh ke belakang dengan mata yang membulat, Sehun pula cover cuak di wajah. Dia membuat muka tidak tahu.

"Apa tadi awak cakap?" Jin Hye bangkit. Dia menutup peti ais dan pergi ke arah Sehun. Adakah telinganya salah dengar? Atau... memang Sehun ada menyebut perkataan... sayang tadi? Sehun memanggilnya ke? Habis takkan dia panggil peti ais sayang pula? Buang tabiat ke apa? Habis tu takkan dia pula? Aduhh... jantung. Apa pasal sama kamu???

"Apa? Saya cakap apa? Saya panggil nama awaklah tadi..." jawab Sehun. Seolah-olah tidak tahu apa-apa. Jin Hye mengecilkan matanya. Kadang Sehun tidak boleh percaya ni. Tapi dia diam. Tak naklah nampak menonjol sangat. Malu!

"Okey. Awak nak apa panggil tadi?"

Sehun melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan yang dekat dengannya itu. Jin Hye hanya memerhati sahaja.

"Barang-barang dapur ada lagi tak?"

"Ohh... emm... macam... tak ada. Kenapa? Nak beli?" Soal Jin Hye dan dijawab dengan anggukan Sehun. Lelaki itu menongkat dagu, comellah konon. Jin Hye tersenyum nipis. Dia memang tak boleh nak tahan senyum kalau lelaki itu buat wajah-wajah nak kena penampar macam tu.

"Fikir comellah?" Anak rambut Sehun yang menutupi dahi lelaki itu ditarik lembut. Sehun mengaduh kecil. Tangan Jin Hye ditarik perlahan. Dia bangun.

"Memang comel pun." Bisik Sehun di telinga Jin Hye. Geli-geleman dia dibuatnya kerana Jin Hye sensitif di bahagian telinga. Dada Sehun ditolak perlahan.

"Perasan."

"Siapa? Saya? Well... I'm your beloved husband..."

Jin Hye terdiam sebentar lalu mendongak memandang Sehun yang lebih tinggi daripadanya itu. Kadang-kala... dia tidak percaya juga dengan Sehun. Dan kadang-kala, dia sendiri yang cair-mair dengan lelaki bergelar suami kepadanya ini. Tidak percaya kerana kata-kata lelaki itu. Cair dengan perbuatan pula. Sumpah, dia boleh katakan Sehun berubah drastik sejak pulang ke rumah. Tiada lagi bahasa kasar. Tiada lagi tengking-menengking. Lembut dan manja sahaja percakapannya. Mana taknya dia cair? Entah bila agaknya dia dapat bercakap hati ke hati dengan Sehun. Dia ingin tahu bagaimana isi hati sebenar Sehun terhadapnya.

"Kalau saya nak tanya... boleh?" Soal Jin Hye. Dia ingin mengajukan soalan panas sikit ni. Sehun mengerutkan dahinya.

"Apa dia?"

[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now