♥ 33장 ♥

6.2K 566 10
                                    

Haneul, Jaerin, dan Yura tercungap-cungap mengejar Jin Hye yang menghala ke perpustakaan itu.

"Jin Hye!" Haneul memanggil. Sekali jeritan sahaja, satu lobi universiti ini bergema dan sekali gus menarik perhatian Jin Hye untuk melihat belakang. 

"Apa?" Tanpa berperasaan, Jin Hye menyoal. Buku-buku tebal yang didukung membuatkan Jin Hye rasa tiada masa lagi yang tinggal. Selepas ini dia hendak menelefon Sehun kerana lelaki itu berkali-kali membuat panggilan untuknya tadi. Tetapi dia tidak mendengarnya. 

"Penatnya kejap kau! Ha... ni, tadi Prof. Wang minta kau masuk bilik dia." Ujar Yura dalam keadaan tercungap-cungap dan membetulkan nafas. 

"Dia nak jumpa aku? Buat apa?" Jin Hye menyoal. Haneul, Jaerin dan Yura hanya menggeleng tanda tidak tahu. Jin Hye menggigit bibir, bimbang. Sebenarnya, sejak kali pertama dia menjejakkan kaki ke universiti ini, Prof. Wang ialah orang pertama yang merenungnya. Kalau setakat pandang sekilas itu dimaafkan, ini sekali pandang tak lepas-lepas. Gila ke apa?!

"Boleh tak korang temankan aku ke bilik dia nanti?" Pinta Jin Hye dengan wajah yang cukup cuak. Haneul, Jaerin dan Yura berpandangan sesama sendiri sebelum Jaerin berkata, "Bukan kami tak nak temankan kau, tapi awal-awal lagi tadi Prof. Wang dah kata, dia nak jumpa kau sorang je. Dia tak nak ada sesiapa ganggu kau dengan dia."

Jin Hye menarik nafas panjang. Parah. Kalau sudah niat lelaki 30-an itu begitu, takkan dia hendak mengingkar juga? Mana tahu.. ini melibatkan pelajaran. 

"Hmm.. kalau macam tu, kat luar bilik bolehkan?" Jin Hye masih lagi tidak boleh bergerak solo. Dia mahukan ada tiga rakannya ini sekali bersama walaupun dalam jarak yang berbeza.

"Haa.. itu boleh. So, bila kau nak pergi? Sekarang?" Tanya Yura. 

"Eh tak. Nanti dalam pukul.. 4? Sebab hari ni aku busy sikit. Bolehkan?" 

Mereka bertiga mengangguk tanda setuju. "No problem. Haa ni... boleh aku tanya?" Jaerin mengangkat-angkat kening. Jin Hye memandang rakannya itu dengan dahi yang berkedut. 

"Apa dia?"

"Lelaki yang selalu hantar dengan jemput kau tu, siapa eh?" Soal Jaerin dengan anak mata yang seolah-olah berbunga-bunga. Yura dan Haneul turut sama seperti Jaerin. Sudah lama mereka memerhatikan 'lelaki' yang menghantar dan menjemput Jin Hye setiap hari ke sini. Nak menanya, kadang tak kena masa. Dan sekarang, masanya sudah tiba.

"Siapa? Lelaki yang..."

"Ya!!! Siapa dia, Jin?! Aku exited ni. Lama dah aku ushar dia bila dia hantar kau." Selamba sahaja Haneul berkata. Terang-terangan dia menyatakan keterujaannya terhadap 'lelaki' tersebut.

"Hahahahaah!!" Jin Hye ketawa besar. Kelakar dengan tiga rakannya ini.

"Asal kau gelak duh?" 

"Haihh.. aku tak nak bagitahulah. Aku nak korang tahu sendiri siapa lelaki tu. Arachi?" Perkataan 'lelaki' ditekankan menyebabkan Haneul, Jaerin dan Yura mengecilkan matanya. Mereka seperti tidak dapat berfikir dengan lebih lanjut tentang itu. Langsung tidak terfikir jika Jin Hye dan 'lelaki' tersebut mempunyai hubungan istimewa.

"Yahh... yahh..." 

"Dahlah tu! Jom teman aku pergi library kejap." Jin Hye segera memintas tajuk. Baru beberapa langkah dia menapak, kepalanya tiba-tiba sahaja berpusing. Buku yang didukung tadi terjatuh dan dia tersungkur.

"Jin Hye!" Haneul, Jaerin, dan Yura segera berlari menuju ke arah Jin Hye. Dipegang tubuh itu dengan berhati-hati.

"Kau... kau okey?!" 

"Aku.. aku okey. Jangan risau." Jin Hye menolak perlahan tangan rakan-rakannya apabila dia sudah pun mampu berdiri. Tadi baik sahaja. Ini datang lagi peningnya. Dia tidak faham mengapa dengan keadaan dirinya ini.

"Kau pening ni. Jom kita ke klinik." Yura mengajak tetapi seperti pagi tadi, Jin Hye menggeleng laju. Dia tidak akan ke klinik kerana fobia dengan bau hospital. Sebab itulah dia tidak mahu ke klinik mahupun hospital. Selagi dia mampu, dia akan bertahan.

"Haihh... kau dah sakit ni. Jomlah." Haneul memaksa.

"Tak naklah! Aku okey." Jin Hye membentak kecil dan sedikit lembut. Peningnya hilang, serta-merta. Pelik bukan?

"Eh, okey pula. Tadi..." Jaerin tidak dapat berkata-kata apabila Jin Hye kembali normal seperti mula-mula tadi. 

"Kau ada penyakit misteri ke?" Dengan wajah yang betul-betul naif, Jaerin menanya. Jin Hye berdecit kecil seraya mengambil kembali buku-buku yang hendak dipulangkan kepada pihak perpustakaan nanti.

"Kau jangan nak mengarut, Yura. Kang kalau tiba-tiba Jin Hye pengsan, kau nak jadi dukun? Dah, jom kita ke library." Kata Haneul. Jaerin memasamkan wajah manakala Yura ketawa kecil. Jin Hye? Dia sedang berfikir. Adakah benar... dia ada penyakit... 'misteri'? Penyakit yang bakal membawa kebahagian rumah tangganya bersama Sehun nanti?


bersambung...

idea sekat2! Kurang hasamm sungguhhh! Kbaii

[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now