♥ 20장 ♥

10.6K 695 59
                                    

Hyeri menyandarkan tubuh di kerusi sementara menunggu jurumekap menyentuh wajahnya. Sebagai seorang model, dia harus bersedia dengan apa pun keadaan. Kadang-kala permintaan orang luar memperagakan pakaian agak merimaskan dan cerewet. Tetapi dia harus sabar. Sementara menunggu itu, dia terfikirkan Sehun.

"Dia dah kahwin..." Hyeri menggigit jari sendiri. Sudah menjadi tabiat, setiap kali dia dalam keresahan, ibu jari menjadi mangsa gigitannya.

"Tapi kenapa wife dia nampak naif? Langsung... langsung tak sesuai. Sepatutnya aku yang ada di tempat dia." Hyeri mula hilang kawalan. Hatinya mula bertukar kepada devil. Jika sebelum ini, hatinya angel, tetapi sekarang sudah bertukar. Bertahun dia cuba untuk melupakan lelaki itu, tetapi gagal. Lagi-lagi ketika Sehun tersalah mendail nombor dulu. Lagilah dia nekad untuk menjejak lelaki itu. Hatinya dari dulu tidak pernah berubah. Dia masih cinta. Masih sayang.

"Saya cintakan awak, Oh Sehun..."

"Hah?!"

Hyeri tersentak apabila rakannya, Soora menepuk bahunya daripada belakang. Hyeri mengurut dada perlahan.

"Kau sebut nama siapa tadi? Sehun?" Soora melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah lagi. Jurusolek Soora sedang berbual dengan pengurusnya. Dia juga sedang menanti wajahnya disolek.

"Hah? Mana... mana ada." Bukan Hyeri tidak mahu jujur, tetapi dia tidak mahu Soora membebel banyak kali kerana asyik mengingatkan Sehun sahaja.

"Elehh... nak menipu aku konon. Aku dengarlah. Belum pekak lagi. Oh Sehun! Kau masih harapkan dia ke, Hyeri?" Duga Soora dengan suara yang agak lantang menyebabkan pengurusnya dan Hyeri serta jurumekap mereka berdua memandang Soora. Hyeri menepuk bahu Soora kuat, sehingga mengaduh gadis itu dibuatnya.

"Sakitlah!"

"Kau tu yang cakap kuat-kuat kenapa?! Dah tahu manager tak suka kita diulit kontroversi, yang pergi cakap kuat-kuat kenapa?" Marah Hyeri geram.

"Ha tahu pun. Yang kau pergi ingatkan si Sehun tu kenapa? Hyeri, dalam kontrak dulu, dah tertulis yang kita tak boleh kahwin selagi... tarikh kontrak tak habis. So, kalau tak boleh kahwin, maknanya manager tak nak kita ada couple. Sebab apa? Nanti nama syarikat pemodelan ni, tercemar. Wei, tolonglah, aku tahu ini memang berat untuk kau tapi tolonglah... lupakan Sehun untuk kerjaya kita. Mungkin Sehun dah ada pengganti kau. Siapa tahukan?" Kata Soora tetapi kali ini suaranya perlahan sedikit. Hyeri tersentak. Ayat kedua terakhir Soora menyentapkan hatinya. Memang benar... Sehun sudah ada penggantinya.

"Betul dah. Sehun dah ada pengganti." Kata Hyeri lalu menunduk. Soora menoleh ke kanan memandang Hyeri.

"Ha tengok? Masin mulut aku. Dia dah ada pengganti kau. Dulu, waktu sekolah tu, aku dah cakap kat kau, jangan berharap sangat kat dia. Kau tak nak dengar. Manalah tahu, Sehun tu dah ada orang lain ke. Dia terpaksa couple dengan kau sebab kesian je. Dia tak sukakan kau pun. Tengok mata pun aku dah tahu dah."

"Kau nak sakitkan hati aku ke, atau kau nak sebelahkan Sehun dari aku?" Hyeri benar-benar terasa dengan kata-kata Soora yang agak pedas itu. Hyeri menegakkan tubuh melihat Soora yang selamba sahaja itu.

"Dah memang betulkan? Dulu, waktu sekolah, seboleh-boleh kau suruh Minhyuk dekatkan kau dengan Sehun sedangkan Minhyuk yang sukakan kau, kau tak pandang pula. Bila Minhyuk dan berjaya buat kau dengan Sehun couple dan hot satu sekolah, kau lupakan dia pula. And yang buat aku tak boleh terima bila Sehun hilangkan diri dengan kawan-kawan dia, kau cari Minhyuk pula untuk dengar luahan kau. Selama ni kau ke mana? Kau lupakan diakan masa kau tengah hangat bercinta dengan Sehun. Hyeri, cuba kau fikir balik, kau ni kejam ke tidak kat dia?"

[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now