Pusat membeli-belah terkenal di Korea, Lotte menjadi kunjungan kedua pasangan ini. Mereka tadi hampir dua jam di pasar, dan kini tiba pula di Lotte untuk membeli barang-barang keperluan peribadi. Jin Hye dan Sehun segera menuju ke arah lif dan memboloskan diri ke dalamnya.
"Jin Hye, minggu depankan..." Sehun menggantungkan ayatnya. Jin Hye merenung Sehun yang berada di sebelahnya. Senanglah mereka hendak berbual kerana di dalam lif tiada sesiapa yang ada. Hanya mereka berdua sahaja.
"Kenapa?"
"Emm... tadikan saya call Jade, dia nak bertunang minggu depan."
"Dah tu? Cuba cakap tu biar jelas. Susahlah sikit-sikit!" Jin Hye merungut geram. Sehun memang begitu, cakap sikit-sikit. Suka buat orang over exited.
Sehun ketawa mengekek-ngekek melihat perangai isterinya yang jelas masih lagi manja seperti budak-budak. Umur pun budak-budak lagi kalau ikutkan. Wajah je nampak matang. Lif terbuka, dia menarik lengan Jin Hye untuk keluar.
"Saya nak ajak awak sekalilah ke majlis tu. Saya nak buat tayangan perdana wajah isteri saya."
Jin Hye yang mendengarnya hampir tersedak air liur. Dia fikir aku ni trofi Piala Dunia yang boleh dibuat tayangan-tanyang perdana apa semua tu?!
"Buat apa nak buat tayangan perdana segala? Dulu awak jugakkan, tak nak..."
"Jangan ungkit perkataan dulu. Tak suka." Sehun berdingin pula. Jin Hye terasa bersalah dengan kata-katanya tadi lantas menyentuh lengah Sehun perlahan. Langkah mereka juga nampak santai.
"Sorry..." dia meminta maaf tetapi tiada sahutan 'hmm...' atau sekadar angguk sekali pun. Kaku dan diam. Sehun meneruskan perjalanan yang entah ke mana ni. Perasaan bersalah Jin Hye tetap ada meskipun dia sudah meminta maaf. Apa yang dia perlu buat sekarang? Ini bukan merajuk dah, ini marah dah ni.
"Sehun! Janganlah diam..."
"Awak suka betul ungkit benda lama. Dulu mungkin saya anggap awak isteri atas kerta je, tapi sekarang, saya cuba untuk tukar kertas tu, jadi hati saya pula. Saya sedang belajar untuk cintakan awak... salah ke tu?" Akhirnya soalan yang Jin Hye ajukan di rumah tadi terjawab. Jin Hye dapat merasakan, bahawa itulah jawapan yang sebenarnya. Dia rasa dan dia tahu... itulah jawapan yang sebenarnya. Tangan masih utuh di lengan Sehun. Peduli apa dia? Janji Sehun akan berlembut hati dan hendak membebel macam tadi dengannya.
"Janganlah diam lagi. Sunyi."
"Sunyi apa bendanya? Punyalah riuh dalam ni, awak kata sunyi?" Sengaja Sehun hendak bermain tarik tali. Dia mahu lihat sejauh mana yang Jin Hye boleh lakukan supaya amarahnya itu reda dalam keadaan yang ramai orang di sini. Bukan dia marah, dia sengaja hendak menguji. Marah tu adalah sikit, tak banyak. Huhu macam mana tu?
"Sehun! Saya sunyi tak dengar suara awak!" Jin Hye menekup mulutnya seraya melepaskan ayat tu. Alamak! Kenapa ayat dia nampak macam menusuk dikalbu je? Sehun menahan ketawa. Berbunga hati? Gila tak?! Banyak kelopak bunga mawar bertaburan di taman hatinya. Dia pernah merasakan perasaan ini suatu ketika dulu... di zaman sekolah. Tetapi... insan yang berjaya membuatkan kelopak mawar itu hilang dan pergi, dia tidak tahu di mana sekarang selepas dia melarikan diri.
"Cakap jelah awak tak boleh hidup kalau tak ada saya..."
"Siapa cakap?!"
"Mata tak boleh menipu sayang..."
Jin Hye terdiam. Pulak dah. Bila masa dia tenung mata aku? Arghhh!!! Susahnya kalau dah mula tersayang ni!!! Rasa nak bunuh Sehun, jangan bagi dia hantui hidup ini lagi. Dia mahu jasad, roh dan segalanya tentang Sehun lenyap! Malas dah nak mengingat kerana segala apa yang berkaitan dengan Sehun, mampu membunuh jiwa dan raganya!
"Oh ya, pasal tadi. Majlis pertunangan Jade..."
"Ya. Saya nak awak ikut saya sekali. Majlis tu kena ada partner masing-masing. Sanggup awak tengok suami awak yang kacak lagikan kacak tahap dewa ni pergi seorang diri?" Sehun kembali seperti asalnya tetapi Jin Hye yang mendengar kata-kata 'masuk lif tekan sendiri' atau yang betulnya, 'masuk bakul angkat sendiri' itu seperti mahu koma seminggu! Tidak dinafikan Sehun memang kacak tahap dewa tapi tolonglah jangan puji tu diri sendiri!
"Please... jangan puji diri sendiri..."
"Kenapa? Saya memang kacakkan? Beruntung awak dapat suami macam saya tahu..."
Jin Hye geram. Geram sangat dah ni. Tetapi dia cuba untuk sabar. Susah sungguh nak jangka sikap Sehun.
"Tapikan... saya tak boleh ikutlah..." Jin Hye berkata tanpa memandang Sehun walaupun dia dalam keadaan serba-salah. Matanya ralit melihat sekeliling yang menjual pelbagai jenis barangan wanita seperti kasut, beg tangan dan minyak wangi. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke 'Syurga'nya ini. Tidak hairanlah dia nampak teruja apabila Sehun mahu membawanya ke sini.
Dahi Sehun berkerut mendengar kata-kata gadis itu.
"Jin Hye ah..."
"Nae?"
"Nak ke mana minggu depan?" Suara Sehun serius. Jika dulu, Jin Hye mahu ke mana-mana, dia tidak mahu ambil tahu tetapi tidak sekarang. Dia perlu tahu pergerakan isterinya itu.
"Nak duduk rumah, tak nak ke mana-mana. Penat!" Kata Jin Hye. Dengan selambanya dia menarik lengan Sehun yang sudah seperti menjadi rutinya untuk dia berpaut setiap kali keluar. Sehun mengikut sahaja langkah Jin Hye yang masuk ke dalam kedai Tiffany. Co itu. Dalam masa yang sama dia seperti mahu menyekeh kepala si isteri berkali-kali. Ingatkan nak ke mana tadi, rupanya duduk rumah je! Legalah juga kerana Jin Hye bukan sosial sangat orangnya.
"Sehari je! Tak lama, habis je majlis, kita balik terus." Sehun merayu. Tidak pernah dia merayu pada perempuan, kali ini dia merayu pula. Huhuhu...
Jin Hye menggeleng. Dia memang malas sungguh hendak ke mana-mana minggu hadapan. Terasa hendak duduk di rumah sahaja. Nak kerja? Dia pun tidak tahu hendak mencari kerja di mana. Tawaran sambung belajar pun dia tidak dapat lagi. Mungkin ada kerana umurnya 19 tahun. Masih mentah dan memerlukan pelajaran yang lebih banyak.
Sehun mengeluh pendek. Tiba-tiba... dia mendapat satu ilham. Ini sahajalah yang dapat dia buat kerana mereka di dalam kedai sekarang. Tanpa melihat kiri dan kanan, tangannya ditenggeken di atas bahu Jin Hye menyebabkan pergerakan mereka sedikit kekok dan perlahan. Comel sahaja. Jin Hye berhenti. Terbantut tangannya hendak mencapai beg tangan berwarna Ruby itu. Jin Hye mengangkat wajah. Pekerja dan pengunjung kedai itu tersenyum-senyum melihat mereka. Nampak sweetlah konon.
"Awak ni sengaja cari pasal!" Jin Hye menjerit kecil. Sehun ketawa riang tetapi tidaklah kuat mana. Dia menunduk untuk menyamakan kepalanya dengan kepala Jin Hye. Bibir dihalakan ke arah telinga gadis itu. Jin Hye cuba menahan geli kerana dia memang geli di kawasan itu.
"Kalau tak nak orang tengok kita ni sweet couple tahap dah tak boleh cover, baik setuju je. Okey?" Pujuk Sehun tepat di telinga Jin Hye. Separuh mengugut pun ada tetapi disebabkan suaranya yang romantik dan lembut, Jin Hye ingin membunuh Sehun di situ juga! Sebab apa? Sebab dia dah cair-mair. Dengan nafas yang dihela kasar, berat kepalanya mengangguk. Dan serta-merta hala tuju perancangannya di rumah lari begitu sahaja. Arghh!!!
"Okey. Awak dah setuju, kita keluar dari kedai ni, kita makan dulu. Saya lapar. Nanti kita ke sin..."
"Oh Sehun!"
Jin Hye dan Sehun menoleh ke belakang serentak.
Bersambung...
Idea tersekat sampai sini! Saya tak sihat T_T !!! Huhuhuhu sokay-sokay. Pendek sikitlah sebab tak dak mood. And part kali ni nampak bosan and gitu-gitu ja. But wait.. siapa yang memanggil tu? Sayakah? Auchhh! Hakhakak... see you guys kat next chap!
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfiction"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...