♥ 30장 ♥

7.4K 600 6
                                    

7:13 malam. Jin Hye mengunci pintu biliknya setelah selesai menyediakan makan malam untuk Sehun nanti. Meskipun dia masih merajuk dengan lelaki itu, tetapi dia tidak lupa hendak menyediakan segala keperluannya. Punggung dilabuhkan ke birai katil sambil mencapai telefon bimbitnya yang elok bertapak di atas meja lampu tidur. Ditekan punat yang terdapat di tengah-tengah telefon pintar berjenama Apple itu, lalu ditenung gambar Sehun yang menjadi penghias kertas dinding kunci skrinnya itu. 

Keluhan dilepaskan berat. Kemudian tidak lama selepas itu, iPhone5s nya dicampak lembut di atas katil. Kusut. Serabut. Pening. Semuanya! Dalam saat-saat akhir dia untuk bersama dengan Sehun, boleh pula dia menarik muka. Tetapi disebabkan rasa ego dan kecil hati, dia menarik muka juga. Tempoh sebulan akan tercatat dalam dua minggu lagi. Tamat sahaja dua minggu itu, dia bakal pergi. Ugutan yang diberikan oleh Hyeri, sangat berbekas di hatinya. Bukan main risau jika terjadi apa-apa kepada Sehun. Dia tidak mahu, kerana dirinya, Sehun tercedera. Atau mungkin.. bakal menjadi jasad yang tidak bernyawa? Ah! Mohon dijauhkan.

Tubuh ditegakkan apabila melihat tombol pintu biliknya bergerak-gerak. Dia hanya memandang pintu itu sahaja, tidak pula tergerak hatinya untuk membuka. Sebab dia tahu itu adalah Sehun.

"Sayang! Jin Hye.. buka pintu..." pekik Sehun dari luar sambil memulas-mula tombol. Jin Hye diam. Dia hanya membuat tidak tahu sahaja. Seakan-akan tiada sesiapa yang memanggil.

"Sayang, tolonglah. Saya minta maaf..." ucap lelaki itu dengan suara yang sudah tenggelam timbul. Jin Hye agak pelik mendengarnya, tetapi masih seperti tadi, diam sahaja.

"Jin Hye! Buka! Saya dah tak larat nak pekik-pekik. Perut saya sakit." Adu Sehun sambil mengetuk pintu sekali dengan kuat. Jin Hye terkedu seketika. Sakit perut? Segera dia bangun dan membuka pintu. Hampir terjatuh tubuh Sehun ke lantai apabila pintu terbuka. 

"Sehun! Sehun awak kenapa?" Terkial-kial Jin Hye cuba menahan beban tubuh Sehun yang separuh bergantung kepadanya. Dia memandang wajah lelaki itu. Jelas, pucat. Rasa bersalah mula menghurung diri. Dia membantu lelaki itu berjalan untuk ke katil. 

"Sehun!" Digoncang tangan Sehun yang melekat di perut sahaja lagi tadi. Berkerut-kerut dahi itu menahan rasa ngilu di perut. 

"Saya tak ada apa-apa. Jangan risau." Sehun melayang-layangkan tangannya di hadapan wajah gadis itu tanda tidak usah gelisah atau risau sama sekali.

"Macam mana saya tak risau kalau awak dah sakit macam ni?! Jom, kita ke klinik..."

"Tak payah, sayang. Saya okey. Awak ambilkan tuala, celupkan air panas, lepas tu letak kat perut saya. Nanti saya okey." Arah lelaki itu sambil merangkul tangan Jin Hye. Jin Hye melepaskan nafas sedikit panjang seraya mengangguk.

"Okey. Tunggu sekejap ya. Jangan gerak ke mana-mana! Nanti awak jatuh ke bawah." Pesannya sebelum pergi.

**********

"Macam mana boleh jadi gitu tadi? Pelik saya tengok awak tau." Tanya Jin Hye setelah keadaan Sehun kembali normal. Lebih dua jam dia melihat Sehun seperti menggelupur kesakitan akibat terkena benda-benda panas. Tetapi hakikatnya tidak. Sehun jadi begitu sejak tiba di rumah tadi.

Sehun menggeleng perlahan dengan mata yang terpejam. Tidak tertahan rasanya hendak membuka mata. Letih. Sakit.

"Saya tahu awak sakit, tapi cakaplah dulu kenapa?" Lembut sahaja cara percakapannya walaupun dalam masa yang sama dia dan Sehun belum 'rasmi' berbaik lagi.

"Tak ada apa-apalah. Saya tak boleh makan pedas sangat, nanti perut sakit then panas. Sebab tu jadi macam tu. Saya okeylah, jangan risau." Diusap-usap kepala Jin Hye yang masih menunjukkan riak wajah risau itu. Matanya hanya terbuka sedikit sahaja kemudian tidak lama selepas itu, dia kembali merapatkan kelopak. Jin Hye menilik wajah kacak itu dengan rasa tidak sedap.

"Nak ke klinik?" Jin Hye menyoal dan Sehun menggeleng.

"Nanti doktor mesti bagi ubat tahan sakit. Even kat rumah lama dulu, banyak kat peti ais. Tak payahlah. Membazir." Sehun mengulas sedikit. Jin Hye sudah tidak tahu hendak memberikan respon apa. Dia mengangkat punggung dari birai katil. Tuala dan besen kecil dibawa bersama untuk dicuci setelah meletakkan tuala di perut Sehun tadi. Dalam perjalanan dia keluar, Sehun memanggil.

"Ya?"

"Kalau nak sambung belajar, pergilah. Saya izinkan."

Serta-merta Jin Hye terdiam.

Bersambung...

Maaf.. lama benor dah tak hapdate. Saya injured kat kaki sbb tersiram air panas *pandang langit*. Harap kalian bersabar untuk next chp sbb skrg tgh tunggu burung hantu punya data. Hoho. Terpakse sbb WIFI ROSAKKKKKKK!!!!!! Stress bukan? *angkt2 kening*. Oklah tuh jeee.. See u!!

[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now