♥ 22장 ♥

7.6K 683 77
                                    

Diam. Sunyi. Senyap. Sepi. Sehun dan Jin Hye langsung tidak bercakap sejak kejadian tadi malam berlaku. Mereka hanya kaku walaupun kini berada di dalam satu kereta. Menuju ke tempat perjumpaannya bersama Chanyeol, Kai dan Baekhyun.

Jin Hye mendengar Sehun mengeluh nafas panjang sambil berdecit sekali. Dia tahu, lelaki itu masih dalam keadaan tertekan. Dia hanya diam. Malas hendak memulakan percakapan. Tak ada mood.

Tiba-tiba, telefon bimbit Sehun berdering. Dia menjenguk sedikit skrin telefon Sehun tetapi dia tidak dapat melihat dengan jelas kerana lelaki itu sudah pun menjawab menggunakan alat kecil yang diselitkan di telinga.

"Helo..." Sehun memulakan perbualan walhal dia tidak mengenali nombor yang mendailnya itu.

"Helo, Sehunnie. Boleh tak kalau awak jemput saya dekat rumah? Kereta saya tiba-tiba buat hal pulak. Boleh tak?" Pinta si pemanggil. Sehun mengerutkan dahinya sehingga berlapis-lapis dahi dibuatnya.

"Maaf... awak siapa?"

Jin Hye hanya mendengar sahaja apa yang Sehun bebelkan walaupun jantung tiba-tiba sahaja berdebar. Tidak sedap tiba-tiba.

"My dear, Hyeri ni..."

Sehun terdiam. Tidak semena-mena dia memandang Jin Hye yang berada di sebelah. Jin Hye pula tidak memandang Sehun. Sengaja hendak menangkan ego.

"Kenapa awak tak pergi naik teksi ke apa ke..." kata Sehun acuh tak acuh.

"Awak nak biarkan saya naik teksi? Sampai hati awak..." suara Hyeri yang manja membuatkan wajah Sehun kelihatan tegang dan membara. Keluhan demi keluhan dilepaskan. Jin Hye yang melihat keadaan itu mula risau. Hendak menanya, nanti dia akan kalah dengan ego sendiri. Tak ditanya, risaunya dia. Haihhh... susah.

"Bukannya..."

"Please..."

Sehun mengeluh lagi dan lagi. Memang gila Hyeri hari ini. Dia pula tersepit antara ego dan perasaan. Nak diberitahu kepada Jin Hye, ego bukan main bermaharaja di hati. Tidak diberitahu, rasa serba salah kerana setiap apa yang berkaitan, dia akan bagitahu Jin Hye. Tetapi kali ini tidak pula. Yang menang sekarang adalah ego.

"Okey. Bagitahu alamat awak. Kat LINE ke Whatsapp."

"Okey, sayang. Thanks. Love you."

KLIK. Setelah talian dia putuskan, Sehun menarik alat yang berada di telinganya lalu dicampakkan ke dalam bekas yang berada di bawah brek tangan. Tanpa melihat wajah Jin Hye yang berubah itu, dia meneruskan perjalanannya.

*****

'Rumah siapa pula ni?' Jin Hye terkebil-kebil memandang kawasan rumah yang baru sahaja Sehun masuki tadi. Dia memandang Sehun yang kelihatan tegang itu. Nak tanya, dia takut dan dia tidak tergerak hendak menanya dalam keadaan mereka begini. Dia sanggup tidak bercakap dengan Sehun berbulan-bulan selagi hatinya tidak berlembut.

Kereta berhenti. Sehun menarik brek dan bersandar. Jin Hye pula masih dalam keadaan kebingungan. Kenapa pula berhenti? Siapa yang nak berjumpa dengan Sehun? Dan yang peliknya.. Sehun nampak marah. Teringin sangat hendak tanya.

"Se..."

"Hai!!!" Betapa terkejutnya Jin Hye dan Sehun apabila pintu kereta Jin Hye dibuka daripada luar.

Jin Hye memandang wajah seorang gadis yang masih tidak rasa bersalah membuka pintu kereta dengan cara yang kurang sopan begitu.

"Jin Hye kan?" Hyeri menanya dengan senyuman palsunya. Jin Hye mengangguk lambat-lambat kemudian dia memandang Sehun, meminta jawapan dengan riak wajah 'apa semua ni?'

Sehun menggaru kepala yang tidak gatal.

"Ya. Tadi..."

"Macam ni, kereta saya rosak. And I call Sehun untuk ambil saya kat rumah. Yelah, kan saya join sekali nak shopping. Oh ya, Sehun tak bagitahu ke? Hunnie?"

"Hyeri, cepat masuk. Saya nak cepat." Arah Sehun tanpa mempedulikan Hyeri yang membebel-bebel itu. Dia perasan, wajah Jin Hye berubah. Tegang.

"Err... Hun, boleh tak kalau wife you transfer belakang? Sebab saya nanti pening-pening kalau duduk belakang. Susah pulak kalau termuntah nanti." Pinta Hyeri tanpa rasa bersalah. Jin Hye yang mendengarnya hampir ternganga. Sehun tidak usah cakap lagi.

"Hyeri, bukannya..."

"Jin Hye, bangunlah. Pindah belakang." Berdesing telinga Jin Hye mendengar arahan daripada Hyeri tersebut. Langsung tidak beradab dan bersopan. Terkilan dengan itu, Sehun pula dia sahaja. Langsung tidak mempertahankan dirinya sebagai seorang isteri.

Tanpa berkata apa-apa, Jin Hye membuka tali pinggang keselamatannya dan keluar dari kereta. Hyeri tanpa rasa malu segera masuk ke dalam, menggantikan tempat Jin Hye. Sehun mula rasa bengang dan bersalah. Dua-dua perasaan dalam masa yang sama. Sayu betul hati melihat Jin Hye duduk di belakang, sendirian. Dia tidak boleh diam. Makin dia diam, makin sakit pula hati.

"Dah, jalan..." Hyeri yang seperti menjadi 'permaisuri' di dalam kereta ini sentiasa senyum. Tanpa ada rasa sikit pun bersalah.

Bersambung...

Haii!! Ya Allah maaflah lambat update. Saya baru je sihat and jadual saya kat skolah dh x padat sbb esk cuti. Masa sekolah, maaf sgt2 sy x boleh nk aktif selalu. Sy skrg tgh pra silent atau pra haitus sbb bizi dgn sekolah. Mcm2 bende nak kena handle and so on okay? Thanks menunggu and enjoy guyss... ♥

[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now