Jin Hye, Yoojin, Jae Ra dan Jung Na melabuhkan punggungnya di kerusi batu yang terdapat di hotel bertaraf lima bintang ini sementara Sehun, Chanyeol, Kai dan Baekhyun sibuk berjalan berjumpa dengan rakan-rakan usahawan yang seusia dan sepangkat mereka.
"Jin Hye, kita sebayakan?" Tegur Jung Na, adik kepada Kai. Jin Hye angguk seraya mengoyakkan senyuman manisnya.
"Ya. Cuma Yoojin unnie je. Hahaha..." kata Jin Hye. Yoojin, pasangan kepada Chanyeol merangkap kekasih ketawa kecil. Meskipun baru kali pertama dia dan Jin Hye bersemuka, tetapi disebabkan kemesraan yang Jin Hye miliki, dia rasa seperti sudah lama berkawan. Jae Ra dan Jung Na boleh dikatakan setiap hari dia berjumpa kerana mereka merupakan doktor praktikal di bawah naungannya di hospital.
"Ini, awak tak terfikir ke nak sambung belajar? Yelah, awak masih muda. Usia-usia macam awak ni selalunya kat universiti." Tanya Yoojin.
"Niat tu dah ada, tapi hati masih tunggu surat tawaran. Kawan-kawan lain dah sambung jauh dari Korea dah. Ingatkan nak tunggu habis tahun ni, tahun depan baru belajar." Jawab Jin Hye. Ya, dia memang hendak menyambung menuntut pelajaran di aras universiti cumanya dia tidak kesampaian lagi. Surat tawaran belajar nampaknya tidak menyinggah rumah. Entah bila agaknya dia hendak memperluaskan diri dalam bidang kerjaya nanti jika belajar pun setakat sekolah tinggi bersama beberapa sijil cemerlang sahaja? Nampak sangat dia baru keluar dari sekolah.
"Ohhh... macam tu. Minat apa?"
"Business and law. But now I'm prefer to business." Kata Jin Hye lagi. Jae Ra dan Jung Na yang mendengar mengangguk juga.
"Ahaa... by the way, Jin Hye. Parents awak sebagai apa?" Sampuk Jae Ra pula. Tertarik ingin mengetahui status sebenar Jin Hye dengan lebih lanjut.
Jin Hye menggaru keningnya sedikit. Sebolehnya, dia tidak mahu memberitahu status sebenar keluarganya kepada semua kenalan Sehun. Bukannya apa, dia tidak suka orang lain mengatakannya menunjuk-nunjuk sedangkan itu adalah hakikat.
"Ayah saya pengurus hotel termasuk hotel yang sekarang kita duduk ni. My mom pula ada butik dengan rumah pengasuh kanak-kanak dekat kawasan Seoul. Saya anak tunggal dan menganggur lepas habis belajar. Sedikit sebanyak pasal keluarga saya." Ringkas, namun padat. Cukup membuatkan rahang Yoojin, Jae Ra dan Jung Na jatuh ke lantai tatkala Jin Hye menceritakan tentang keturunan keluarganya yang sebenarnya. Sungguh, tidak mereka sangka bahawa Jin Hye bukan anak kepada calang-calang orang. Bayangkan... pengurus hotel dan pengurus butik serta rumah pengasuh kanak-kanak. Perghh!!! Betapa mewahnya hidup gadis ini namun sikit pun gadis itu tidak menggunakan kekayaan keluarganya. Mereka sendiri ingat pun, Jin Hye sekadar orang biasa yang berketuruna orang tidak disegani. Tetapi kini, mereka pula yang segan hendak bercakap dengan Jin Hye.
"Saya bangga..." Jae Ra dan Jung Na menepuk tangan sedikit dengan mata tidak berkelip memandang Jin Hye.
"Saya pun, Jin Hye. Saya bangga dengan awak sebab.. penampilan awak nampak.. biasa-biasa je. Sehun tahu awak anak pengurus hotel ni?" Tanya Yoojin lagi. Dah macam pengacara pun ada dah sekarang.
"Tahu. Sebab tu saya ditinggalkan dekat sini dengan awak bertiga. Sebab ni hotel ayah saya." Malu-malu Jin Hye mengakuinya. Segan! Gila tak?! Tidak pernah dia menceritakan hal peribadi keluarganya kepada orang lain. Hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang dia akan ceritakan.
"Wow! Bravo!"
"Haip! Janganlah macam tu.. segan saya..." Jin Hye menepuk paha Jae Ra perlahan. Siap disorak-sorak pula. Mana taknya dia segan? Huhuhu...
"Ehem... you alls..." tiba-tiba, datang pula seorang makhluk tuhan yang berpakaian cukup elegan dan mewah. Solekannya yang tebal menaikkan seri angkuh pada wajah itu.
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfic"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...