"Sambung belajar?" Jin Hye mengulang ayat yang sama setelah pulang dari dapur tadi untuk meletakkan besen kecil dan tuala. Kini dia berada di sebelah Sehun. Sedang berbaring mengiring ke kanan menghadap lelaki itu.
"Ya, sambung belajar. Kenapa?"
"Tak ada apa-apa. Cumanya.. pelik. Tadi kata tak boleh, ni boleh pula." Kata Jin Hye. Perlahan sahaja ayat terakhir yang ditutur itu. Seakan-akan 'mengejek' Sehun kembali tentang pelepasan dia untuk belajar.
"Orang dah bagi dia sambung belajar, banyak songeh pula. Nak ke tak nak?" Sehun menanya seraya memalingkan wajah ke kiri menghadap Jin Hye. Jin Hye memejamkan mata sebentar sebelum membukanya kembali. Wajah mereka nampak rapat. Sehinggakan Jin Hye dapat merasakan yang hidungnya bersentuhan dengan hidung Sehun.
'Kalau aku sambung belajar, aku boleh sikit-sikit larikan diri.' Ayat pertama yang memekik di dalam hatinya. Itu adalah salah satu tujuan mengapa dia nekad hendak menyambung pelajaran. Memanglah yang pertamanya sekali, dia mahu menjadi seorang pelajar universiti dalam bidang perniagaan dan pengusahawanan, tetapi yang paling utama sekarang, dia mahu menggunakan kesempatan itu untuk dia melarikan diri setelah cukup satu bulan nanti. Perit rasanya hendak merancang, tetapi itulah hakikat. Jika tidak, bila lagi dia mahu berfikir. Sedangkan Sehun hanya sakit perut kerana termakan benda pedas pun dia sudah cemas separuh nyawa, lagikan jika lelaki itu bakal dicederakan oleh perempuan tidak sedar diri seperti Hyeri. Itu lagi membuatkan nyawanya sekali terasa melayang. Benar, betul, tepat. Jika ini adalah jalan yang paling terbaik, dia akan mengundur diri.
"Jin Hye..." Sehun memanjangkan tangan memeluk tubuh kecil Jin Hye. Mata yang tadi terbuka kini terpejam.
"Hmm..." Jin Hye menjawab di dada Sehun. Ditolak sedikit dada itu untuk memberikan dia ruang pernafasan.
"Love you.." ucap Sehun sambil tersenyum. Jin Hye? Tidak. Sebaliknya dia cuba untuk menahan senyuman. Namun siapa yang tahan? Lama-kelamaan terkoyak juga bibir itu untuk tersengih.
"Hate you..." balasnya.
"Never hate you..."
Hati Jin Hye berbunga tiba-tiba. Ah, sudah. Dia tidak boleh terus begini. Dia tidak mampu terus cair dengan setiap tingkah laku Sehun kepadanya. Dia boleh jadi gila!
"I'm still hate you..."
"And I still love you. Please.. don't leave me..."
Kali ini Jin Hye terdiam sebentar. Dibuka kelopak matanya sedikit untuk melihat wajah Sehun. Didongakkan sedikit kepalanya untuk memandang wajah suaminya yang tercinta itu.
"Misal kata, kalau suatu hari nanti saya tak ada, apa yang jadi pada awak?"
"Mati."
Buat kali yang kedua, Jin Hye terdiam. Ah, lelaki ini memang suka membuatkan dia terdiam. Tetapi memang benar, dia mudah terkedu dengan setiap patah kata Sehun untuknya. Sama ada romantik seperti tadi, atau menyayat hati seperti sekarang. Sukar dijangka. Ada sahaja ucapannya yang mengetuk tangkai hatinya yang semakin hari semakin layu.
"Tak mungkin. Awak boleh je kerja kalau saya tak ada." Masih mencari salah Sehun.
"Itu kerja. Lain. Tapi kalau awak tak ada, saya bangun tidur tak ada. Saya keluar dari tandas awak tak ada. Saya nak keluar rumah pergi kerja tak ada. Saya nak makan tak ada. Tu belum lagi saya balik. Kalau hari-hari macam tu, saya kering. Bila kering, saya sakit. Bila sakit, mat..."
"Shut... dah tidur. Bising membebel." Ditekup mulut Sehun dengan tangan sebelum sempat lelaki itu mengucapkan perkataan mati.
"Tadi sibuk sangat membebel. Tahu takut." Sebuah ciuman tersemat di dahinya yang luas. Sehun mengeratkan lagi pelukan pada tubuh Jin Hye sementara gadis itu kaku di pelukan Sehun. Otak dan hatinya masih giat bertikam perasaan.
'Kau belum angkat kaki, dia dah cakap macam tu. Macam mana kalau kau betul-betul tak ada nanti, Jin Hye? Boleh ke dia hidup walau dalam tempoh sebulan pun?'
************
Hari ini bermula hari yang dinanti Jin Hye. Hari ini adalah hari pertama dia menjadi seorang pelajar universiti terkemuka di Korea Selatan ini. Pendaftaran sudah pun dibuat semalam bersama Sehun. Ramai antara rakan-rakan baru yang bersama-sama berdaftar dengannya, tidak percaya bahawa Sehun itu adalah suaminya. Bermacam-macam reaksi yang dia terima. Susah ada suami kacak. Hoho.
"Ready?" Sehun menanya sambil menarik brek tangan. Dia memusingkan kepala memandang Jin Hye.
"Yes, I'm ready." Jawabnya dengan wajah yang betul-betul ceria. Siapa tak gembira? Akhirnya impian yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.
"Take care, sayang. Nanti kalau dah habis class ke apa, call. Saya jemput awak." Pesan Sehun sambil menarik kepala Jin Hye lalu ciuman dilepaskan di dahi. Jin Hye tersenyum kecil seraya menganggukkan kepalanya.
"Okey. Awak pun. Take care too. Bye..." Balas Jin Hye lantas mendongak mengucup lembut hidung comel Sehun. Dia gemar melepaskan ciuman di situ. Entah kenapa, dia tidak tahu tetapi Sehun pasti akan kelihatan comel selepas dia mengucup di situ.
"Okey. Bye.." Jin Hye segera membuka pintu kereta. Dia menghempas lembut pintu kereta itu dan melihat kereta tersebut pergi masuk ke jalan raya. Dia menarik nafas panjang. Baru sahaja kaki hendak melangkah masuk ke lobi universiti, telefonnya berbunyi nyaring tanda ada mesej yang masuk. Segera dia mengeledah beg untuk mencari gajet itu.
"Private number?"
Private number. Hai, tempoh masa untuk kau bersama dia, hampir tamat. Lama rasanya nak tunggu sampai next week. Bila agaknya kau akan tinggalkan dia? Aku harap, aku adalah orang pertama yang tengok kau tinggalkan dia. Mesti bestkan? Okey dude, have a nice day yang bakal menjadi bad day. Dia akan jatuh ke tangan aku. See you, ex-wife Oh Sehun.
Jin Hye segera mencampak telefon pintar itu masuk ke dalam beg tangannya. Ugutan dari Hyeri. Dia tahu. Perempuan itu memang gilakan Sehun. Seperti api dalam sekam, dia bertindak perlahan-lahan membakar setiap organ dalamannya terutama hati. Hyeri berjaya membuatkan hatinya hilang separuh. Hilangnya separuh itu, menandakan yang dia bakal mengangkat kaki meninggalkan Sehun sendirian di bumi Korea ini. Sehingga sekarang, dia tidak tahu hendak larikan diri ke mana. Mustahil dia akan diam di sini sahaja. Bila-bila masa Sehun pula menjejakinya. Jika tidak kerana dia berfikir, Sehun bakal menjadi mangsa jika dia diamkan diri, dia pun tidak mahu meninggalkan Sehun. Tetapi ini adalah terpaksa dan hakikat. Dia mesti tinggalkan lelaki itu. Dia mesti...
'Ini mungkin permualaan. Lama-lama, mungkin aku dan dia boleh terima hakikat. Maafkan saya, Sehun. Sebab terpaksa, saya mesti relakan. Kita sama-sama sakit, sama-sama rasa. Saya janji, lepas semuanya baik, saya balik lagi. Jangan risau.'
Jin Hye lantas memajukan langkah masuk ke dalam meskipun hati masih dalam keadaan gundah-gulana.
Bersambung...
Kenapa entah, macam bosan pula part ni. Kan? Macam tak ada feel ja masa menaip. Hoho. Hope enjoy, see you!
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfiction"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...