♥ 45장 ♥

6.2K 532 87
                                    

Hyeri memulas tombol pintu bilik Sehun. Dia sudah mengetuk beberapa kali tetapi masih tiada jawapan. Jadi dia mengambil langkah untuk masuk sahaja. Daun pintu ditolak perlahan sambil sebelah tangan lagi menatang dulang yang berisi semangkuk bubur yang dibeli tadi dan secawan air kosong. Hatinya seakan berubah tatkala memandang bilik Sehun.

"Sehun..." tidak berkelip matanya melihat Sehun yang terbaring kaku di atas katil dengan mata yang terpejam rapat. Bergenang air matanya melihat keadaan lelaki kesayangannya itu.

Dia melangkah ke arah Sehun. Dulang diletakkan di atas meja kecil di tepi kepala katil manakala dia melabuhkan punggung di sebelah Sehun. Ringan tangannya menyentuh pipi lelaki itu, perlahan.

"Sehun..." Hyeri memanggil lembut.

"Jin Hye..." hancur hatinya tatkala nama gadis yang dibencinya itu pula Sehun sebut. Hampir sahaja air matanya mengalir. Entah kenapa, Hyeri kelihatan begitu lemah. Seakan tiada lagi Hyeri yang kejam dan tidak ada hati perut. Dia benar-benar sedih melihat keadaan Sehun serupa mayat hidup ini. Dari situ, dia dapat merasakan yang Sehun benar-benar cintakan Jin Hye. Bukan sekadar cinta, malah nyawa. Hilangnya Jin Hye, Sehun seakan tinggal dicabut nyawa.

"Hyeri ni..." katanya. Sehun perlahan-lahan membuka matanya. Kecil matanya melihat wajah Hyeri tetapi samar-samar. Tiba-tiba, Sehun tersenyum lantas bangun dari tempat perbaringannya.

"Jin Hye... sayang? Awak dah... dah balik?" Sehun memeluk Hyeri yang disangka Jin Hye. Hyeri agak tersentak dengan keadaan tersebut. Dia sikit pun tidak membalas pelukan Sehun walaupun dari dulu lagi dia memang suka jika Sehun memeluknya.

"Saya Lee Hyeri. Bukan perempuan tu. Sehun, sedar." Dada Sehun ditolaknya perlahan. Pelukan longgar tadi terlerai. Sehun memandang Hyeri. Ah, apa semua ni? Mana Jin Hye? Kenapa aku tak sedar ini Hyeri?

"Kau nak apa datang sini?" Sehun menyoal mendatar. Wajahnya yang cengkung, kulitnya yang kering, matanya yang sembab sudah cukup menunjukkan yang dia betul-betul terseksa dengan kehilangan Jin Hye. Setiap hari, dia menanti. Kakinya sudah tidak termampu untuk digerakkan kerana lemah. Dia langsung tidak menjamah makanan berat. Sekadar makanan ringan yang mampu buat dia ada tenaga untuk bercakap sahaja.

"Jom makan. Saya ada bawa bubur. Tapi saya beli. Tak sempat nak masak sendiri." Hyeri mula membuka langkah untuk memujuk Sehun. Mangkuk yang berisi bubur ditatangnya.

"Tak nak. Aku nak tidur. Aku nak jumpa Jin Hye dalam mimpi aku." Sehun kembali baring. Hyeri mengeluh panjang. Dia paling pantang jika nama Jin Hye keluar dari mulut Sehun ketika mereka berdua.

"Sehun, dia dah tinggalkan awak. Dia tak sayang awak pun. Buktinya? Dah sebulan lebih dia menghilang. Ada dia datang jenguk awak? Tak adakan? Dahlah, Sehun. Saya ni. Saya yang sepatutnya berada di tempat dia. Saya yang layak jadi isteri awak, bukan dia." Hyeri mula menghasut. Sehun yang mendengar kata-kata itu pantas memberikan jelingan maut kepada Hyeri. Marah sungguh apabila ada orang yang cuba mempertikaikan kedudukan Jin Hye sebagai isterinya.

"Kau tak layak. Keluar, Hyeri." Sehun memalingkan wajahnya.

"Sampai bila nak macam ni, Sehun?" Hyeri menyentuh lembut tangan Sehun. Dia sayang. Terlalu sayang sehinggakan tiada apa-apa harta lagi yang dia sayangi selain Sehun. Dari dulu dia menaruh harapan tetapi harapannya dikecaikan begitu sahaja. Dia sangkakan Sehun benar-benar mencintainya, tetapi dia rupanya yang bertepuk sebelah tangan. Hanya syok-syok sendiri sahaja.

"Sampai mati."

Hyeri mengeluh lagi buat kali yang kedua. Dia memegang lengan Sehun. Dia sudah tidak tahan diperlakukan sebegini rupa.

"Nak jumpa Jin Hye tak?" Nama Jin Hye terpaksa digunakannya demi kebaikan Sehun.

Sehun yang terlalu obses mahu menemui isteri tercinta segera bangun dari perbaringannya semula. Wajah Hyeri ditenung dalam-dalam sehingga mengundang degupan jantung pada tubuh Hyeri.

[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now