♥ 28장 ♥

7.7K 630 47
                                    

Sayu hatinya apabila melihat wajah Sehun yang hanya dua inci jarak dari wajahnya. Malam semalam adalah malam yang di mana membawa mereka ke satu lagi arah yang lebih jauh. Arah yang membawa mereka untuk melengkapkan diri masing-masing sebagai seorang suami isteri yang sebenar. 

Keluhan yang menunjukkan Jin Hye susah hati dilepaskan kesah. Jarinya nakal ke sana ke mari di wajah Sehun. Sesekali di kening, sesekali di hidung, dan sesekali di bibir. Berkerut-kerut wajah kacak itu menahan geli. Tetapi mata tetap juga kekal terpejam meskipun ada gangguan fizikal daripada Jin Hye. 

'Macam mana saya nak tinggalkan awak kalau kita dah sejauh ni?' Getus hati Jin Hye perlahan sambil mengusap bahu Sehun yang terdedah itu. Ditarik comforter untuk menutupi bahu Sehun daripada terdedah. Bimbang sejuk dan tidak selesa pula.

'Susahlah kalau sebahagian dari diri awak, ada dalam diri saya. Dan saya tak boleh nak berjauhan dengan awak kalau betullah, ada darah daging awak dalam diri saya.' Hatinya berbicara dan terus berbicara, membawa takungan air mata di empangannya yang tidaklah berapa teguh. Kalau nak diikutkan, sudah banjir katil ini dek air matanya namun dia tidak mahu Sehun terjaga gara-gara mendengar tangisannya. Bimbang lelaki itu semakin membuatkan hati dan jantungnya luluh jatuh ke bumi.

Jin Hye menelentangkan tubuh. Mata memandang syiling yang bercorak-corak. Comforter ditarik sehingga ke paras leher, menutupi dadanya yang tidak berpakaian. Perlahan-lahan dia memejamkan mata. Cuba untuk membayangkan bagaimana hidupnya tanpa Sehun di sisi. Baru beberapa saat dia pejam mata, kelopak mata kembali ternganga. Sungguh, tidak boleh. Jika membayangkan pun dia tidak mampu, apatah lagi di alam realiti nanti?

"Tak! Aku tak akan sesekali biarkan kau dan dia bahagia. Aku nak kau tinggalkan dia dalam tempoh masa sebulan. Habis sebulan tu, aku nak kau pergi. Pergi jauh dari dia. Kalau sampai kau lewat satu jam, walau seminit sekali pun, Sehun serta-merta dalam zon bahaya. Kau nak ke dia mati dengan mata tercelik? Hmm?" Ayat itu berputar-putar di ruangan otaknya. Laju sungguh neuron-neuron berjalan dan berlari ke sana ke mari di sekitar otaknya sehingga membuatkan Jin Hye rasa rimas dan tidak mampu lagi bertahan. Disebabkan hal itu, dia mengiringkan tubuhnya kembali dan segera merangkul tubuh Sehun. 

Sehun tersedar. Matanya mengecil memandang Jin Hye yang menekupkan wajah ke dadanya. Sehun memanjangkan tangan untuk dililitkan ke tubuh kecil permaisurinya itu.

"Morning, sayang. Dah lama bangun ke?" Soal Sehun dengan suara seksinya yang baru bangun tidur. 

Jin Hye memejamkan mata sedikit kuat untuk menghilangkan rasa yang berbuku di hati. Di dehemkan sedikit tekaknya supaya dapat mengawal segala nada yang bakal dikeluarkan. 

"Dah. Mengantuk lagi ke?" 

"Hmm..." Sehun memejamkan mata lagi. Kantuknya masih belum hilang. 

"Tidurlah..." Jin Hye menepuk-nepuk bahu Sehun. Membiarkan lelaki itu tidur semula.

"Sehun..." panggil Jin Hye lalu membuka matanya sedikit. Jari telunjuknya menolak perlahan pipi Sehun.

"Hmm..." dehem Sehun perlahan. Rasa dah tak mampu agaknya hendak menjawab YA lagi. 

"Boleh tak... kalau saya nak sambung belajar?" 

Serta-merta mata Sehun terbuka sedikit. Matanya tertancap ke arah wajah Jin Hye yang berada di atas bahu kirinya. 

"Nak sambung belajar?" Jin Hye angguk. Sehun meraup wajahnya dengan sebelah tangan. 

"Boleh. Tapi... bahagikan masa antara study, dengan suami awak yang kacak ni." Kata Sehun sambil tersenyum bangga. Jin Hye ketawa kecil lantas bahu Sehun ditepuk perlahan. 

"Tengoklah macam mana nanti. Kalau ada surat tawaran masuk, maybe saya terus terima. Cukup dua tahun, saya nak kerja pula." Katanya lagi. Sehun angguk. Dahi Jin Hye dikucupnya, lama.

"Don't leave me..." ucap Sehun tiba-tiba menyebabkan Jin Hye sedikit terkedu. 

"A... apa dia?"

"Don't... leave... me. Okay?" 

Jin Hye tersenyum tawar, kelat pun ada sekali. Ini yang membuatkan jantungnya tidak keruan. Perlu ke ucapkan ayat sebegitu rupa? Ada sahaja benda yang membuatkan hatinya tersentap.

"Dahlah bangun. Saya nak mandi. Awak kerja tak?" Jin Hye menyoal lalu mencapai tuala mandi yang terdapat di hujung katilnya. 

"Bos boleh masuk lambatkan? Nanti dululah mandi tu!" Sehun memaut lengan Jin Hye supaya kembali berbaring. Jin Hye yang tidak bersedia apa-apa kembali terlentang dengan tuala menepam muka.

"Yah! Oh Sehun!"

"Yess..." selamba sahaja menjawab, seperti tiada apa-apa. Jin Hye menggeleng kecil. Sabar sahaja dengan perangai Sehun ini. Dia memerhatikan suaminya itu kembali pejam mata. Apabila rapat sahaja kelopak mata lelaki itu, Jin Hye seakan-akan mahu menangis teresak-esak sahaja. Sayunya hati, hanya Tuhan sahajalah yang tahu. Perlu ke perkahwinannya diakhiri dengan perpisahan? Rasa tidak termampu kaki melangkah meninggalkan Sehun. 

'Kalau dah itu jalan yang terbaik untuk awak dan saya, saya undur diri dulu...'


bersambung...

sebenarnya saya tengah bosan hari ni. Tu yang update sampai dua tiga kali tu. Huhuhu... minggu depan saya bizi! Tak update apa-apa. Maybe nanti ade satu lagi part kut. Kalau rajin lagilah. Ini sy tgh betul2 bosan Lolss... huhuhuhuh... okey enjoy and happy reading. Byee..

[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now