Sehun hairan melihat sikap Jin Hye yang berubah 360 darjah sejak pulang dari private toilet tadi. Sekarang mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Jika kebiasaannya, Jin Hye akan berbual kosong dengannya tetapi hari ini, gadis itu lebih kepada memalingkan wajah ke luar dan memejamkan matanya. Tidur? Tidak. Sekejap-sekejap dia gerak. Bila ditanya, hanya 'hmm' yang diberikan.
"Sayang... kenapa ni, hmm? Ada masalah apa-apa ke?" Entah buat kali yang ke berapa agaknya Sehun menyoal benda yang sama. Tangan Jin Hye diramas-ramas perlahan. Risau dengan isterinya ini. Bimbang ada sesuatu yang dipendam.
"Tak ada apa-apa..." jawabnya perlahan. Sehun mengukir senyuman tipis. Sekurang-kurangnya kali ini Jin Hye menyahut soalannya. Daripada tadi asyik 'hmm' sahaja. Tenang sedikit hati walaupun dalam masa yang sama, masih lagi gundah-gulana.
"Kalau ada masalah... storylah. Share dengan saya. Who's know, saya boleh tolong masalah awak tu." Masih memujuk. Jin Hye menggeleng. "Tak ada apa-apa. Mengantuk pun ada juga." Jin Hye membalas pegangan tangan Sehun di tangannya. Senyuman diberikan. Sengaja mahu membiarkan Sehun fikir bahawa dia baik-baik sahaja.
"Tak ada... saya okey. Saya mengantuk." Jin Hye menyandarkan kepalanya ke seat sambil memejamkan mata. Hakikatnya memang dia mengantuk pun.
"Okey, okey. Kejap lagi kita sampai." Kata Sehun. Serta-merta kegundahannya pudar.
Jin Hye mengeluh pendek. Satu bulan. Perkataan itu sejak tadi asyik menghantuinya. Mampu ke dia tinggalkan Sehun jika dalam tempoh sebulan itu, pelbagai jenis keadaan yang bakal dia tempuhi?
**********
Jin Hye melihat bahu kanannya yang luka dek cengkaman Hyeri sewaktu di dalam tandas tadi. Pedih sungguh apabila pancutan air mandi mengena di luka tersebut. Niat di hati hendak menyapu sedikit ubat dan mengambil plaster di dalam kotak first aid, tiba-tiba pintu biliknya terbuka dan menayangkan wajah Sehun. Lelaki itu hanya mengenakan baju T tidak berlengan dan seluar sahaja. Nampak santai dan bersahaja.
"Nak tidur sini ke?" Tanya Jin Hye. Sehun mengangguk. Matanya merah menahan kantuk yang teramat sangat. Tanpa menanti apa-apa lagi, dia menumbangkan tubuhnya di atas katil Jin Hye. Mata dipejamkan.
Jin Hye melihat suaminya terbongkang di atas katil. Biarlah. Janji dia mahu mengubati bahunya yang luka. Dia mencapai kotak first aid dan duduk di atas katil. Baru sahaja kotak dibuka, Sehun menegur.
"Kenapa?"
"Kenapa apa?" Soal Jin Hye seolah tiada apa-apa yang berlaku dan yang peliknya, tidak pula dia terfikir yang soal lukanya itu, bakal disoal berkali-kali oleh lelaki kacak ini.
"Kenapa dengan bahu awak tu, Jin Hye?!" Terjerit Sehun dibuatnya apabila matanya tertancap pada bahu Jin Hye yang terdedah itu dek kerana mahu membiarkan luka bebas dan tidak terperap. Lagipun Jin Hye memakai baju T tidak berlengan, sama seperti Sehun.
"Err..." dia kehilangan kata-kata.
"Ini.. tadi tergarit paku dekat toilet." Belotnya. Sehun mengerutkan dahi.
"Paku? Mana ada paku kat dalam tandas. Jangan tipu. Kenapa ni?" Jarinya menyentuh tangan Jin Hye. Tiba-tiba, keningnya berkerut.
"Aik, kena paku pun sampai lebam ke, sayang? Jin Hye..." Sehun menyoal dengan suara mendatar. Wajah Jin Hye dipandang dengan mata tidak berkelip sementara tangannya erat memegang tangan gadis itu.
Jin Hye menggaru kepala yang tidak gatal. Takkan dia hendak berterus-terang pula? Jika dia berterus-terang, maka cerita akan menjadi panjang. Silap hari bulan sampai esok pun tak habis. Bohonglah jika Sehun tidak soal itu ini.
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfiction"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...