♥ 43장 ♥

6K 531 15
                                    

"Chanyeol, macam mana? Jumpa?" Soal Puan Kim, ibu kepada Sehun. Chanyeol yang baru sahaja tiba di rumah agam ini menggelengkan kepalanya menandakan... tidak. Ternyata, gelengan kepala itu merisaukan Puan Kim. Keadaan Sehun sudah cukup teruk kerana demam yang menimpa sejak pulang pagi tadi jam 2. Sekarang anak lelakinya itu berada di bilik. Hanya terbaring dengan mata yang terpejam. Serupa mayat hidup.

"Macam mana ni, Chanyeol? Aunty dah buntu nak fikir macam mana lagi dah. Uncle pun dah tak tahu nak fikir macam mana lagi. Tak boleh ke kamu detect Jin Hye guna phone?"

"Aunty, kalau boleh, dah lama dah saya buat. Tapi sekarang ni phone dia, ada kat Sehun. Macam mana saya nak buat?" Chanyeol menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia juga boleh gila. Kai, Baekhyun dan yang lain juga membantu tetapi tidak boleh berlama-lama kerana masing-masing mempunyai kerja sendiri. Dia juga ada kerja yang patut diselesaikan tetapi demi membantu Sehun mencari isteri kesayangan lelaki itu, dia mengambil cuti. Memandangkan dia dan Sehun adalah rakan kongsi projek yang terbaru ini, dia boleh cuti dalam dua atau tiga hari.

"Pulak dah..." Puan Kim menekup wajah menggunakan tangan.

"Apa kata kalau report polis?" Tanya Puan Kim lagi. Wajahnya tampak sedikit bersinar tetapi bukan Chanyeol.

"Aunty, Jin Hye pergi dengan nota. Kalau dia hilang tanpa nota ke apa, bolehlah kita report. Sekarang ni, kita kena sabar dulu. Saya try contact kawan-kawan lain yang ada kat sini." Balas Chanyeol. Puan Kim mengangguk sahaja. Dia tidak mahu membalas apa-apa lagi. Bimbang Chanyeol tertekan pula. Bagaimana agaknya nasib anak menantunya itu. Risau rasa hati.

"Sehun dekat mana, aunty?" Tiba-tiba Chanyeol menanya. Puan Kim mengangkat kepala.

"Ada dekat bilik. Tidur kut. Dari tadi pagi tak keluar-keluar bilik." Kata Puan Kim. Chanyeol mengeluh panjang. Menggelembung pipinya saat nafas terperangkap di mulut.

"Macam ni, saya nak balik dulu sekejap ke office. Nanti saya datang balik. Aunty trylah pujuk Sehun. Ya? Saya risau kalau dia tak makan ke apa." Pesan Chanyeol yang sudah menganggap Sehun seperti beradiknya sendirinya.

"Ya. Aunty cuba. Dia makan, cuma tak bercakap. Dia demam lagipun. Tak apalah, kamu ke office dulu. Nanti kalau ada apa-apa berita pasal Jin Hye, cepat-cepat bagitahu ya?" Pesan Puan Kim pula. Chanyeol mengangguk seraya tersenyum.

"Saya pergi dulu." Chanyeol segera mengangkat punggung dari kerusi lalu beredar dari rumah ini semula.

************

"Jin Hye, kalau aku tanya, kau jangan marah eh?" Yura menegur Jin Hye yang sejak dari tadi hanya diam sahaja.

"Ya, apa dia?"

"Sebenarnyakan, aku pelik tengok kau. Kau dengan husband kau bergaduh eh? Dah dekat seminggu tau kau kat rumah kitorang. Dia tak cari ke?" Yura menanya dengan berhati-hati. Bimbang jika Jin Hye kecil hati atau terguris.

Jin Hye diam. Dia kembali menulis apa yang dia mahu tulis di kertas kerja yang diberikan oleh Prof. Jess tadi semasa kuliah fizik sedang dijalankan. Sikit pun dia tiada perasaan hendak menjawab persoalan Yura. Yura yang seakan faham apa yang Jin Hye hadapi hanya diam. Takut hendak bertanya lebih-lebih. Bimbang dia pula yang menjadi penyebabkan Jin Hye marah dan stres.

'Sorry, Yura. Aku tak boleh buka cerita. Aku takut.. aku tak dapat nak tahan perasaan. Aku rindu dia, Yura. Rindu sangat. Maafkan aku, Yura. Aku terpaksa rahsiakannya. Maafkan aku...'

Bersambung....

Eh2 sorry! Tertinggal satu bab. Baru siap taip ni ha. Hoho2. Boshan weyy!! Tak tahu nak buat apa. Okey byee lagy skali.

[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now