♥ 13장 ♥

9.8K 788 37
                                    

Hampir satu jam mengerah Sehun supaya menghabiskan bubur yang dimasaknya tadi. Susah sungguh lelaki itu hendak membuka mulut supaya makan. Berpeluh juga dahi dibuatnya. Sudahlah sukar hendak makan, telan ubat pun bukan main liat sekali. Ada sahaja alasannya supaya ubat itu tidak mencecah lidahnya. Barulah Jin Hye tahu, Sehun seorang yang betul-betul manja apabila sakit seperti ini.

Setelah selesai mencuci mangkuk yang digunakan tadi, Jin Hye kembali ke ruang tamu. Sehun yang mengarahkannya semula ke sini tadi. Kalau tidak, dia hendak ke bilik, mahu mengemas bilik yang sudah lama tidak ditouch up itu.

"Jin Hye, nanti kau tolong aku urutkan kepala ya? Sekarang aku nak tidur dulu. Mengantuk."

Jin Hye angguk. "Okey. Tidurlah," dengan perlahan, Jin Hye membantu Sehun kembali berbaring. Mungkin mengantuk akibat kesan pil demam tadi.

"Kau?"

"Saya? Kenapa?"

Sehun menggeleng. Tidak jadi hendak menyuarakan lagi kata-katanya. Jin Hye hanya angguk sahaja. Tidak banyak cakap.

"Okey. Tidurlah. Kalau ada apa-apa saya ada kat bilik." Pesan Jin Hye dan Sehun hanya menjawab dengan anggukan lemah. Mata terpejam dan comforter kembali menyelimuti diri. Jin Hye melepaskan nafas ringan. Ingin sekali tangannya menguak rambut Sehun yang menutupi dahi itu tetapi bimbang dimarahi, dia melangkah tenang terus ke biliknya. Punggung dilabuhkan di atas katil. Termenung.

"Lain betul bila dia tak macam selalu." Ayat pertama yang terlahir setelah 5 minit bertapa tanpa bercakap. Dia sebenarnya dalam situasi yang sukar sekali untuk dia ungkapkan. Dia langsung tidak mempunyai apa-apa perasaan apabila Sehun bersikap lain hari ini. Dia rasa... biasa sahaja. Langsung tidak berasa gembira atau apa-apalah. Fikirannya hanya kepada... Chanyeol. Pelik, bukan? Chanyeol pula yang dia suka.

"Fuhh..." nafas dihembus laju. Tubuh dibaringkan ke atas katil dengan kaki tergantung ke bawah. Mata dipejamkan. Cuba untuk menghadirkan kedatangan Sehun di hadapan mata tetapi! Wajah Chanyeol yang hadir. Ah sudah. Ini bukan sahaja perasaan suka, ini dah masuk part sayang dah.

"Jangan Jin Hye, jangan! Kau berada di zon bahaya sekarang. Kalau sampai kau, jatuh cinta dengan Chanyeol oppa, kau mati. Kau mati." Mulut Jin Hye terkumat-kamit sendiri. Membebel memarahi perasaan yang bertindak melulu. Kalaulah perasaan itu berbentuk manusia, dan bukan seperti ini, dia akan tumbuk puas-puas manusia bernama perasaan itu supaya berhenti mengharapkan Chanyeol dan beralih kepada Sehun. Kenapa boleh dia terjatuh cinta dengan Chanyeol pula, sedangkan watak utama dalam drama tak berpenghabisannya ini adalah Sehun? Tidak! Tidak! Ini hanya sementara. Tak lama, Jin Hye. Ianya tak akan lama. Percayalah!

**********

Malam. Jin Hye membuka matanya yang terasa berat. Dia tertidur ketika berangan-angan tadi di atas katil. Dengan tubuh yang hampir melorot ke bawah, Jin Hye menojang sedikit supaya tubuhnya naik ke atas. Dia diam buat seketika. Cuba untuk bertenang kerana baru bangun tidur tadi. Dia tersedar kerana bermimpi, bahawa Sehun sedang memanggil namanya dengan kuat. Terkejut, dia terbangun. Kelakar, bukan? Eh tidak! Ianya bukan kelakar, ianya lawak. Bukan ke benda tu sama makna? Ah tak tahulah!

"Jin Hye!" Mata Jin Hye membulat tatkala suara yang berada di mimpinya tadi keluar menjadi satu kejadian yang nyata. Dia bangkit dari perbaringan dan turun dari katil. Dengan rambutnya yang tidak terurus dan agak serabai, dia keluar dari bilik.

"Argh!!" Jin Hye terjerit kecil apabila suasana kondo ini gelap-gelita. Seperti tiada lampu yang menerangi. Liur diteguk. Tangannya serta-merta menggigil dan jantungnya berdegup kencang. Dia ada satu kelemahan yakni, takut gelap.

[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now