♥ 18장 ♥

8.6K 726 45
                                    

"Oh Sehun!"

Sehun dan Jin Hye menoleh ke belakang. Sehun cuba untuk mengamati wajah seorang gadis yang tersenyum lebar memandangnya. Jin Hye juga sama. Berkerut-kerut dahi luas itu melihat gadis tersebut.

"Ya? Awak... kenal saya?" Soal Sehun dengan kerutan yang masih lagi menghiasi dahi. Kaki melangkah elok keluar dari kedai tersebut untuk mendekati gadis itu dalam beberapa tapak sahaja. Jin Hye hanya mengekori dari belakang sementara lengan Sehun erat dipegangnya.

"Awak tak kenal saya?" Gadis itu menanya lagi. Sesekali matanya jatuh pada lengan Sehun. Hatinya menggerutu perlahan melihat Jin Hye memegang lengan Sehun dengan erat.

'Siapa dia? Kenapa dia pegang Sehun?' Hatinya terdetik perlahan.

Sehun tergelak kecil seraya menggeleng. Dia langsung tidak mengenali gadis di hadapan matanya sekarang ini. Dia langsung tidak cam.

Gadis yang mendengarnya itu sedikit kecewa namun tetap juga tersenyum. Cuba untuk menghilangkan rasa yang menebal di perosok dada.

"Sehunnie... say..."

"Wait... apa awak panggil saya?" Sehun mengecilkan matanya dalam keadaan sedikit kaget. Dia menyuruh gadis itu mengulangi lagi perkataan pertama tadi. Jin Hye yang lagi tadi menjadi pemerhati hanya diam sahaja. Wajahnya tampak terlalu innocent. Ditambahkan lagi memang dia terlalu muda. Jadi, kenaifan itu naik ke wajah.

"Sehunnie. Nama panggilan awak yang saya beri masa kita kat sekolah dulu. Sehunnie... saya ni. Hye..."

"Hyeri?!" Sehun meneka dengan suara yang agak lantang tetapi masih tidak menjadi perhatian umum. Hyeri yang teruja Sehun akhirnya mengingatnya terkejut lalu memeluk tubuh Sehun tanpa sedar. Bulat mata Jin Hye dibuatnya. Terlepas pegangan tangannya daripada lengan Sehun. Lagi buat dia cuak tatkala Hyeri memberikannya jelingan yang boleh dikatakan maut juga tadi ketika mendakap suaminya itu. Hati Jin Hye sakit melihatnya, tanpa dia sedari juga.

"Akhirnya! Awak ingat saya pun!" Pelukan masih erat. Sehun hanya membalas ala kadar sahaja. Dia menolak bahu Hyeri perlahan. Dia tidak berminat dengan keadaan tersebut. Lagi-lagi depan isteri sendiri. Dia tidak selesa walau hanya pelukan sahaja. Tetapi baginya ini adalah pelukan... sengaja dibuat-buat teruja.

"Hahaha... err... maaf kalau lupa. Saya... saya blank sikit tadi." Sehun menggaru keningnya. Hyeri hanya tersenyum kecil. Dia betul-betul gembira melihat Sehun sekarang. Sungguh, dia betul-betul gembira. Tidak dia menyangka yang Tuhan mentakdirkan dia supaya berjumpa di sini. Bertahun dia menanti. Akhirnya hari ini adalah harinya.

"Tak apa. Emm... by the way, jom kita minum-minum dulu? Lama dah tak jumpa awak... lepas awak hilang dul..."

"Sorry, Hyeri. Tapi saya dengan wife nak ke tempat lain. Next time?" Segera Sehun memotong dan segera tangannya menarik tangan Jin Hye tanpa memandang ke belakang. Jin Hye hanya menurut sahaja rentak Sehun dan tersenyum ringkas apabila Hyeri memandangnya. Namun dia tidak berani bertentang mata dengan Hyeri. Berdebar lain macam sahaja jantungnya itu.

"Waitt... siapa? Dia siapa awak cakap?" Jari telunjuk Hyeri lurus menghala ke Jin Hye. Seperti jengkel dengan gadis itu. Jelas perkataan tadi di telinganya, tapi masalahnya... dia tidak percaya. Langsung tidak!

"Wife. She is my wife. Sayang, kenalkan, dia kawan lama oppa, Lee Hyeri. Hyeri, ini Seo Jin Hye, my wife." Perkataan wife ditekan kuat menyebabkan lutut Hyeri seakan-akan kehabisan kalsium untuk terus berdiri. Dia tidak percaya. Langsung tidak. Mulutnya ingin mengatakan sesuatu tetapi... ah! Sukar sekali. Berdozen-dozen lahar gunung berapi mengalir tatkala dia menangkap panggilan 'sayang' ditujukan untuk gadis muda tersebut.

"Hai... Seo Jin Hye..." Jin Hye menegur lembut dengan suara yang perlahan lalu menunduk hormat separas bahu sahaja tanda salam perkenalan. Dia hendak menghulur tangan? Dia yakin, tiada sambutan daripada Hyeri. Dia menentang mata Hyeri pun hanya beberapa saat sahaja sebelum menunduk ke bawah. Gerun. Takut. Gemuruh kerana terlalu jelas sekali pada mata gadis itu terdapat api kemarahan yang begitu marak sekali.

"Hyeri..." sepatah sahaja Hyeri menjawab. Sekadar hormat sedikit ada orang menegurnya. Dia melihat Jin Hye dari atas sehingga ke bawah. Sakit betul hatinya. Sangat sakit.

"Kenapa awak tak bagitahu saya yang awak dah kahwin? Err... means... lebih awal?" Tanya Hyeri tanpa segan silu. Sehun memandang wajah Hyeri, meminta gadis itu berhenti setakat ini sahaja.

"Hyeri, bukan saya tak nak teruskan atau jawab soalan awak, tapi boleh tak lain kali? Sebab saya dengan wife ada banyak benda lagi nak kena bincang. Kita jumpa lain kali?" Berhati-hati Sehun menyusun ayat dan diakhiri dengan sedikit keluhan tipis. Jin Hye hanya diam. Dia tidak akan bersuara selagi benda ini tidak selesai dan dia... dia akan tanya satu per satu tentang semua hal ini kepada Sehun sewaktu pulang nanti. Dia perlu tahu siapa Hyeri yang sebenarnya.

Hyeri menarik nafas panjang dan melepaskannya dengan berat. "Okey. Tapi... macam mana saya nak contact awak kalau..."

Sehun menghulurkan sekeping kadnya kepada Hyeri. Malas hendak mendengar bebelan gadis itu.

Dengan gembira dan wajah yang langsung tidak bersalah, Hyeri menyambut huluran kad itu. Teliti dia menatap kad tersebut sebelum wajahnya yang gembira tadi bertukar menjadi muram. Dia memandang Sehun dan kad tersebut silih-berganti.

"Ada apa-apa, boleh call number tu."

"But saya nak private number..."

"No. Private number hanya wife saya je yang tahu. Awak... hanya kawan. Takkan saya nak bagi." Pedas. Hyeri tergamam sebentar mendengarnya sementara Jin Hye menekup mulutnya sekilas. Seakan tidak percaya dengan apa yang Sehun ucapkan meskipun banyak kejutan yang dia terima hari ini. Tadi, dia mendengar Sehun membahasakan dirinya... oppa. Cair? Gila tak?! Tapi tak tahulah kalau... berbohongkan? Sekadar untuk menyelindungi panggilan sebenar mereka di hadapan Lee Hyeri sahaja. Itu tidak mustahil. Banyak terjadi di novel-novel dan fanfiction zaman sekarang.

"Tapi saya masih ada hak kut nak dapatkan private number awak. Kawan-kawan awak... parents and so on." Hyeri berdegil. Sehun mengeluh berat sehingga membuatkan Jin Hye sedikit takut. Keluhan itu... dia kenal Sehun. Jika Sehun mengeluh, maknanya sudah lain.

"Sabar..." bisik Jin Hye perlahan. Sehun memejamkan matanya. Ya Tuhan! Jin Hye bagaikan penawar untuk dia teruskan berkata-kata. Sekadar perkataan 'sabar' sahaja, Sehun seperti disalurkan sedikit semangat untuk terus mengahadapi wajah Hyeri.

"Tolong hormat private saya." Baginya, Hyeri tidak berubah dari dulu sampai sekarang. Suka mendesak dan mengambil tahu hal peribadi orang lain. Itu adalah salah satu sebab mengapa dia meninggalkan Hyeri sewaktu zaman sekolah menengah dahulu.

Hyeri memeluk tubuh. Bengang.

"Okeylah. Saya akan call pakai nombor ni." Hyeri akur sahaja walaupun terpaksa. Dia memandang Jin Hye dengan perasaan berbuku di hati.

'Isteri? Aku tak percaya. Muka dia terlalu muda.'

"Kalau macam tu, saya nak minta diri dulu."

"Ohh okey. Thanks..." Hyeri tersenyum manis. Sengaja hendak menggoda Sehun dengan senyuman manisnya itu. Dahulu, Sehun betul-betul tidak boleh menahan dengan senyuman Hyeri tetapi kali ini, tidak, jejaka itu hanya membalas nipis sahaja. Jin Hye? Terbit rasa cemburu di hati. Siapa tak cemburu kalau ada perempuan lain yang tersenyum lain rupa kepada suami sendiri? Mahu bernanah juga biji mata.

"Jom..." Sehun menarik tangan Jin Hye untuk beredar dari tempat tersebut. Hyeri memerhati pasangan itu pergi dengan pelbagai perasaan di hati. Marah, kecewa, dan sebagainya. Tiba-tiba... wajahnya mengukir senyuman sinis. Sangat sinis.

'Kalau tak dapat jadi isteri, jadi 'kawan' pun... boleh. Kan?'

Bersambung....

Ahh!!! Idea tersekat-sekat kat sini -.- saya ada masalah sikit seminggu ni tak update langsung!! Huhuhuhu... soo... enjoy kay? Btw! Sy baru post FF baru. Hohoho. Tu semua slow update!!! Hahahahaha... see you guys sooonn... tata.


[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now