♥ 55장 ♥

7.8K 576 39
                                    

"Mengandung? Ma.. macam mana dia boleh mengandung pula?" Membulat mata Puan Kim mendengar penjelasan anaknya tentang kandungan Hyeri yang keguguran akibat ditolak tadi. Puan Kim, Chanyeol dan Encik Kim sudah tahu hal itu kerana Sehun memanggil ambulan untuk menjemput Hyeri di rumah tadi yang sudah tidak menyedarkan diri. Dengan darahnya yang sudah berbau. Encik Kim pula seakan-akan tidak percaya bahawa gadis yang disanjung-sanjungi olehnya itu rupa-rupanya ular berbisa yang bertopengkan malaikat suci. Sehinggakan Chanyeol yang tidak bersalah, menjadi mangsa tamparannya.

"Ya. And I don't know jantan keparat mana yang mengandungkan dia. Omma, appa, kalau dah rumah kita pun dah macam jadi premis maksiat dia buat, tak hairanlah dia ni like a cheaper women. Entah kerabat diraja mana dia bawa ke situ." Pedas ayat Sehun. Tergeleng kepala dia jika mengingatkan hal tadi. Pelik, bukan? Jika sebelum-sebelum ini, Sehun tidak bermaya, lesu, senang kata bukan seperti Sehun yang sekarang, tetapi kini lelaki ini berubah. Menjadi seorang Sehun yang betul-betul Sehun! Suami Jin Hye.

"Nasib baik kamu cepat, Sehun. Kalau tak, tak tahulah omma apa jadi kat rumah kita." Tokok si ibu pula.

"My son, appa terkejut dengan perubahan kamu." Kata Encik Kim yang masih terbaring di katil hospital ini. Langsung dia tidak mengulas soal tajuk tadi. Tetapi dia berminat untuk mengomen tentang perubahan fizikal mental Sehun. Bagaikan ada air ajaib yang diteguk anak lelakinya ini.

Mereka sebenarnya masih di hospital. Sehun menelefon Chanyeol dan memberitahu dahulu tentang berita tadi. Terus mereka berdua melencong ke hospital apabila Chanyeol mengatakan, ayahnya terkena serangan jantung.

Sehun mengangkat kepala. Memandang setiap satu wajah yang ada di situ. Chanyeol, Encik Kim, dan ibunya. Kemudian dia menunduk semula, tetapi dengan wajah yang tersenyum bahagia.

"Sehun mimpi dia. I miss... miss her so much. And kehadiran dia dalam mimpi Hun like semangat yang selama ni hilang. And now I'm here. I want to find her and ambil dia balik as my beloved wife..."

"Auwww... terharu!" Seloroh Chanyeol dengan gaya gediknya itu. Sehun ketawa kecil lantas menumbuk bahu Chanyeol perlahan. Dia tekad, mahu mencari isterinya itu kembali. Dia perlu mencari. Cukuplah dia menderita bagai nak rak tanpa kasih dan cinta Jin Hye selama ini. Dia sudah cukup menderita. Dia tidak mahu berdiam diri lagi.

"Pergilah cari sana. Bawa dia datang rumah kita. Appa nak keluar hospital hari ni juga. Kita raikan kedatangan Jin Hye dan penyatuan kamu semua. Sayang, panggil saudara mara kita berkumpul malam ni. Buat persiapan. Kita buat majlis untuk Sehun dengan isteri tercinta dia tu." Ujar Encik Kim tanpa sempat Sehun, Chanyeol dan Puan Kim mencelah. Terkebil-kebil mereka bertiga melihat lelaki separuh abad ini menyatakan arahan itu.

"Sekarang ke?" Puan Kim mula blur. Encik Kim ketawa kecil seraya mengangguk.

"Takkan serta-merta, appa?!" Walaupun terkejut, tetapi dalam masa yang sama Sehun gembira. Gembira yang sukar didambarkan!!!

"Kenapa? Tak nak? Lepas majlis tu, nanti appa tempahkan tiket honeymoon ke Paris. Anggaplah hadiah daripada appa. Sebelum ni kamu dengan Jin Hye tak ke mana-manakan? Ha sekarang, pergilah luangkan masa. Lepaskan rindu tu puas-puas." Kata Encik Kim lagi sambil tersenyum lebar. Biarlah anak dan menantunya bahagia sebentar setelah lama terpisah. Chanyeol dan Puan Kim berpandangan sesama sendiri sambil ketawa kecil. Sehun menggigit bibir bawahnya. Dia memandang setiap seorang wajah-wajah yang ada di dalam wad kecemasan ini. Semangatnya kembali. Ianya kembali.

"Thanks, appa." Sehun mendekati ayahnya lantas dipeluk tubuh tua itu seerat yang mungkin. Puan Kim menyeka air mata yang mengalir. Terharu dan gembira melihat anaknya kembali menjadi Sehun yang sedia kala.

"Thanks, omma..." dia memeluknya ibunya pula. Dikucup pipi ibunya, lama.

"Sama-sama, sayang..."

Sehun dan Chanyeol berpandangan. Mereka melemparkan senyuman sesama sendiri.

"Tak nak peluk aku? Penat tau aku ke sana ke mari uruskan semuanya. Siap kena tampar lagi." Chanyeol menjeling Encik Kim. Encik Kim menunduk sedikit, bersalah.

"Tamparan tu bukan senang nak dapat, Yeol. Kau kira beruntung dapat. Thanks, bro. Kalau bukan sebab kau yang bersungguh tolong aku dengan Jin Hye bersatu semula, aku rasa aku tak ada rasa semangat macam ni. Thanks a lot sebab sanggup jaga syarikat aku. Aku tak tahulah apa jadi dengan office selama aku tak ada. Thanks banyak-banyak, bro." Ucap Sehun panjang lebar lalu didakapnya tubuh Chanyeol yang sudah dianggap seperti adik-beradiknya sendiri. Lama dakapannya itu sebelum terlerai apabila Sehun teringatkan sesuatu.

"Tinggal sorang je lagi ni yang belum kena peluk." Katanya. Ketiga-tiga orang yang berada di dalam ini mengerutkan ini.

"Siapa?"

Sehun hanya tersenyum. Kemudian dia berkata, "Yeol, omma, appa, Hun nak pergi cari dia."

Mereka bertiga memahami. Lantas, hanya mengangguk dan membiarkan Sehun menjejaki isterinya yang tercinta itu.

Bersambung...

Guyssss!!! Lagi satu episod!! Ini bab kedua last. Lepas ni ada satu lagi bab then nanti ada speacial chapter yang akan menayangkan Hyeri. Tengoklah dia jadi apa nanti, okey? See you again. Byeee!!!

[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now