Dua hari sudah berlalu bermakna sudah dekat semingu juga Sehun dan Jin Hye hidup bersama sebagai suami isteri termasuk dalam hari perkahwinan mereka itu. Sejak perkara dalam bilik itu berlaku, Jin Hye langsung tidak menegur Sehun. Jika dia melihat wajah itu, pasti hatinya akan sebak dan ingin sahaja menangis. Mudah sungguh air matanya itu mengalir sejak dia menjadi isteri kepada Sehun. Lelaki itu dengannya halnya, dia dengan urusannya. Bercakap pun tak.
Jin Hye menghembuskan nafasnya sedikit kuat. Perutnya terasa berkeroncong. Tetapi malangnya, di kondominium Sehun yang baru mereka jejaki semalam ini langsung tiada apa-apa. Nak mengajak Sehun ke pasaraya? Ha. Ha. Ha! Lawak sungguh! Memang tidaklah lelaki itu mahu. Kalau nak pergi sendiri? Nak naik apa?! Jin Hye tak reti nak memandu!
Tangan mencapai telefon bimbit yang berada di kabinet. Dia ingin mencari nama Minra di kenalan tetapi apabila dia teringat yang kini Minra berada di Jepun, dibatalkan sahaja hasratnya itu untuk meminta bantuan. Nafas dihela pendek. Jam menayangkan pukul 1 tengahari. Sehun sejak awal pagi lagi sudah lesap ke tempat kerja. Pulangnya pasti petang nanti. Adakah ini peluang keemasan untuk dia bebas sebentar?
Tiba-tiba, pintu rumahnya terbuka. Jin Hye membuang pandang ke arah pintu rumah kondominium mewah ini. Sehun.
Jin Hye hanya menilik sahaja tubuh suaminya membuka kasut dan berlalu ke bilik tanpa menghiraukan keberadaannya di situ. Memang sejak dari hari itu dia dan Sehun macam tu. Dia ini seperti roh. Walaupun ke sana ke mari tetapi Sehun langsung tidak menegurnya. Dia nak menegur dulu? Dalam mimpi. Itu pun kalau mimpi indah. Buatnya mimpi buruk, lagilah naya.
Dia sudah tidak tahan menahan lapar. Kalau dia tidak mengkhabarkan kepada Sehun, kepada siapa lagi dia hendak mengajak untuk keluar membeli barangan dapur?
Dengan rasa getar dan cuak, Jin Hye mengambil langkah untuk mengikuti Sehun daripada belakang. Belum sempat lelaki itu hendak memulas tombol pintu, dia bersuara.
"Sehun..."
Sehun berhenti di hadapan pintu biliknya sambil tangan kanan ingin memulas tombol pintu. Tanpa menoleh ke belakang, dia menjawab. "Hmm...."
"Barang-barang dapur tak ada. Saya ingat nak ajak awak pergi beli barang dapur kejap. Boleh?" Begitu berhati-hati dia menyusun ayat supaya tidak mengoreskan hati sang suami.
Sehun memusingkan tubuh ke belakang. Wajah Jin Hye yang cukup naif itu ditenungnya.
"Aku malas nak keluar. Penat. Kau nak pergi beli barang dapur, pergilah. Aku tak hairan. Kau bukan sesiapa pun bagi aku." Selamba Sehun menuturkan ayat itu. Jin Hye cuba untuk sabar walaupun ayat itu cukup pedas baginya.
"Tapi... saya nak naik apa? Saya tak reti drive."
"Bukan urusan aku."
Dum!! Pintu dihempas kuat setelah Sehun mulai bosan dengan isterinya. Terhingut bahu Jin Hye dibuatnya kerana terkejut. Dia mengeluh buat sekian kalinya. Entah buat kali yang ke berapa, dia sendiri tidak tahu. Sumpah, perut terasa pedih kerana lapar. Kepada siapa dia mahu meminta bantuan?
"Chanyeol oppa?"
**********
Chanyeol memberhentikan keretanya di hadapan bangunan kondominium. Kelibat Jin Hye yang berbaju T tidak berlengan dengan seluar jeans biru gelap menandakan yang gadis itu sudah sedia untuk ke kereta Audi miliknya ini.
"Hai, oppa. Maaf lambat. Sakit perut tadi." Jin Hye menutup pintu kereta Chanyeol lalu kereta itu bergerak.
"Tak apa. Oppa pun baru je sampai ni. Sehun mana?" Soal Chanyeol. Pelik juga dia ketika Jin Hye menelefonnya tadi, mengajak dia untuk ke pasaraya membeli barang-barangan dapur.
"Dia penat. Baru je balik kerja. Takkan nak ajak dia keluar lagi. Tu yang call oppa tu. Kenapa? Oppa ada kerja lain ke tadi?" Soal Jin Hye dalam nada yang separuh serba salah kerana menipu Chanyeol. Bukan niat dia hendak menipu, tetapi dia perlu juga menjaga periuk nasi sendiri. Takkan semua nak dedahkan kepada Chanyeol walaupun sudah dianggap lelaki ini seperti abang kandungnya sendiri.
"Ohh... tak adalah. Oppa ambil setengah hari je hari ini. Malas rasa nak kerja."
"Ohh... kira nak berehatlah ni? Mianhae, oppa. Bukan niat saya nak menyusahkan oppa tapi saya nak minta tolong je."
"Hishh... mana ada menyusahkan! Oppa okey je. Kalau Jin Hye perlukan apa-apa bantuan daripada oppa masa Sehun tengah sibuk, call je. Ya?"
Jin Hye mengangguk senang. Kan seronok kalau perangai Sehun seperti Chanyeol. Selalu tersenyum, mesra, bergembira tanpa ada apa-apa rasa tertekan. Entah bila dia dapat melihat Sehun begitu.
"Kita nak ke mana dulu ni?" Soal Chanyeol setelah agak lama juga mereka berdiam diri. Hanya lagi Lion Heart sahaja yang bergema sayup di dalam kereta.
"Hmm... kita ke bank kejap. Nak ambil duit. Lepas tu baru ke super market." Kata Jin Hye. Chanyeol mengangguk tanda faham. Lalu, kereta Audi itu pun meluncur laju ke bank dan berhenti di pasaraya.
Sepanjang penerokaan Jin Hye di pasaraya tersebut, bersama Chanyeol. Dia lebih senang dan bahagia bersama Chanyeol, sehingga hatinya seakan-akan mahu Chanyeol menggantikan tempat Sehun sebagai suaminya.
"Lambat balik?" Tegur Sehun apabila kakinya menjejak lantai kondominium. Jin Hye memandang Sehun yang sedang menonton televisyen di ruang tamu tanpa memandang ke aranya. Seakan dia ini tidak wujud pada jasad, tetapi wujud pada roh.
"Pergi beli baranglah tadi." Jin Hye melangkah ke dapur. Beg plasti penuh di tangannya. Chanyeol memang hendak membantu tetapi dia yang menghalang. Bimbang Sehun marah. Dia menelefon Chanyeol untuk meminta bantuan pun Sehun tidak tahu. Nak mampus?
"Dengan siapa?"
"Err..." Jin Hye kehilangan kata. Perlu ke dia menipu?
"Dengan Chan... Chanyeol." Jawab Jin Hye. Ada sedikit gagap di pertengahan ayatnya. Bukan apa, dia takut jika Sehun melenting kerena keluar dengan rakan baiknya itu.
"Ohh... okey." Sehun mengangguk selamba. Jin Hye melopong. Tu je?! Jin Hye mengeluh pendek. Memang tidaklah Sehun nak melenting. Dia ni siapa bagi dia. Isteri hanya sekadar gelaran di atas sijil nikah.
Jin Hye meletakkan beg tangan di atas meja makan setelah barang-barang tadi diletakkan di atas kabinet dapur.
"Awak nak makan apa malam ni? Saya masak." Soal Jin Hye, cuba untuk mengambil hati.
Sehun bangun lalu menutup televisyen. Dia mencapai kunci kereta yang tersangkut pada pintu. Sambil membetulkan rambut di cermin, dia berkata.
"Tekak aku tak tertelan nak makan masakan kau."
Sekali lagi Jin Hye dihentam. Keluar sahaja Sehun dari rumah, air mata Jin Hye jatuh. Hari-hari dihentam begini, boleh lemah urat saraf rasanya. Keras sungguh hati Sehun untuknya. Tidak pernah terlintaskah di hati lelaki itu mahu melayaninya dengan baik? Walau tak suka sekalipun, jika dia dilayan baik, itu sudah cukup memadai. Tetapi ini? Sikit pun lelaki itu tidak mahu berbaik dengannya.
'Sedarlah, Seo Jin Hye. Hidup kau hanya kosong pada dia. Kau sekadar seorang mayat hidup dalam dunia dia. Jangan nak perasan, dia nak layan dengan kau dengan baik. Chanyeol... hanya Chanyeol yang mampu bahagiakan kau.'
Bersambung...
Aik? Apa sudah jadi sama itu Jin Hye? Dia suka Chanyeol sampai dia nak lelaki tu tukar tempat Sehun. Alamak! Macam mana ni? Hehehehe... ayuh! Tunggu lagi untuk bab 9. FF ni late update. Lupa nak bagitahu. Hehehehe ^^
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfiction"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...