♥ 41장 ♥

6.4K 558 29
                                    

"Dah 2 pagi ni, Hun. Kita tak jumpa dia lagi. Kau nak teruskan ke? Aku dah tak larat." Chanyeol termengah-mengah berjalan untuk cuba menyaingi Sehun yang lagi tadi tidak penat-penat berjalan meskipun peluh sudah membanjiri tubuh.

"Aku kena cari dia. Aku nak minta maaf kat dia. Aku tak sengaja, Yeol!" Sehun menjerit. Orang yang lalu lalang di sekitar taman ini memandang Sehun dengan wajah yang pelik.

"Ya aku tahu. Tapi sambung esok ya? Kau balik rumah mak kau dulu malam ni. Kau penat ni, Sehun. Dari tadi kau tak berehatkan?" Chanyeol menarik bahu Sehun supaya lelaki itu berhenti tetapi malangnya Sehun menepis kuat. Hampir terjatuh Chanyeol dibuatnya tetapi dia perlu tahan. Sehun kini sedang dihambat emosi. Walaupun lelaki itu tidak menangis teresak-esak, tetapi tubuhnya sudah menahan berat setiap tangisan yang ditahan. Sukar untuk Sehun menangis jika bukan melibatkan orang yang dia sayang.

"Kalau kau nak balik, kau baliklah. Aku nak cari sampai jumpa. Dia isteri aku." Sehun segera melangkah meninggalkan Chanyeol di belakang. Kereta mereka masih berada di pakir tetapi Sehun terus berjalan tanpa arah. Yang penting, dia mahu Jin Hye ditemui. Dia yang bersalah kerana tidak melihat siapa pemanggilnya. Dia terus sahaja menghamburkan amarah yang menggila. Sepatutnya kepada Hyeri, tetapi Jin Hye yang terima pula. Dia tahu, setiap ayat yang diberikan bagaikan menghalau Jin Hye dari terus berada di sisinya. Menyesal! Kesal! Bersalah yang teramat sangat! Ya Tuhan, bagaimana dia perlu meneruskan hidup jika Jin Hye tiada di sisi?

"Sehun! Kita cari sama-sama ya? Aku minta tolong kawan-kawan kita carikan sekali!" Chanyeol kembali mendapatkan Sehun yang jauh itu. Sekali lagi dia menarik bahu Sehun dan kali ini lelaki itu tidak menepis mahupun menguis.

"Tolong, Chanyeol... aku nak dia..." akhirnya Sehun menangis. Chanyeol yang menjadi saksi. Malam yang melihat. Sehun benar-benar lemah. Dia tersungkur di situ juga sambil menangis teresak-esak.

"Kau kena kuat. Ini ujian untuk kau. Kita cari Jin Hye sama-sama, okey?" Chanyeol memujuk. Bahu Sehun ditepuk-tepuknya bagi menghilangkan rasa sedih si kawan baik itu. Walaupun tidak banyak, sikit pun jadilah. Tidak sanggup rasanya melihat Sehun menangis hiba seperti ini.

"Hyeri memang minta bala. Dia penyebab semua ni. Aku tahu... ini mesti plan Hyeri." Tiba-tiba, Chanyeol menyebut nama Hyeri. Sebenarnya, dia mencurigai kehilangan Jin Hye, dan marahnya Sehun terlempias kepada Sehun disebabkan gadis itu. Dia tahu, Hyeri memang tergila-gilakan Sehun sejak dulu. Jadi tidak mustahil semua ini gerak langkah Hyeri untuk memisahkan Sehun dan Jin Hye. Mungkin Jin Hye meninggalkan Sehun kerana kecewa. Tetapi mesti ada benda lain. Mustahil Jin Hye meninggalkan Sehun begitu sahaja? Mesti ada sesuatu disebalik semua ini. Mesti.

"Plan Hyeri?" Sehun mengesat air matanya yang masih bersisa.

"Tak apa. Kita balik rumah parents kau. Kau rehat dulu, biar aku..."

"Aku nak ikut..."

"Tak payah. Malam ni, biar aku selesaikan dulu. Esok kita buat sama-sama. Okey?" Chanyeol menyusun ayat supaya tiada satu pun mampu ditepis Sehun. Sehun mengangguk lambat-lambat. Dia terpaksa. Perlahan-lahan dia bangun. Tidak terdaya rasanya hendak membuka mulut. Penat. Letih.

"Jom..."


**********


Jatuh air mata Jin Hye melihat keadaan Sehun yang tidak terurus itu. Ketika dia berjalan-jalan di sekitar taman ini, matanya tertangkap tubuh Sehun yang berjalan laju sambil meliar ke sana ke mari. Dia yakin, Sehun sedang mencarinya. Lagi tadi, dia sedang menyorok di belakang pokok besar yang mampu melindungi tubuh kecilnya. Dia hanya memerhati sahaja Sehun dan Chanyeol dari jauh. Kakinya langsung tidak bergerak ke arah Sehun walaupun hatinya berkobar-kobar hendak mendakap erat tubuh lelaki itu. Dia masih teringat pesanan ringkas yang dihantar oleh Hyeri malam tadi.


Jangan cuba-cuba dekat dengan Sehun. Kalau tidak... kau tahukan apa dia? Jadi, jangan cuba-cuba. Duduk diam-diam, sampai surat penceraian sampai dari Sehun sendiri. Faham?


Itulah mesej yang dihantar oleh Hyeri. Dia sayangkan Sehun. Dia cintakan lelaki itu. Jadi.. dia bertindak mendiamkan diri dan pergi. Jarak dia dan Sehun tidaklah jauh mana. Cuma berpusing-pusing sahaja. Tetapi Jin Hye tidak berani langsung hendak menjejakkan kaki mendekati di tempat-tempat yang biasa menjadi kunjungan Sehun. Bimbang mereka bertembung.

"Rindu..." gumam Jin Hye perlahan. Dia memerhatikan kereta yang dipandu Chanyeol beredar. Setelah itu, dia keluar dari terus menyorok di belakang pokok besar itu. Punggung dilabuhkan di kerusi yang ada di taman ini. Tangannya memusing-musingkan cincin yang berada di jari manisnya. Sayang. Terlalu sayang. Sampai bila agaknya dia dan Sehun perlu begini? Keluhan yang begitu berat dilepaskan.

"Baby..." tangannya melekap pada perut sendiri yang semakin lama akan mula kelihatan. Jin Hye memejamkan mata. Cuba membayangkan dirinya di bilik bersalin nanti, tanpa adanya Sehun di sisi. Bagaimana dia akan menahan kesakitan sendirian tanpa seseorang yang dia sayangi di sebelah. Bagaimana dirinya bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak yang datang daripada seseorang yang amat dia cintai. Ah, sukar sekali untuk dia membayangkan. Pilu, hiba, sakit. Segalanya! Bagaimana agaknya nanti.

"Fuhh..." nafas yang separuh tenang dan separuh sedih dilepaskan. Sukar betul hendak menghilangkan rasa sedih. Perpisahan yang lama, tetapi dalam jarak yang begitu dekat. Berapa jauh sangatlah rumah sewa rakan-rakannya yang tiga orang itu dengan jarak hatinya bersama Sehun. Dekat. Terlalu dekat. Sehinggakan dia merasa, Sehun kini ada bersamanya di sebelah. Padahal tiada sesiapa pun. Kosong. Di sini tiada sesiapa kecuali dia seorang.

"Jin Hye.. awak buat apa dekat sini?"


Bersambung...

Kenapa susah sangat saya nak feel?!!! Okey bye!!!

[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now