♥ 29장 ♥

7.2K 610 18
                                    

Dua minggu berlalu. Hanya tinggal lagi dua minggu sebelum Jin Hye tinggalkan suaminya. Sehingga kini, segala ugutan Hyeri, disimpan rapi tanpa lelaki itu ketahui kebenarannya. Jin Hye tersedar tatkala loceng rumahnya berbunyi. Dia mengerutkan dahi sambil menolak kerusi ke belakang untuk bangun. 

"Siapa pulak? Takkan Sehun balik? Baru pukul 11 pagi." Omelnya perlahan. Kaki menyulam elok ke pintu. Pembesar suara dan skrin kecil yang terdapat di tepi pintu dibuka. Mengecil matanya melihat skrin kecil itu.

"Ohh.. posmen.." segera pintu dibuka.

"Anyeonghasaeyo. Puan Oh Jin Hye?" 

"Ya saya. Kenapa?"

"Ada surat untuk puan. Tandatangan kat sini dulu ya." Kata penghantar surat tersebut lalu menghulurkan buku catat dan sebatang pen. Jin Hye segera menandatangani buku catat tersebut sebagai tanda bukti yang dia adalah penerima surat sulit tersebut. 

"Okey, terima kasih." Ucap Jin Hye. Dia melemparkan senyuman kepada penghantar surat tersebut. Penghantar surat itu membalas sebelum berlalu setelah menunduk separuh tubuh kepada Jin Hye. Selepas sahaja lelaki itu beredar, Jin Hye segera menutup pintu dan berjalan laju ke meja makan yang menjadi tempat dia melepaskan bosan dengan menonton drama di dalam talian tadi. Punggung dilabuhkan, tangan lincah mengoyakkan sampul surat tersebut.

"Korea Advanced Institute of Science & Technology?" 


**********


"Nak ambil kos apa?" Soal Sehun sambil meletakkan pen di tepi bibirnya. Risau. Mendengar cerita Jin Hye yang isterinya telah ditawarkan menyambung pelajaran di salah satu universiti terbaik di Korea itu, jiwanya pula tidak tenang.

"Business..." jawabnya pendek. Tetapi matanya memandang dalam wajah Sehun. Dia sanggup datang ke pejabat Sehun gara-gara rasa tidak sabar hendak menunggu lelaki itu pulang nanti. 

Sehun bangun dari kerusi dan berjalan menuju ke sofa, tempat isterinya berada. Punggung dilabuh, wajah cantik gadis itu dipandang.

"Kalau saya cakap.. tak payah, boleh?" Kata-kata Sehun itu membawa satu riak yang datang di wajah Jin Hye. Elok-elok bibirnya lebar tersenyum, hilang senyumannya. Dia membetulkan duduknya dan berganjak sedikit dengan Sehun. Merajuk.

"Hari tu kata boleh.."

"Bukan macam tu, sayang.."

"Habis tu?"

"Saya cuma..."

Tanpa menunggu Sehun menjawab apa-apa, Jin Hye segera bangun dan beredar dari bilik besar ini meninggalkan Sehun keseorangan di sofa. Terkebil-kebil matanya melihat pintu terkatup dan melihat gerak tubuh Jin Hye pergi meninggalkannya. 

Berat nafasnya dilepaskan. Wajah diraup berkali-kali. Dia rasa tidak sanggup pula hendak membiarkan Jin Hye menyambung pelajaran walhal itu adalah cita-cita isterinya itu. Jika dia menghalang, inilah yang akan jadi. Dalam tempoh mereka berkahwin, ini adalah kali pertama gadis itu menarik muka dengannya. Dia perlu pujuk. Dia perlu...


Bersambung...

Haii.. maaf sikit ja. Tak ada mood nak sambung. Kbye

[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now