"Yeol, kau nak masuk sekali ke, kau nak tunggu luar je?" Tanya Sehun yang berjalan beriringan bersama Chanyeol menuju ke kondonya. Ada beberapa benda penting yang perlu dia ambil di rumah. Sekarang jam menunjukkan angka 8 malam. Mungkin dia akan pulang jam 10 atau 11 malam. Hari ini memang sibuk! Hendak makan pun tidak sempat. Satu hari dia tidak menjamah makanan berat. Sudahlah bermacam-macam masalah yang timbul. Dengan Jin Hye yang langsung tidak menghantar SMS mahupun menelefonnya. Berkobar-kobar rasanya kaki hendak masuk ke dalam rumah.
"Aku tunggu luar jelah. Cepat sikit eh. Jangan nak berlama-lama kat dalam. Kang kau dengan Jin Hye kat dalam, aku kering kat luar." Sempat Chanyeol memerli. Sehun ketawa kecil.
"Aku tengah risau ni. Dia satu hari tak call aku. Mesej pun jangan haraplah." Sehun berkata menyatakan isi hatinya.
"Sibuk kut dengan assignment..." Chanyeol menyedapkan hati Sehun. Sehun hanya diam. Mereka tiba di hadapan pintu rumah Sehun. Dia memikirkan, Jin Hye ada di rumah, loceng ditekan.
Senyap.
Loceng ditekan lagi sebanyak dua kali.
"Mana dia?" Chanyeol menggaru kening. Sehun tidak menjawab tetapi sebaliknya dia memasukkan kata laluan rumah. Rumah ini boleh dibuka dengan dua cara. Sama ada dengan kata laluan ataupun dengan kunci rumah.
Pintu terbuka. "Aku masuk kejap. Kau tunggu." Arah Sehun lalu memboloskan diri ke dalam rumahnya. Gelap. Satu rumah gelap sehingga memaksanya untuk membuka telefon bimbit untuk mendapatkan sedikit cahaya.
"Sayang!" Sehun memanggil. Dia menekan suis lampu. Serta-merta rumah terang benderang.
"Jin Hye! Aik... tidur dah ke? Awal lagi kut..." gumamnya sendirian. Kaki melangkah elok menuju ke bilik. Tombol dipulas dan pintu dikuak. Lampu dipetik. Matanya meliar melihat sekeliling. Kosong.
"Jin Hye?!!" Menjerit Sehun dibuatnya melihat bilik juga turut kosong. Kelam-kabut kakinya memasuki tandas yang ada di dalam bilik air itu untuk melihat sama ada Jin Hye ada di dalam ataupun tidak. Dan ternyata... isteri kesayangannya itu tiada. Sehun mula risau. Tubuhnya mulai menggigil ketakutan.
"Jin Hye! Sayang!!" Sehun memanggil, berharap Jin Hye akan terus muncul di hadapan matanya. Tetapi hampa. Tiada. Kakinya segera melangkah keluar dari tandas. Dia berjalan ke balkoni. Hatinya mulai risau. Tidak semena-mena, matanya terarah kepada satu nota yang sederhana besar melekat pada cermin meja solek. Segera dia bergerak ke situ. Tangan terketar-ketar mencapai nota tersebut.
"Jin Hye..." mata Sehun berkaca. Tiba-tiba. Dia seperti merasai apa yang Jin Hye rasa ketika menulis surat yang penuh hiba ini. Satu per satu butir perkataan dibaca. Bergeletar bibir menyebut setiap satu perkataan tersebut.
"Jin Hye... saya... saya..." Sehun mula hilang arah. Dia baru teringat, panggilan yang dia jawab sewaktu di pejabat tadi adalah daripada Jin Hye. Bukan... Hyeri. Dan ayat yang berbaur kemarahan dan benci itu ditabur buat... Jin Hye. Bukan Hyeri.
Sehun terduduk. Dia menekup wajahnya dengan tangan. Buntu. Dia tidak tahu hendak melakukan apa sekarang. Matanya terpandang satu gajet milik Jin Hye. Telefon bimbit. Gadis itu rupa-rupanya meninggalkan telefon bimbit. Bagaimana dia mahu menghubungi Jin Hye mahupun menjejak gadis itu jika telefon bimbitnya ada di rumah ini?
"Chanyeol! Yeol! Chanyeol!" Sehun menjerit-jerit memanggil nama Chanyeol sambil berlari anak menuju ke pintu rumah. Benda yang hendak diambilnya pun sudah lupa. Air matanya sejak dari tadi bergenang. Tetapi tidak pula tumpah-tumpah.
"Ya! Kenapa, Hun?" Chanyeol menyoal dengan kedutan di dahi. Dia memandang Sehun.
"Jin Hye..."
"Kenapa dengan dia?"
"Dia... dia tinggalkan aku..."
Bersambung...
Nanti ada lagi. Baca ni dulu. Tak sabar nak tamatkan ff ni. Hoho...
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfiction"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...