Sehun melepaskan keluhannya. Pening. Walaupun tadi Jin Hye nampak baik-baik sahaja, tetapi apabila sampai di butik, gadis itu kembali diam. Dia sendiri tidak pasti apa puncanya, tetapi apa yang dia pasti adalah, Jin Hye asyik berjalan sendirian sahaja. Bila dia mempercepatkan langkah untuk menyaingi Jin Hye, pasti gadis itu akan laju lagi. Dia sendiri pun pening dengan keadaan ini. Pusing.
"Sehun..."
Sehun menoleh ke belakang. Tidak sampai 5 saat, dia kembali memandang hadapan. Butik yang cukup besar ini cukup buat dia keliru mahu mencari kelibat isterinya.
"Sehun, awak okey?" Hyeri menanya apabila sahutannya tadi tiad sambutan. Tangan yang berda di atas bahu Sehun, tidak digalihkan, sebaliknya dia mencengkam lembut bahu itu bagi menyedarkan Sehun bahawa dia wujud di sini.
"Okey."
Hyeri ketawa kecil. Dia berdiri di sebelah Sehun sambil memeluk tubuh.
"Dah lama tak berjumpa, tak bermakna saya lupa awak tau. Saya tahu awak, Sehun. Awak tak akan macam ni kalau tak ada masalah." Kata Hyeri lagi. Sehun mengeluh.
"Boleh tak awak jangan sibuk urusan saya? Ini, masalah saya dan awak tak berhak nak tahu." Kata Sehun, tegas. Namun suaranya tetap dikawal daripada terletus garang.
"Saya... tak berhak tahu? Oh Sehun, I'm, your ex..."
"Don't you dare to say that word, again." Amaran Sehun tegas. Tanpa menoleh, Sehun bergerak mendapatkan Jin Hye yang sedang duduk di sofa butik ini. Hyeri berdecit geram. Dia geram sungguh dengan Jin Hye.
"Bersusah payah aku mencari dia masa zaman sekolah dulu. Dengan kau rupanya. Dasar budak mentah..."
**********
"Jin Hye..."
Jin Hye tersentak apabila namanya diseru oleh dua manusia yang bernama Chanyeol dan Sehun secara serentak.
Dan dalam masa yang sama, dua lelaki itu berjalan menghala ke arahnya juga. Kelakar dengan keadaan itu, dia bangun. Tidak bergerak ke arah Sehun mahupun Chanyeol, tetapi dia bergerak ke kawasan pakaian-pakaian di zon VIP. Matanya tertarik pada baju gaun malam berwarna merah jambu lembut, dipasangkan dengan stileto senada dengan baju. Harga? Jangan cakap. Meskipun dia orang berada seperti Sehun dan Chanyeol, tetapi matanya tetap terbeliak melihat tanda harga yang tergantung kemas di baju itu.
"Suka?" Sehun mendekatkan bibirnya ke telinga Jin Hye. Chanyeol tadi sudah pergi menguruskan Hyeri atas arahan Sehun. Chanyeol tidak membantah, malah dia menggalakkan pasangan ini supaya kembali berbaik dengan lebih elok. Senang kata, seperti dulu.
"Eh.. tak adalah. Saja je tengok-tengok." Barulah Jin Hye berjaya membuka mulut apabila kelibat Hyeri tiada. Selama ini dia diam kerana itulah. Gerun dengan sekeliling.
"Kalau nak..."
"Tak nak." Jin Hye bergerak ke tempat lain. Semakin membulat mata memandang setiap rekaan khas buat pelanggan-pelanggan yang kaya-raya.
"Tapi saya nak..." Sehun menarik tangan gadis itu supaya tidak jauh darinya. Jin Hye terdorong sikit ke belakang dan menyebabkan tubuh mereka sedikit rapat.
"Nak apa?" Jin Hye menyoal dalam nada berbisik.
"Nak awak..."
"Hah?!"
"Dengarlah dulu!" Sehun menjerit halus, manja. Jin Hye senyum. Dia menanti dengan penuh sabar.
"Saya nak awak pakai baju tu."
Gadis itu terdiam jadinya. Dia memandang anak mata Sehun, dalam. Kenapa lelaki ini suka membuatkan jantungnya berdegup kencang? Tidak kira dalam apa jua situasi. Dalam keadaan marah pun, lelaki itu mampu mengepam jantungnya. Haihh... susah.
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfiction"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...