Chanyeol melihat jam di iPhone6s miliknya yang berada di atas meja kerja. 8 pagi. Hari ini dia sepatutnya pergi ke China untuk menemui pengurus syarikat hartanah tentang pembelian tanah yang hendak dilakukan beberapa hari lalu. Tetapi disebabkan pengurus itu menelefonnya semalam mengatakan yang beliau terpaksa ke Korea, Chanyeol akur. Ke Korea bukan untuk berjumpa dengannya, tetapi berurusan dengan orang lain. Bukan dia tidak mahu menyuruh lelaki yang seusia 25 tahun itu ke syarikatnya sekali, tetapi memandangkan dia juga sibuk, temujanji mereka dianjakkan lagi kepada lusa. Jadi tiada masalahlah untuknya hari ini.
Sedang selesa dan tekun menaip di komputer riba, telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Serta-merta tumpuannya teralih kepada panggilan itu. Tertera nama Jin Hye. Tidak semena-mena, senyuman terbit di bibir.
"Helo..."
"Oppa..." Jin Hye menyahut. Chanyeol menyandarkan tubuh buat seketika. Ingin menghilangkan rasa lenguh pada pinggang.
"Nae, Jin Hye. Ada apa call?" Tanya Chanyeol. Kedengaran ada keluhan kecil terlahir dalam talian. Jin Hye mengeluh.
"Jin Hye? Gwenchanayo?"
"Ehem.. nae. Oppa... saya.. saya..." entah sejak bila Jin Hye boleh tergagap-gagap. Dahi Chanyeol berkerut seribu dibuatnya.
"Jin Hye? Kenapa ni? Ada apa-apa ke yang boleh oppa tolong?" Chanyeol risau. Tubuh ditegakkan sedikit dengan wjah yang serius. Adakah gadis itu telah disakiti? Atau pun Sehun ada buat apa-apa tindakan bodoh?
"Sehun..."
"Kenapa dengan dia? Cakap pada oppa sekarang, kenapa dengan dia?" Tegas Chanyeol berkata sehingga menimbulkan satu perasaan di hati Jin Hye sekarang ini.
**********
'Chan.. Chanyeol oppa care pasal aku? Dia.. dia...' hati Jin Hye seakan-akan mula terpaut dejgan kebaikan dan layanan Chanyeol yang lembut itu. Sebenarnya, sejak dari Chanyeol menemaninya membeli barang dapur beberapa hari yang lalu, hatinya sudah terpaut dengan Chanyeol. Senang cakap, jatuh hatilah sehingga beranganan, Sehun seperti Chanyeol. Hatinya juga beralih kepada Chanyeol supaya menggantikan tempat Sehun sebagai suaminya.
Dia tahu dia agak keterlaluan, namun semua ini kerana hati. Kerana hatinya, dia jatuh sayang dengan Chanyeol. Tetapi dia tidak mahu isi hatinya ini tiada sesiapa oun yang tahu walau Minra sekalipun. Apatah lagi Chanyeol dan Sehun. Dia akaj cuba untuk menghilangkan rasa sayang itu secepat yang boleh.
"Dia tak ada buat apa-apa. Cumanya... malam semalam dia ada cakap, dia nak ajak saya keluar." Kata Jin Hye setelah lama berdiam diri.
"Ohh... baguslah kalau macam tu. Nanti Jin Hye dengan dia boleh rapatkan?" Kata Chanyeol menyebabkan air muka Jin Hye berubah. Fikirnya, Chanyeol akan menyoal panjang, rupa-rupanya hanya itu sahaja yang dia terima? Haishh... sah, dia mabuk kepayang pasal Chanyeol sekarang.
"Nae..."
"Eoh.. Jin Hye yah... minggu depan oppa nak ke China, nak pesan apa-apa tak?" Soal Chanyeol, sekadar ingin menaikkan suasana gembira. Dia tahu, jika dia asyik mengasak soalan tentang Sehun, Jin Hye akan tertekan. Entah bila agaknya dia mahu menerima khabar berita yang baik daripada pasangan itu. Sudah dianggap Jin Hye seperti adiknya sendiri, Chanyeol menginginkan kebahagian buat Jin Hye.
"Hmm... nak baju. Kalau boleh, nak baju couple." Kata Jin Hye. Dia bercakap seolah dalam keadaan tidak sedar.
"Baju couple? Untuk Sehunlah tu..." usiknya dengan senyuman. Jin Hye mengeluh panjang lalu memejamkan mata, rapat.
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfiction"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...