Jin Hye menolak daun pintu bilik Sehun. Dia menjenguk sedikit. Gelap. Tiba-tiba, ada satu aura yang menyentap tangkai hatinya. Serta-merta matanya bergenang apabila terkenangkan kisah silamnya dahulu bersama Sehun. Dia masih teringat lagi waktu dulu-dulu dia dan Sehun ketika bahagia. Main kejar-kejar satu bilik, bergurau senda sehingga termengah-mengah. Dia masih ingat. Utuh! Kekal! Suka sekali untuk dilunturkan.
Tap! Suis lampu dihidupkan. Terus bilik besar ini terang-benderang. Matanya yang sedang menakung air mata mencari seseorang dan nakal matanya tertancap pada katil bersaiz king. Ada sesusuk tubuh sedang berbaring mengiring membelakanginya. Tubuhnya dibaluti selimut tebal. Hanya menayangkan kepala sahaja.
"Sehun..." hampir tidak kedengaran nama itu disebut kerana dia terlalu hiba. Sedih tidak terhingga. Mujur dia mengenakan sapu tangan untuk menutup sebahagian wajahnya. Jika tidak, basah sudah wajahnya disirami air mata.
Dengan kaki yang menggigil hebat, Jin Hye melangkah menuju ke katil itu. Dilabuhkan punggung di birai katil ini sambil meletakkan beg plastik berisi mangkuk tingkat yang dia bawa dari rumah tadi. Sempat dia memasak beberapa jenis makanan untuk di bawa ke sini. Sehun sangat sukakan sup cendawan dan bubur bersama kimchi. Sebab itu dia bawa sekali tadi.
Jin Hye cuba untuk mencuri pandang wajah suaminya itu. Baru sahaja dia menggalihkan punggung, Sehun tiba-tiba menelentangkan tubuhnya dengan mata yang masih terpejam. Jin Hye agak tersentak kerana tangan Sehun mendarat betul-betul di atas pahanya. Lelaki itu masih lena tidur. Hampir luruh jantung dia dibuatnya melihat wajah kacak yang selama ini dia rindui kin berada di hadapan mata. Wajah itu tampak polos sekali ketika tidur. Dengkuran kecil yang telah lama dia rindui kini menyapa telinga. Sentuhan tangan lelaki itu pada dirinya yang selama ini dia inginkan akhirnya terubat. Ketika itu, hanya Tuhan sahajalah yang tahu, betapa rindunya dia terhadap lelaki ini. Sumpah, jika dia sudah hilang pedoman, lama lelaki ini dipeluknya seerat yang mungkin. Tetapi dia masih waras dan masih memikirkan perkaran yang akan datang.
"My beloved husband... I'm here. Seo Jin Hye." Jin Hye menekup mulut. Laju air matanya menerjuni pipi ketika mengucapkan ayat itu. Hampir tidak kedengaran kerana menahan tangisan daripada pecah.
"Sampai hati buat diri sendiri macam ni, sayang. Kurus, cengkung. Berapa lama tak makan? Hmm?" Jin Hye memberanikan diri untuk menurunkan tangannya menyentuh ubun-ubun Sehun. Diusap rambut itu ke belakang daripada terus menutupi dahi. Ya Tuhan, kuatkanlah diri aku. Dia benar-benar tidak dapat menahan rasa. Bergeletar tangannya menyentuh setiap inci wajah Sehun ketika itu.
"Saya harap, lepas saya datang malam ni, esok awak dah tak macam ni. Saya akan bantu kembalikan semangat awak. Teruskanlah hidup awak, Oh Sehun walaupun saya tak ada. Maafkan segala kesalahan saya. Saya tahu, saya salah sebab tinggalkan awak terkapai-kapai sendirian uruskan diri sendiri. Tapi awak dah ada Hyerikan? Biarlah dia yang jaga awak. Saya cuba terima kenyataan. Saya cuba..." sayup sahaja ayat berbaur pasrah itu disampaikan tempat di telinga Sehun. Sedihnya usah dikata. Teresak-esak kalau diikutkan rasa hati kini. Tetapi dia perlu bertahan. Dia perlu bertahan untuk diri sendiri dan suaminya ini.
"Kalau awak nak tahu, your son ada kat dalam ni..." Jin Hye mencapai tangan Sehun perlahan-lahan yang berada di pahanya tadi, lantas dibawanya ke perut. Dibiarkan telapak tangan Sehun singgah sebentar di perutnya yang hampir kelihatan itu. Dia mahu Sehun sentuh walaupun dalam keadaan lelaki itu tidak sedarkan diri.
"Feel it, Sehun. Even masih baru, but I hope awak dapat rasa apa yang saya rasa. Rasa bahagia. Sangat-sangat..." sekali lagi Jin Hye menangis. Dia menekup wajahnya dengan tangan untuk menghilangkan rasa sedih itu tetapi sukar. Semakin dia cuba hilangkan, semakin kuat dia menangis.
"Kalau betul, kita kena macam ni sampai bila-bila, saya sanggup. Asalkan awak sihat macam selalu. Tak apalah, biarlah saya sakit sekalipun. Yang penting, awak dengan anak kita sihat. Saya sanggup buat apa je, asalkan awak tak apa-apa." Sehingga begitu sekali pengorbanan Jin Hye buat cinta hatinya. Dia terlalu cintakan Sehun sehingga tiada tokok bandingnya. Hendak dibandingkan dengan berbilion-bilion emas, harta sekalipun, ianya tidak sama dengan nilai cintanya buat Sehun. Langsung tidak sama. Ditambahkan lagi dengan kehadiran si kecil yang bakal lahir tidak lama lagi, itu adalah penyeri dan penghiasan buat mahligainya bersama Sehun. Dalam rumah tangga, pasti ada asam garamnya. Dia perlu tempuhi asam garam tersebut untuk mencapai kebahagian yang lebih meluas berbanding yang sebelumnya.
Jin Hye melihat jam di tangan. Sudah tiba masanya dia perlu beredar. Dia tidak mahu berlama-lama di sini. Dia perlu pergi. Sebelum itu, dia teringatkan sesuatu. Dia mencari sebatang pen dan sehelai kertas kecil. Lalu ditulis atasnya sedikit nota dan diselitkan di bawah mangkuk tingkat yang dibawanya tadi. Sempat dia melemparkan senyuman sebelum kembali melabuhkan punggung di birai katil.
"I got to go, sayang. Take care yourself." Jin Hye menguak anak rambut Sehun buat kali yang terakhir sebelum melepaskan ciuman di 7 tempat pada wajah Sehun. Dahi, kedua belah mata, hidung, kedua belah pipi dan diakhir di bibir. Sudah lama dia tidak melepaskan ciuman di 7 tempat itu. Sejak mereka berpisah, baru sekarang dia dapat mengucup Sehun semula. Biasanya lelaki itu yang suka mengucupnya di 7 tempat tersebut. Tetapi sekarang, dia pula yang perlu membalasnya.
"Jangan lupa makan, ya? Bye..." perasaan sedih semakin berkurang kerana bagai hilang sebentar rasa rindu itu. Seperti dihamburkan semuanya ketika dia di dalam bilik ini tadi. Jin Hye menutup daun pintu perlahan-lahan. Dia menarik sapu tangan yang menutup sebahagian wajahnya. Perlahan-lahan dia menuruni anak tangga. Entah macam mana, sapu tangannya terlepas dari pegangan tanpa dia sedar.
Bersambung...
sorry babe. but I think part ni mampu ke menyentuh hati kalian? coz I hampir mennagis. kahkahkahkah!!! okey, nak smbung baca novel best ni. Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Hohoho! Best kut, Mastura dengan Jebat. Kahkah! Eman Sufi is my idola. Hohoho. Nak jadi penulis? Baca novel Eman Sufi. Insya Allah, menjadi kalian punya novel. Okey, gtg, see u! Muahhhhhhhhh!!!!!!
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfiction"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...