Jin Hye menanti Chanyeol di taman. Dia sudah menghantar mesej melalui aplikasi LINE tadi supaya menemuinya di taman. Pulang sahaja dari klinik, dia terus menghantar mesej. Dalam dua jam dia berehat, Chanyeol membalas persetujuan. Sekarang jam 2 petang. Cuaca nampak elok tetapi udara sejuk. Sesekali dia menahan angin dengan telapak tangan supaya tidak menyentuh wajahnya.
"Jin Hye, maaf oppa lambat." Chanyeol sampai lantas melabuhkan punggungnya di sebelah Jin Hye. Jin Hye yang tadinya berangan sedikit tersentak. Dia melemparkan senyuman pahit buat Chanyeol.
"Tak apa." Pendek. Ringkas. Chanyeol memandang wajah Jin Hye dari tepi. Jelas sekali, gadis yang sudah dianggap seperti adik kandungnya itu nampak begitu kurus.
"Jin Hye sihat? Masa dekat klinik, oppa lupa nak tanya sebab exited dah jumpa Jin Hye balik." Kata Chanyeol sambil tersengih kecil. Dia mengerti, sukar untuk membuat Jin Hye kembali ketawa seperti dulu dengan ketiadaan Sehun di sisi.
"Sihat. Tak apa. Oppa..."
"Ya?"
Jin Hye memandang Chanyeol. "Jangan bagitahu sesiapa kita berjumpa. Okey? Jangan bagitahu Sehun juga. Dengan Hyeri pun jangan." Pintanya dengan mata yang mulai berkaca-kaca. Rasa sebak mula menyelubungi diri apabila nama Sehun meniti di bibirnya.
Chanyeol melepaskan nafasnya kasar. Dia tiada pilihan lain, melainkan mengangguk sahaja.
"Tak rindu kat Sehun?" Sengaja dia menanya soalan sensitif itu kepada Jin Hye. Dia mahu melihat reaksi gadis ini. Biarlah hari ini dia meluangkan masa sebentar bersama Jin Hye. Apabila sudah tiba masa yang sesuai, dia bakal menceritakan dari A sampai Z kepada Sehun bagaimana keadaan Jin Hye sekarang.
"Rindu. Rindu sangat." Bagai tidak keluar suara Jin Hye waktu itu. Dia terlalu sedih. Belakang tangan diletakkan di hidung. Cuba menahan perasaan supaya tidak menangis dan menumpahkan air mata di hadapan Chanyeol.
"Habis tu, kenapa tak nak jumpa?" Chanyeol menanya lagi. Jin Hye memusingkan kepalanya memandang lelaki itu.
"Biarlah dia bahagia dengan Hyeri. Saya cuma boleh tengok dari jauh je." Pasrah. Dia pasrah dan sudah tidak tahu hendak kata apa lagi. Dia hilang arah apabila Hyeri mematahkan semangatnya. Apabila dia pergi, darah daging Sehun ada di dalam perutnya. Bagaimana dia mahu tenang sedangkan setitis benih Sehun membesar di rahimnya?
"Cuba cakap dengan oppa, Hyeri ugut apa? Sampai.. Jin Hye larikan diri?" Tanya Chanyeol. Elok dia menyusun ayat supaya tidak kelihatan terlalu golojoh hendak mengetahui tentang ugutan yang disuruh oleh Hyeri itu.
Jin Hye diam sebentar. Dia bermain-main dengan jari sendiri. Cuba mencari nafas dan membuka cerita tentang ugutan tersebut.
"Masa tu.. dekat majlis pertunangan Jade. Dia..." perlahan-lahan Jin Hye menceritakan tentang Hyeri mengugutnya ketika berada di majlis pertunangan Jade. Waktu itu mereka di private toilet. Dia masih ingat waktu itu. Masih segar dalam ingatannya.
Dekat 10 minit berlalu. Pelbgai reaksi yang Jin Hye terima dari Chanyeol.
"Kenapa tak nak bagitahu Sehun? Kenapa diam je, Jin Hye? Tak nak bagitahu sesiapa pun." Chanyeol menanya dalam nada marah kerana terlalu geram dengan Hyeri. Rupa-rupanya ini permainan Hyeri. Sedaya upaya dia cuba mengesan tindakan awal Hyeri. Akhirnya dia jumpa juga. Permainan manusia kejam itu sudah bermula lama dulu. Sebelum ianya berhenti seketika dan mula aktif sampailah ke hari ini. Jika Hyeri dibiarkan begitu sahaja, pasti sayapnya akan berkembang.
"Saya takut dia apa-apakan orang yang saya sayang. Sebab tu saya tak bagitahu. Saya diamkan sampailah cukup sebulan. Masa Sehun tengking saya dalam phone tu, sebenarnya saya nak ajak dia makan sama-sama kat luar. Untuk kali terakhir sebelum saya tinggalkan dia, tapi.. bila perancangan saya terpesong, inilah yang jadi. Sakit saya nak tinggalkan dia. Dia.. dia suami saya dan saya... isteri dia. Even perkahwinan ni dulu tak terancang, tapi.. saya sayang dia. Oppa, boleh tak jagakan Sehun buat sementara ni? Tolong mesej saya setiap perkembangan dia. Boleh?" Pinta Jin Hye lalu dia menyentuh tangan Chanyeol dengan perlahan. Chanyeol tidak sampai hati hendak menolak permintaan ibu mengandung ini, lalu dia mengangguk. Tangannya mengusap lembut anak rambut Jin Hye perlahan.
"Oppa dah anggap Jin Hye macam adik sendiri. Jangan risau, oppa akan bagitahu setiap perkembangan dia untuk Jin Hye. Tapi.. Jin Hye kena juga tolong oppa."
Jin Hye mengedutkan dahinya. "Tolong apa?"
"Tolong kembalikan semangat Sehun? Oppa tak nak dia macam tu. Jin Hye nampak sendirikan tadi masa kat klinik? Dia cuma bergantung pada Hyeri. Oppa tak suka dia melekat dengan Hyeri selalu. Hyeri tu api dalam sekam. Baranya panas walaupun dalam diam." Kata Chanyeol. Memang dari dulu dia menyampah melihat Sehun dan Hyeri bersama. Bukan bermaksud dia cemburu, tapi sakit hati. Baginya, Hyeri hanyalah racun yang membuatkan Sehun 'mati' di dalam dakapannya.
"Tak boleh, oppa. Biarlah diorang..."
"Tapi sampai bila, Jin Hye? Jin Hye nak ke kehilangan Sehun? Biarkan Hyeri yang dapat dia? Jin Hye pregnant anak Sehun tau. Hyeri langsung tak ada apa-apa kena-mengena dengan awak berdua. Tolong, Jin Hye. Oppa mohon, tolong kembalikan semangat Sehun yang hilang tu." Kali ini Chanyeol betul-betul merayu. Digenggam tangan Jin Hye seerat yang mungkin sehingga berat hati Jin Hye untuk tidak setuju lagi.
"Tapi macam mana caranya? Jin Hye tak nak Hyeri tahu pasal ni." Kata Jin Hye lagi. Chanyeol menggigit bibir. Dia cuba berfikir apa cara yang sesuai untuk Sehun 'melepas rindu' terhadap Jin Hye dan kembali semangat seperti selalu.
"Apa kata kalau... Jin Hye datang rumah? Datang senyap-senyap. Tak apa, nanti oppa try deal dengan ibu Sehun. Boleh?" Cadang Chanyeol. Dia sungguh berharap agar Jin Hye setuju tetapi malangnya gadis itu menggeleng.
"Kan saya dah kata, jangan bagitahu sesiapa pasal perjumpaan kita ni. Saya tak nak Hyeri tahu, dan Sehun dalam bahaya. Oppa pun. Hyeri tu bukan calang-calang orang. Dia boleh buat apa yang dia nak."
"Jin Hye, listen. Trust me, Jin Hye. Oppa jamin Hyeri tak akan tahu. Biar oppa slow-slow explain kat ibu Sehun pasal ni. Nanti bila masa sengkang, oppa akan call Jin Hye, untuk datang rumah. Tapi, oppa tak nak Jin Hye datang masa Sehun sedar. Oppa nak Jin Hye datang time Sehun tidur and Hyeri tak ada. Boleh?" Tanya Chanyeol. Jin Hye memandang anak mata Chanyeol dalam-dalam. Dia rasa terhutang budi dengan lelaki ini. Walaupun ini masalah rumah tangganya bersama Sehun, tetapi Chanyeol sanggup campur tangan dan membantu. Dia akui, dia masih muda untuk mengawal rumah tangganya. Masih banyak asam garam kehidupan dia perlu tempuhi sebenarnya sebelum menjadi seorang isteri. Tetapi sudah jodohnya, dia tiada kuasa hendak menolak.
"Okey. Tapi, janji dengan Jin Hye, jangan bagitahu sesiapa pasal perjumpaan kita kecuali omma. Tu je. Boleh?"
"Oppa janji. Okey, I got to go. Nanti oppa hantar perkembangan Sehun. Sekarang oppa nak kena balik office. Ada kerja sikit nak kena siapkan." Chanyeol meminta diri. Jin Hye menganggukkan kepalanya sedikit.
"Okey. Terima kasih oppa sebab tolong Jin Hye." Jin Hye mengucapkan terima kasih. Beruntung jika dia ada seorang abang sebaik Chanyeol.
"Sama-sama. Jaga diri, ya? Bye..."
"Bye..."
Bersambung...
Sebenarnya tengah konpius, nak mengakhiri zaman kejam hyeri macam mana xD. Biar dia mati, atau sakit jiwa? Bingung nih! Kahkahh! Oky bye...
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfiction"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...