Jin Hye hanya memerhatikan sahaja tingkah laku Hyeri ke atas Sehun sejak dalam kereta tadi. Sampai sekarang, mereka sudah pakirkan kereta pun, Hyeri tidak berganjak dari Sehun. Sentiasa hendak mendapatkan perhatian lelaki itu. Dia? Malas hendak cari gaduh. Kerana Hyeri, mereka bergaduh. Kerana Hyeri juga, dia rasa tersisih. Kenapa? Lihat sahajalah keadaan sekarang. Sehun seperti tidak menyedari kehadiran dirinya antara mereka meskipun anak Sehun nampak lain jika bersama Hyeri. Nampak macam... terpaksa. Ya, terpaksa.
Kafe yang menjadi tempat perkumpulan mereka yang dirancang semalam menjadi saksi perjauhan ini. Wajah Chanyeol, Baekhyun dan Kai jelas menayangkan riak terkejut kerana sepatutnya yang berada di sisi Sehun adalah Jin Hye, bukan Hyeri.
"Hai guyss! Lama ke sampai? Maaflah kami lambat. Kan, Hun?" Hyeri terlebih mesra. Kai sudah menggaru kening. Baekhyun pula menguap kecil. Pasangan mereka yang terdiri daripada adik sendiri ini pula mengerutkan dahi, tidak faham dengan situasi. Byun Jae Ra, adik Baekhyun dan merupakan pasangannya untuk majlis pertunangan Jade nanti menyengol perlahan bahu adik Kai yang merupakan rakannya juga, Kim Jung Na.
"Kenapa?" Jae Ra menanya dan dijawab dengan gelengan kepala Jung Na tanda TAK TAHU DAN TAK FAHAM.
Chanyeol memandang Sehun dengan tajam. Sehun tidak membalas pandangan itu kerana dia tahu, Chanyeol seakan sedang menghantar mesej melalui pandagan itu.
Mereka berdua melabuhkan punggung berhadapan dengan Kai dan Jung Na. Manakala Jae Ra dan Baekhyun di sebelahnya. Chanyeol?
"Oh ya, Yeol... mana... partner?" Hyeri menanya. Sesekali dia menjeling ke belakang, melihat Jin Hye yang masih berjalan dengan perlahan menuju ke arah kumpulan mereka.
"Tak dapat datang. Ada emergency case kat hospital." Kata Chanyeol mengenai pasangannya untuk ke majlis Jade nanti. Han Yoo Jin tidak dapat menyertai di sini, tetapi apabila tiba masanya majlis itu, dia akan sertainya sekali memandangkan memang dia hendak pergi ke sana pun.
"Ohh... okey." Hyeri mengangguk. Chanyeol mengecilkan matanya melihat gadis itu. Entah kenapa, hatinya sakit melihat jika Jin Hye kelihatan muram gara-gara Hyeri dan Sehun. Sudah dianggap Jin Hye seperti adik, hati mana yang tidak sakit? Jin Hye banyak meluahkan banyak benda sejak dulu. Semua apa yang tidak kena, pasti gadis itu melaporkan kepadanya. Tetapi kali ini nampaknya tidak. Namun dia yang akan tanya nanti. Lihat sahaja.
"Jin Hye... lambatnya. Duduklah. Sini ada kosong." Sengaja Chanyeol menguatkan suara supaya semua orang dalam kalangan mereka memberikan tumpuan. Sehun memandang Chanyeol. Chanyeol memandang Sehun. Mata masing-masing ada maklumat penting.
'Sehun, kau kenapa?! Dia wife kau. Tengok je ke?' Chanyeol menanya dalam hati walaupun dia tahu Sehun tidak akan dengar.
'Yeol... kau... kau buat dia macam girlfriend kau. Tolonglah aku... aku tersepit sekarang...' Sehun meluahkan isi hatinya, di dalam hati juga. Bukan dia tidak mahu mempelawa Jin Hye, tetapi Chanyeol lebih pantas. Lagi pula, Hyeri. Manusia ini memang menyusahkan Sehun. Tertekan dia melayannya.
"Okey?" Chanyeol menongkatkan kepalanya di atas meja sambil menghadap Jin Hye menyebabkan Sehun mengecilkan matanya. Keadaan itu nampak mesra dan tidak semena-mena juga, ada tangan gatal yang melengkar pada lengannya. Sehun menarik kasar seraya berkata, "Kau bukan isteri aku. Lepas."
Hyeri berdecit kasar. Bengang.
"Habis, awak tak nampak isteri awak, curang dengan kawan sendiri? Hmm?" Hyeri sengaja menekan perkataan curang dan nampaknya berjaya menaikkan kemarahan Sehun. Ditenung wajah gadis tidak sedar diri itu dalam-dalam, sehinggakan Jin Hye yang melihat pun, bengang juga.
"Jin Hye..." Chanyeol menyentuh perlahan bahu Jin Hye, bagi menyedarkan gadis itu dengan situasi gila ini.
"Ya..." jelas, Jin Hye tersentak. Berangan mungkin.
"Okey?"
Angguk. Hanya angguk. Chanyeol mengeluh. Dia perlu 'menyatukan' Sehun dan Jin Hye semula. Hyeri... gadis itu perlu dicampak sejauh yang boleh.
"Err... Hyeri. Nanti kau, ikut aku. Kita satu kereta." Dibiarkan cara percakapannya kasar. Tidak ada perasaan hendak berlembut-lembut segala. Geli!
"Eh, kenapa pula? Habis Sehun?"
"Kau ni, malulah sikit. Jin Hye nak jadi apa kalau kau asyik dengan husband dia?" Tokok Baekhyun. Cukup membuatkan Sehun tersenyum nipis. Hyeri? Usah dikata, kalau boleh hendak menyorokkan wajah dalam mangkuk tandas. Bengang! Cumanya... Jin Hye sahaja. Wajah itu tidak berubah. Mantain.
"Okey, okey." Hyeri akur, terpaksa. Namun dia cukup bangga kerana dapat 'memisahkan' Jin Hye dan Sehun dalam suku jam. Bahagia melihat kemuraman Jin Hye.
"Shall we go now? Nanti lambat." Kai mengalihkan topik. Daripada asyik dihambat suasana panas sahaja, baik dia sejukkan dalam beberapa saat. Memang masing-masing dalam keadaan pijar sekarang.
"Okey. Jom." Sehun bangun dengan segera. Begitu juga dengan yang lain, kecuali Jin Hye. Entah apa pasal dengannya, dia seperti hendak berjauhan dengan Sehun. Lengan Chanyeol dipegang.
"Ya?"
Jin Hye diam pula. Tidak menunjukkan apa-apa riak. Melihat Sehun sudah menantinya, dia melepaskan lengan Chanyeol. Chanyeol senyum.
"Semuanya akan okey. Cepat ikut Sehun." Kata Chanyeol dengan prihatin. Jin Hye memejamkan matanya. Terasa panas biji mata menahan perasaan.
"Okey." Jin Hye bangkit. Dia mendekati Sehun. Sehun menarik lengannya, kejap. Diheret Jin Hye keluar dari kafe dan menuju ke kereta. Kai, Baekhyun dan Chanyeol menyusul sahaja. Mereka sudah pakat, hendak mengunjungi butik di Lotte, jadi bergerak asing-asing pun tak apa.
Jin Hye masuk ke dalam perut kereta setelah Sehun membukakan pintu. Dia duduk, Sehun pun masuk.
Dum! Pintu terkatup. Sunyi. Jin Hye menekur. Dia membelek jari. Keadaan jadi kekok.
Tiba-tiba, ada sepasang tangan yang menyentuh tangannya. Dia menoleh.
"Kenapa?"
"Tak jealous?" Sehun menanya. Jin Hye mengerutkan dahinya. Tidak faham.
"Apa?"
"Sayang..."
"Cepatlah jalan..." Jin Hye mula rasa sebak tiba-tiba. Kenapa? Entah. Tapi apa yang Sehun tanya tadi, betul! Dia... cemburu tahap tak boleh baca. Cumanya... dia buat-buat tidak faham sahaja. Malas hendak bahas dengan lebih dalam. Dia tidak dapat hendak menahan perasaan sendiri.
"Sorry, dear." Kepala Jin Hye ditarik dan dikucup sekilas sementara dia cuba fokus untuk keluar parking.
"Hmm..." gadis mana yang tidak menangis? Dengan tahap umur yang masih muda, Jin Hye mudah tersentuh. Ditekup wajah dengan tangan. Bimbang Sehun perasan.
"Haihh... susah saya nak fokus drive. Sini..." Sehun terpaksa brek lagi dan akhirnya dia memeluk Jin Hye seerat yang mungkin. Dia tahu, Jin Hye menangis. Sebab itu dia berhenti dan memeluk Jin Hye. Cuba untuk menenangkan. Dibiarkan Jin Hye menekup wajah di dadanya. Asalkan gadis itu tenang.
"Sorry... sorry... sorry..."
Bersambung...
Nampak macam tak teratur. Miann2. Enjoy it kay!
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfiction"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...