♥ 44장 ♥

5.9K 524 35
                                    

Hyeri melihat wajahnya melalui pantulan cermin pintu keretanya setelah keluar sambil membimbit beg plastik sederhana besar. Wajahnya dibelek supaya tiada sebarang cacat cela. Kemudian dia tersenyum manis.

"Nak jumpa dengan family in-law, takkan nak serabai macam orang baru putus cintakan?" Hyeri berkata sinis. Tanpa menanti dengan lebih lama, dia segera mengambil langkah menuju ke arah sebuah rumah agam yang gah berdiri. Loceng yang terdapat di luar pintu pagar ditekan dua kali.

 Loceng yang terdapat di luar pintu pagar ditekan dua kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nae... nuguya?" Satu suara menyeru keluar dari sebuah pembesar suara kecil yang terdapat di sebelah punat loceng. Terdapat juga kamera kecil yang terpasang di dalam sebuah cermin untuk dilindung daripada terkena hujan ataupun ketika cuaca tidak elok.

"Eohh.. uri... Lee Hyeri imnida. Eohh... Sehunnie chingu." Ujar Hyeri. Kemudian tiada balasan daripada pihak tuan rumah. Hyeri menanti pintu pagar dibuka tetapi 5 minit dia menanti, pintu pagar tetap tidak terbuka. Bibirnya berdecit perlahan.

"Eohh... Hyeri ahh... mianhae. Sehun kata dia tak ada kawan nama Hyeri. Maaflah, nak. Aunty tak dapat nak bagi kamu masuk. Takut dia mengamuk. Sejak isteri dia lari, dah dekat sebulan dia macam tu." Kata Puan Kim. Suaranya benar-benar kelihatan risau.

"Emm... apa kata kalau aunty izinkan saya masuk? Saya nak pujuk Sehun. Mana tahu.. saya boleh?" Hyeri memasang umpan lagi dan nampaknya umpanannya mengena.

"Nae-nae. Sekejap ya? Tunggu aunty buka pintu pagar."

Hyeri tersenyum kemenangan. Lebar bibirnya mengukir senyuman yang begitu menjelaskan yang dia sedang menjalankan misi. Misinya kini telah bermula iaitu, menambat hati Sehun semula. Dia akan gunakan kesempatan yang ada ini untuk meraih cinta Sehun. Dia bakal menghasut dan menabur segala perkara yang buruk tentang Jin Hye kepada Sehun. Dengan itu, mudah Sehun akan jatuh ke dakapannya.

Pintu pagar terbuka. Hyeri terus sahaja melangkah gembira masuk ke halaman rumah agam itu. Dari jauh, pintu rumah sudah terbuka. Terpamer sesusuk tubuh seorang wanita 40-an sedang berdiri menanti kedatangannya dari jauh.

"Anyeonghasaeyo..." Hyeri menunduk hormat 90 darjah ke arah Puan Kim. Puan Kim menunduk separa sahaja dan memberi laluan untuk Hyeri masuk.

"Besarnya rumah aunty. Cantik pula tu." Hyeri memuji-muji. Biasalah tu, strateginya kadang-kala pelik-pelik belaka. Itulah Hyeri. Dia akan melakukan apa sahaja, asalkan apa yang dia nak, akan dapat.

"Mana ada. Duduklah, Hyeri." Pelawa Puan Kim lantas melabuhkan punggungnya di sofa. Hyeri pula mengambil tempat di sebelah Puan Kim. Beg plastik yang dijinjing sejak lagi tadi diletakkan di atas meja.

"Aunty, ni ada sikit makanan. Anggaplah, hadiah dari saya." Hyeri senyum. Peramahnya mulai keluar. Tetapi bukan ikhlas, bersebab.

"Eh, buat susah-susah kamu je. Aunty bukannya makan. Tak ada selera nak makan kalau Sehun masih macam tu. Dah dekat sebulan dah. Perangai dia berubah. Tak pernahnya nak keluar bilik. Asyik terperap dalam bilik." Puan Kim mula mengadu. Dia sudah buntu hendak mengadu dengan siapa. Kadang-kala dia bingung, adakah Jin Hye tidak menyayangi anaknya sehingga tidak pulang dan menemui Sehun? Jika benar Sehun ada membuat salah, atau kesalahan itu terlalu berat, tidakkah Jin Hye tidak boleh melawat anaknya walau hanya sekali sahaja? Puan Kim keliru. Dia keliru tentang itu.

"Aunty, jangan macam tu. Kalau aunty tak makan, macam mana Sehun nak makan? Apa kata kalau.. hari ni biar saya masak? Nanti kita makan sama-sama? Makanan ni, biar saya hidang kat Sehun. Boleh? Mana tahu, dia nak makan?" Perlahan Hyeri menyusun ayat supaya tiada satu pun yang tergelincir. Jika sekali tergelincir, pasti Puan Kim akan melihatnya pelik.

"Eh, eh tak payah nak sibuk-sibuk memasak apa semua tu. Biar aunty yang masak, kita makan sama-sama. Tapi sebelum tu, cubalah pujuk Sehun. Aunty berharap sangat kamu dapat bantu dia. Try nasihat dia elok-elok. Ya?" Puan Kim nampaknya sudah termasuk perangkap Hyeri. Dia mula meminta gadis itu memujuk Sehun. Dengan ini, langkahan tapak kaki Hyeri menuju ke impiannya semakin meluas. Ini bahaya.

"Nae, arasseo. Saya sediakan sekejap ya?" Hyeri bangun sambil mencapai beg plastik yang dibawanya itu kembali.

"Okey."

**********

Chanyeol memakirkan keretanya di halaman rumah keluarga Sehun. Berkerut matanya melihat sebuah kereta yang cukup dia kenali terpakir di luar kawasan rumah ini.

"Tu kereta Hyeri. Buat apa dia kat sini?" Chanyeol menarik brek dan mencapai briefcase dan kotnya lalu keluar dari perut kereta. Kini, rumah keluarga Sehun sudah seperti menjadi tempat persinggahannya. Lagipun, keluarganya dan keluarga Sehun selalu berhubung dan ayah mereka berkawan baik. Jadi tiada apa-apa masalah jika dia selalu singgah ke sini.

Kaki panjangnya dihayun ke arah pintu rumah. Matanya terbuka luas saat melihat sepasang kasut tumit tinggi berwarna ungu gelap berada di hadapan pintu.

"Jangan-jangan... dia nak..." Chanyeol segera membuka kasutnya lalu meluru masuk ke dalam rumah agam ini.

"Aunty!!! Aunty Juna!!!" Jerit Chanyeol lantang memanggil Puan Kim. Puan Kim yang sedang memasak di dapur menjengukkan kepalanya sedikit untuk melihat gerangan yang memanggilnya itu.

"Ya, Yeol. Kenapa ni pekik-pekik panggil nama aunty?" Puan Kim mencuci tangannya dan mengelap dengan kain yang berada di atas kabinet.

"Siapa datang?"

"Hyeri. Lee Hyeri, kawan Sehun. Kenapa?" Puan Kim mengerutkan dahinya hairan.

"Dia kat mana sekarang?!" Chanyeol menanya lagi.

"Kat atas. Bagi Sehun makan. Kenapa, Chanyeol? Aunty tengok kamu macam risau je?" Puan Kim menyentuh lengan Chanyeol perlahan tanda khuatir.

"Aunty, dia tu bahaya. Sangat bahaya."

"Siapa?"

"Hyeri!"

Bersambung...

Auchhhh!!! Tengah jatuh cinta kat citer Tundukkan Playboy Itu. Maigosssss. Nak tenung muka harraz !!! Btw, mungkin one day ff Bride Change ade Novel vers. tau. Sy nak letak watak dia org melayu. And ade ubah stroyline sikit. tajuk pun ubah. SEGALANYA UBAH! Tak pun.. sy buat novel lain. okey tu je. byee!!!

[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now