♥ 5장 ♥

10.2K 844 15
                                    

Majlis resepsi selesai. Dewan kini sudah pun dikemas oleh pihak yang bertanggungjawab. Keluarga Seo dan keluarga Kim menginap di hotel 5 bintang yang ada di bandar Seoul kerana esok, satu lagi majlis resepsi akan diadakan di tepi pantai kerana tema majlis itu adalah air dan kesucian. Malam itu, Sehun dan Jin Hye terpaksa turun padang sekali untuk melihat hasil kerja wedding planner yang menyiapkan segala persiapan untuk esok. Mujur sekarang musim panas. Jadi pada malamnya, angin tidak terlalu kencang di tepi pantai. Nampak unik apabila meja panjang resepsi dibentang di pasir pantai. Silap hari bulan, terbang meja.

Sehun melabuhkan tubuhnya di atas katil untuk melepaskan lelah. Katil yang cantik terhias dengan kelopak bunga mawar itu betul-betul mengenakkan tubuhnya. Mata dipejamkan sebentar. Niat di hati hendak berehat, rupa-rupanya tertidur.

Jin Hye yang baru selesai berbual dengan Minra di luar masuk ke dalam biliknya yang akan dikongsi bersama Sehun. Fikirnya Sehun sudah selesai mandi, ternyata tidak. Tubuh lelaki itu masih dibalut dengan kemeja putih dan lelaki kacak 23 tahun ini tidur.

Jin Hye serba salah. Dia mahu mengejutkan Sehun bangun dan mandi kerana 2 jam lagi, mereka akan ke lokasi majlis resepsi esok. Melihat Sehun tidur diselangi dengan dengkuran kecil, Jin Hye tidak sampai hati. Lena sungguh. Mesti penat.

Jin Hye masuk dan membuka bagasinya untuk mengambil tuala dan pakaian yang sesuai. Setelah itu, dia pun masuk ke dalam tandas setelah menanggalkan pakaian pengantinnya yang betul-betul merimaskan.

Setelah selesai, Jin Hye keluar dan melihat Sehun sudah hilang di atas katil. Gosokan tuala pada kepala terhenti jadinya.

"Aik? Mana dia?" Jin Hye melihat sekeliling untuk mencari jasad Sehun. Cari punya cari, rupa-rupanya Sehun berada di balkoni bilik yang menghadap bandaraya Seoul yang tidak pernah lengang. Ada je kereta ke sana ke mari. Sibuk selalu.

Jin Hye memberanikan diri untuk mendekati Sehun. Tak salah rasanya kalau dia cuba untuk menghidupkan mod mesra dengan Sehun. Berkenalan dengan suami sendiri.

"Hai." Jin Hye menyentuh lembut tangan Sehun tetapi lelaki itu mengelak. Dia menjauhi Jin Hye yang berdiri menyebelahinya.

"Awak buat apa?" Jin Hye berbasa-basi dan hatinya juga mengharap, agar Sehun menjawab. Tetapi hampa. Sehun bisu. Sikit pun dia tidak jawab. Pandang lagilah.

"Saya tahu.. awak.."

"Kalau kau nak menyibuk dengan aku, sebab nak cakap benda yang tak ada faedah, tak payah. Kau kena ingat, kematian abang aku sebab kau. Kalau dia tak bercinta dengan kau dulu, dia tak kemalangan! Dia masih hidup sekarang! Tapi kau... sebab kau, keluarga aku hilang seorang ahli. Tahu tak?" Bentak Sehun geram. Dia termenung kerana teringatkan Luhan sebenarnya. Dia mahu menangis, tetapi air matanya sukar sekali untuk keluar. Dia tidak boleh menangis. Masih terngiang bagaimana Luhan memesannya sesuatu buat kali yang terakhir dua hari sebelum majlis.

Sehunnie, jaga omma dengan appa. Hyung nak kahwin dah. Tak selalu ada dengan Hun, dengan omma appa. Hun, kalau suatu hari nanti hyung pergi jauh, Hun jaga omma dengan appa. Jaga kakak ipar Hun juga. Anggaplah dia tu, macam kakak kandung Hun sendiri. Jangan sesekali menangis ya? Janji dengan hyung...


'Hun janji, hyung...' hati Sehun berdetak perlahan. Dia berjanji yang dia tidak akan menangis. Tapi jika dia hendak juga menangis, tidak ada sesiapa lagi yang mampu menghalang. Dia boleh janji, tapi dia tidak boleh berjanji untuk menjaga 'kakak ipar' seperti 'kakak kandung'nya sendiri. Kakak apanya kalau umur dia dan Jin Hye jauh beza? Jin Hye lebih muda berbanding dia. Tetapi itu tidak bermakna dia akan menganggap Jin Hye seperti adik sendiri. Rasa tak rela nak anggap Jin Hye sebagai adik. Sebagai isteri lagilah.

"Tak baik awak kata macam tu. Tu semua takdir. Saya pun tak nak Luhan oppa... meninggal." Kata Jin Hye dengan sisa kekuatan yang masih ada. Hancur hati rasanya apabila Sehun menuduhnya begitu tetapi dia harus sabar. Ini adalah dugaan untuknya.

"Huh... alasan. Jangan belagak suci, budak mentah. Aku tak suka budak-budak mentah macam kau, act like a good person." Ujar Sehun lalu berlalu meninggalkan Jin Hye yang terkebil-kebil sendirian. Bahunya juga disenggol sengaja oleh lelaki itu. Kini, jelas sekali yang Sehun betul-betul bencikannya. Lelaki itu langsung tidak pandangnya ketika bercakap tadi. Terlalu jijikkah dia ini sehingga digelar budak mentah?

'Jin, kau kena kuat. Jangan nangis, Jin.' Jin Hye memotivasikan diri. Dia menggenggam erat tuala mandinya tadi dengan mata yang terpejam. Membiarkan wajahnya ditampar oleh angin.

"Hoi!" Sehun melenting sedikit. Lamunan Jin Hye terhenti.

"Ya?" Jin Hye memusingkan tubuh dan melihat Sehun yang sudah bertuala separas pinggang. Dia sudah bersedia untuk mandi. JinHye yang melihat, merah wajahnya. Segan.

"Malam ni, kau tidur bawah. Ambil bantal yang ada dekat almari. Bantal atas katil tu semua, aku punya. And one more sebelum aku lupa, jangan sesekali menyibuk hal aku. Siapa suruh galihkan beg aku tadi? Aku tak suruh dan aku tak suka kau sentuh barang aku. Faham?" Datar suara Sehun. Dia pantang jika ada sesiapa yang menyentuh barang-barangnya, lagi-lagi kalau Jin Hye. Kalau boleh nak disamak beg tu berkali-kali. Rasa jijik dan tak rela.

"Tapikan awak tu suami say..."

"Atas kertas, ya. Alam nyata, tak. From now, kita buat haluan masing-masing. Kau sibuk dengan pelajaran kau, aku dengan kerja aku. Please... just hear my instruction. Jangan bantah. Aku tak suka." Kata Sehun tanpa memandang Jin Hye yang menunduk itu. Dia sedang menahan tangisan.

"Kau ada mulut, jawablah. Bisu dah?" Perlinya apabila Jin Hye diam. Hati ini Tuhan je tahu macam mana rasa geramnya. Nak je dia ceraikan sekarang. Dia sanggup memegang status duda daripada status suami orang.

"Ya. Sa... saya faham." Jin Hye tergagap menahan gentar. Sehun berdecit sebelum masuk ke dalam tandas. Berdentum pintu itu dibuatnya membuatkan Jin Hye kaget. Berderau rasa darah menyerbu ke kepala. Dia terduduk tatkala kaki seperti sudah tidak mampu untuk bertahan. Segala arahan dan cemuhan yang diterima sungguh melukai hati.

"Aku tak mampu... oppa, Jin nak oppa..." akhirnya tangisan Jin Hye bergema. Sungguh dia tidak mampu untuk menghadapi dugaan ini. Berat segala anggota badan. Sampai bila dia mahu begini? Adakah... sampai bila-bila?

Bersambung...

Okey done! Harap suka. ^^... FF ni memang slow update. Hehehe... kbye!

[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now