♥ 9장 ♥

9.5K 735 37
                                    

Sehun menilik kad jemputan yang baru diterimanya tadi. Jade, setiausahanya yang berdarah kacukan Korea-Inggeris ini yang menghantar kad jemputan majlis pertunangan gadis itu kepadanya tadi. Memang Sehun hendak pergi, tetapi yang buat dia rasa lemah apabila kad jemputan itu mengatakan, setiap para tetamu hendaklah membawa pasangan masing-masing.

Pening punya pasal, kad jemputan itu dilempar lembut di atas meja. Telefon bimbit dicapai. Nombor Chanyeol yang sudah tersimpan ditelefon tetapi puas dicari, nombor itu tiada dalam buku telefonnya. Terpaksalah dia menekan nombor sendiri di pad kekunci nombor. Nasib ingat. Setelah selesai, petak berwarna hijau disentuh.

"Helo, Chanyeolie."

"Helo? Chanyeol?"

Sehun terkedu. Dah sejak bila pulak Chanyeol buat pembedahan suara menjadi seorang gadis?

"Ini Chanyeol kan? Park Chanyeol?"

"Eh bukan. Saya..."

Klik! Sehun mematikan panggilan apabila telefon pejabatnya berdering. Pasti daripada kliennya. Iphone diletak di atas meja, gangang telefon dibawa ke telinga pula.

**********

"Siapa Hyeri?" Soora menanya apabila wajah Hyeri berubah ketika menjawab panggilan tadi. Makanan yang sudah luak separuh dibiarkan dahulu.

"Entah. Aku macam... macam kenal suara dia." Kata Hyeri dengan kedutan di dahi. Dia cuba untuk mengingatkan siapa gerangan yang menelefonnya itu.

"Dia bagitahu tak siapa nama dia?" Soal Soora lagi. Manalah tahu jika Hyeri menyebut namanya, dia kenal.

"Tak. Dia tak bagitahu nama dia, tapi dia cari Park Chanyeol." Jawab Hyeri. Telefon diletakkan di atas meja. Penyedut minuman dicapai lalu menyedut sedikit air jus oren tersebut.

Soora membulatkan matanya memandang wajah cantik Hyeri. Hyeri mengedutkan kening. Seram dia melihat rakannya begitu. Sudahlah mengenakan kanta lekap, boleh pula besarkan mata macam tu.

"Weii... Park Chanyeol lah. Tu mesti Sehun kan? Oh Sehun." Soora meneka dengan terujanya. Hyeri terdiam. Kunyahan terhenti seketika. Oh Sehun. Park Chanyeol. Macam pernah...

"Oh Sehun... Sehunnie?"

"Ya! Sehunnie! Kawan sekolah lama kita dulu. Kau ingatkan? Park Chanyeol semua. Kim Jong In, Byun Baekhyun, Kim Jun Myun siapa lagi. Kau ingatkan?!" Soora menyoal dengan rasa terujanya. Bayangkan, sejak Sehun dan yang lain menghilang tanpa jejak, sehingga kini mereka tidak lagi bersemuka. Boleh dikatakan hampir 5 ke 6 tahun mereka berpisah. Entah macam mana rupa sekarang.

Wajah Hyeri serta-merta berseri-seri. "Sehunnie... diakan dulu..." Soora mengangguk laju. "Ya, boyfriend kau. Satu sekolah tahu kau couple dengan dia. Tapi dia hilang tiba-tiba. Kawan-kawan dia pun, kita tak contact lagi sampai sekarang. Dialah tu."

Bibir Hyeri tersenyum pahit. Ya, Sehun yang merupakan teman lelakinya sewaktu di sekolah dahulu. Setahun mengukir cinta remaja, Sehun menghilang tanpa khabar berita sehingga dia kini sudah terlupa dengan suara serta nama. Baru kini, dia datang kembali dan serta-merta, hati Hyeri bagai dipagut rasa harapan baru.

"Kau rasa, dia ingat aku tak?" Soal Hyeri dengan wajah yang ditanam beberapa cebis harapan yang ada. Mungkin tidak banyak tetapi masih ada.

"Mungkin ya, mungkin tak. Yelah, dulukan kita muka budak-budak lagi. Sekarang dah dewasa, semua berubah. Sedangkan kau pun ragu-ragu dengar suara dia, lagikan dia yang... hilang dulukan?"

Hyeri mengeluh berat. Kenapa Sehun menghilang dahulu? Mindanya menerawang beberapa tahun yang lalu...

"Sehunnie, awak nak cakap apa?" Hyeri memeluk erat lengan Sehun sambil berjalan menuju ke rooftop. Sehun yang mengajak sebenarnya kerana dia hendak memberitahu sesuatu kepada Hyeri.

"Kita ke rooftop dulu. Nanti saya bagitahu." Sehun masih berdegil. Dia mahu mengkhabarkan berita ini kepada Hyeri ketika di rooftop nanti. Hyeri mengangguk akur sahaja. Mereka terus berjalan hingga ke destinasi. Angin yang meniup kencang menyukarkan Hyeri untuk berjalan dengan stabil disebabkan tubuhnya yang ringan seperti kapas itu. Tubuh Sehun pula yang menjadi pautannya. Sayangnya kepada lelaki itu, hanya Tuhan sahajalah yang tahu.

"Okey, nak cakap apa?" Setelah melabuhkan punggung di kerusi plastik yang terdapat di situ, Hyeri menyoal. Sehun berdiri. Dia mencangkung di sisi Hyeri. Tangan gadis itu disentuhnya dan diramas perlahan.

"Saya cintakan awak."

Hyeri ketawa. "Itu je nak cakap?" Sehun menggeleng kecil. Dia menunduk.

"Lagi?" Hyeri menanya tidak sabar. Sehun berdiri tetapi tangan Hyeri masih digenggamannya. Hyeri bangkit. Kepalanya sedikit terdongak melihat Sehun yang jauh lebih lampai daripadanya.

"Saya nak cinta ni kita akhirkan dengan sebuah perkahwinan." Kata Sehun tanpa berfikir panjang dan masa hadapan yang akan datang. Pada waktu itu, senyuman Hyeri benar-benar lebar. Lalu dengan rasa terharunya, tubuh Sehun didakap seerat yang mungkin. Sehun membalas.

"Janji dengan saya, yang awak akan tunaikan janji ni? Bila kita dah dewasa nanti?" Hyeri meminta. Dia mahu Sehun tunaikan janjinya yang telah dimeterai itu. Dia tidak mahu hanya angan-angan kosong sahaja.

"Okey. Saya tunaikan. Tapi... kita tak tahukan ke mana hala tuju kita lepas ni?" Sehun meleraikan pelukannya. Wajahnya kelihatan tenang, namun dalam masa yang sama, ada kesayuan di setiap inci wajah kacak itu.

"Kenapa awak cakap macam tu?"

Sehun geleng kecil. Dia memegang kedua-dua tangan Hyeri.

"Cakaplah..." Hyeri menggoncang tangan Sehun, manja.

"Tak ada apa-apa. Serius." Kata Sehun sambil menarik perlahan-lahan tangan Hyeri. Bibirnya didekatkan pada dahi luas itu lalu satu kucupan singgah. Sekali lagi bibir Hyeri mengukir senyuman yang melebar. Berbunga-bunga rasa hati apabila Sehun berkelakuan romantik seperti ini.

"Okey."

"Hyeri!!" Soora menepuk meja perlahan, memecah lamunan Hyeri yang semakin menjadi-jadi. Dadanya kencang berombak. Dia memandang Soora dengan mata yang bulat.

"Apa dia?"

"Kau kenapa termenung? Aku dah siap makan dah. Jom cepat balik studio. Nanti lambat." Soora memasukkan telefon bimbit ke dalam beg tangan, bersedia untuk bangun. Hyeri memejamkan matanya, cuba untuk menghilangkan rasa gentar di hati. Entah kenapa, dia berasa sedikit sebak dan juga satu perasaan lama. Dia seperti memasang harapan kepada Sehun.

"Okey jom."

Bersambung...

r


[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now