Jin Hye menarik nafasnya panjang dan menghembuskannya dengan kasar. Dia kini sangat berdebar menanti dirinya serta pengiring yakni, ayahnya sendiri Encik Seo Kang Jun. Ramai sudah para tetamu yang memasuki dewan untuk menyaksikan majlis perkahwinannya. Dengan siapa? Sampai ke hari ini, Jin Hye tidak tahu siapakah calon suaminya itu. Luhan… nama itu terpaksa dilupakan sekejap walaupun hanya Tuhan sahajalah yang tahu betapa sedihnya hati. Terbayang-bayang wajah Luhan yang akan berhadapan dengannya dan menjawab segala soalan yang paderi ajukan nanti. Jin Hye memejamkan mata dan berharap… air matanya tidak mengalir.
“Jin, kau menangis? Janganlah, Jin Hye. Kejap lagi majlis kau dah nak mula. Janganlah nangis. Nanti aku ikut nangis sekali.” Tegur Minra lalu menyeka air matanya yang bercucuran itu. Encik Seo Kang Jun menggosok belakang tubuh Jin Hye sebagai mahu memberikan anak tunggalnya itu bertenang. Hati siapa tidak sedih. Sedangkan dia pun hampir separuh gila dibuatnya kerana segala perancangan yang ditetapkan, berubah 360 darjah.
“Aku rindu Luhan…” luah Jin Hye dalam tangisan. Minra mula gelabah. Semakin lama semakin kuat pula Jin Hye menangis sehingga mengundang mata-mata tetamu ke arah mereka berdua. Encik Seo Kang Jun pergi ke isterinya pula. Mungkin majlis akan bermula.
“Shutt… janganlah, Jin. Ramai orang tengok dah ni. Tenang ya? Semuanya akan berjalan dengan lancar.” Pujuk Minra bersungguh-sungguh. Tubuh Jin Hye yang kecil itu dipeluknya. Dia turut mengalirkan air mata sebenarnya kerana Jin Hye, kawan baiknya sejak dari Tingkatan 1 lagi dia kenal, akan berkahwin hari ini. Pada umur mereka 19 tahun. Jin Hyelah kawan yang paling dia sayang daripada kawan yang lain dia ada. Entah kenapa, tetapi dia sangat sayang. Kebaikan dan keistimewaan Jin Hye membuatkan dia begitu. Untung sungguh siapa yang akan memiliki gadis ini sebentar sahaja lagi.
“Jin Hye, Minra, majlis dah nak mula. Kamu dah bersedia, sayang?” Tanya Encik Seo Kang Jung yang berdiri segak di sebelah Jin Hye. Mereka akan menuju ke karpet merah sebentar lagi.
Jin Hye dan Minra melepaskan pelukan mereka. Jin Hye mengelap air mata yang bersisa. Sama seperti Minra. Dia memandang Encik Seo Kang Jung dengan anggukan kecil, tidak bercakap tapinya.
“Jin, jangan berdebar. Aku akan ada selalu dengan kau. Ingat tu. Aku ke depan dulu.” Kata Minra lalu pergi. Sempat tubuh Jin Hye dipeluknya sedikit. Jin Hye memandang tubuh Minra yang berlalu pergi meninggalkannya bersama Encik Seo Kang Jun.
“Sedia?” Sekali lagi Encik Seo Kang Jun menyoal.
“Hmm… ya. Jin bersedia.” Jawab Jin Hye dengan senyuman nipisnya. Serentak dengan itu, kedengaran pembesar suara berbunyi.
“Baiklah. Sekarang, majlis perkahwinan akan dimulakan. Encik Seo dan pengantin perempuan akan memasuki dewan ini dengan diiringi muzik. Majlis mempersilakan mereka masuk…”
Lalu, apabila berhenti sahaja pengacara majlis yang dikendalikan oleh Park Chanyeol, rakan kepada mendiang Luhan, Encik Seo Kang Jun pun berjalan bersama anaknya untuk memasuki menuju ke arah satu tempat yang di mana, akan menjadi lokasi Jin Hye dan seorang lelaki dinikahkan oleh paderi. Apabila masuk sahaja mereka ke dalam, lagu iringan yang dinyanyikan oleh Marc Anthony berjudul My Baby You pun bergema. Para tetamu kini mula mengarahkan tumpuan kepada Jin Hye dan Encik Seo Kang Jun yang berjalan beralaskan karpet merah. Jin Hye asyik memandang bawah sahaja sehingga dia tidak perasan wajah pengantin lelaki yang menilik wajahnya daripada jauh sejak daripada tadi dengan jelingan maut.
“Jin Hye,” tegur Encik Seo Kang Jun apabila anaknya berangan apabila tiba di hadapan. Jin Hye mengangkat kepala dan memandang hadapan. Terpampanglah wajah bakal suami dan seorang paderi. Dia meneguk liur melihat jelingan maut bakal suaminya ketika itu. Perlahan-lahan Encik Seo Kang Jun menghulurkan tangannya kepada lelaki itu. Jin Hye terpaksa mengikut rentak ayahnya. Dia dapat merasakan yang tangannya itu digenggam kemas oleh lelaki tadi. Tanpa mengucapkan apa-apa, Encik Seo Kang Jung segera berlalu ke belakang meninggalkannya dengan lelaki tadi dan paderi bertiga di sini.
“Kim Sehun.” Paderi yang berkaca mata dan berpakaian jubah hitam menyeru nama lelaki itu yang bernama Sehun. Dulu, nama dia adalah Oh Sehun. Tetapi disebabkan ibunya berkahwin dengan ayahnya yang bernama keluarga Kim, jadi namanya Kim Sehun. Dia bukan anak angkat atau anak tiri. Tetapi anak kandung. Baginya, namanya lebih sedap disebut jika mengikut nama keluarga ibunya, Oh Juna. Sebab itu dia lebih suka orang lain tahu namanya ada dua. Oh Sehun, Kim Sehun. Haha… ada lawak di situ.
“Ya saya.” Sehun menyahut dengan suara yang boleh dikatakan agak dingin. Matanya begitu tajam merenung Jin Hye yang ada di hadapan mata. Tangan yang menyentuh tangan Jin Hye tadi dikesat pada kot hitam bajunya. Entah kenapa, dia berasa terlalu janggal memegang tangan gadis yang tidak disukainya. Tak pasal-pasal jadi pengantin bidan terjun. Kahwin dengan budak mentah 19 tahun pula tu. Urghhh!!!
“Seo Jin Hye.” Paderi menyeru nama Jin Hye pula. Jin Hye mengangkat kepala memandang paderi dan menjawab perlahan.
“Ya…”
“Sebentar sahaja lagi, kamu berdua akan dinikahkah. Bersedia?” Tanya paderi itu yang sedang menatang satu buku yang boleh dikategorikan sebagai fail berwarna merah.
Sehun dan Jin Hye sama-sama menarik nafas. Panjang dan menghembuskannya sedikit keras. Mahu menghilangkan segala duka pada hati Jin Hye, dan mahu menghilangkan segala amarah dan benci pada hati Sehun buat sementara waktu.
“Ya. Saya… sedia.” Kata Sehun dan Jin Hye serentak. Maka… paderi mula berdehem sedikit.
“Kim Sehun, sudikah kamu menerima Seo Jin Hye sebagai isteri kamu dengan sepenuh hati dan akan menjaganya sehingga ke akhir hayat?” Sudah menjadi adat resmi perkahwinan, paderi menyoal Sehun. Jantung Sehun pada waktu itu begitu berdetak dengan kuat. Dia memejamkan matanya dengan perlahan. ‘Selamat tinggal dunia… bujang.’
“Ya. Saya akan menerimanya dengan sepenuh hati dan menjaganya sehingga ke akhir hayat.” Balas Sehun dengan keadaan berat hati dan terpaksa. Jin Hye terkejut mendengarnya. Kenapa tak batalkan aje? Dia yakin, jelingan-jelingan yang Sehun berikan tadi telah membawa satu tanda, bahawa lelaki itu sungguh tidak berkenan kepadanya. Kalau macam tu, kenapa tak jawab, ‘tidak?’.
“Seo Jin Hye, sudikah kamu menerima Kim Sehun sebagai suami kamu dengan sepenuh hati dan akan menjaganya sehingga ke akhir hayat?” Soal paderi kepadanya tetapi disebabkan dia berangan, hampir 10 saat soalan itu digantung.
“Hoi!” Sehun menegur kasar dalam nada perlahan menyebabkan Jin Hye tersedar. Jin Hye agak kebingungan di hadapan tetapi cepat-cepat dia mengangguk.
“Ya. Saya sudi terimanya sebagai suami saya dan akan menjaganya sehingga ke akhir hayat.” Jawab Jin Hye dengan pantas menjadikan paderi menarik nafas lega. Berdebar juga hati jika pengantin perempuan terkaku sahaja. Pasti majlis perkahwinan ini tampak sedikit cela pada perjalanannya.
“Baiklah. Kini, secara sah, Kim Sehun dan Seo Jin Hye menjadi suami isteri. Kamu berdua dikehendaki berkucupan sebagai tanda kamu menjadi suami isteri.” Perintah paderi menyebabkan Sehun dan Jin Hye saling terkejut dan berpandangan. Sehun terpaksa bergerak dahulu kerana dia tahu, budak mentah ini tidak akan bergerak ke arahnya. Sehun menyentuh leher Jin Hye dengan tangan dan terasa tangan Jin Hye menyentuh dadanya perlahan. Lalu… dengan perasaan yang tidak rela dan terpaksa, mereka pun berciuman sebagai tanda sah perkahwinan di hadapan khalayak ramai yang sedang menepuk tangan. Lagu iringan pun berkumandang… mengundang air mata pada tubir Jin Hye sewaktu dia dan Sehun masih berkucupan.
Bersambung…
Nahh… bolehlah sikit ya? Hehehe… hope suka ^^. Saya suka buat FF yang serius macam ni. Sebab nanti macam saya pula yang jadi heroin.. hahahahahaah!!! So, see you guys okay? In A Revenge Of Love saya biarkan aje dululah. Tak ada idea nak sambung. Bye
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfiction"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...