Sehun mencari kelibat manusia yang sudah sah menjadi hak miliknya beberapa jam yang lalu. Kini jam sudah menayangkan pukul 12 tengah malam dan matanya juga kini sudah pun mula hendak bermanja-manja. Rasa macam nak tongkat je pakai batang mancis.
"Haishh... mana pula perginya ni?! Menyusahkan aku betullah!" Rungut Sehun lalu berjalan laju ke arah sekumpulan lelaki. Kawan-kawannya berada di situ semuanya.
"Hei, Sehun. Kata tadi nak balik?" Tegur Chanyeol apabila kelibat si kawan baik ini ada di hadapan mata.
"Haah. Memang pun tapi masalahnya... Jin Hye mana?" Terpaksa juga dia menyebut nama itu kerana sekarang ini, kesemua 8 orang rakannya ada di hadpaan mata. Gila nak panggil 'si budak mentah'? Silap hari bulan kang ada yang syak. Itu satu hal, buatnya nanti heboh, nayanya dia ni ha...
"Aik? Wife kau tu kut, takkan tak tahu kat mana?" Soal Baekhyun membuatkan kesemua rakan-rakannya memandang dia dengan satu pandangan yang sukar sekali untuk ditafsirkan. Sehun jadi kekok rasanya.
"Err... masalahnya tadi aku... aku tengok site, dia dengan kawan dia. Takkan aku nak cari satu pantai ni? Kau gila?!" Sehun mendapat idea untuk memberikan alasan. Sehun tahu, Baekhyun sengaja sebenarnya hendak membuatkan dia berasa cuak. Yelah, dalam kalangan rakan-rakannya ini, hanya Chanyeol, Kai dan Baekhyun sahaja yang tahu kenapa dia terpaksa menggantikan tempat abangnya Luhan yang merupakan kawan juga kepada Chanyeol, Kai dan Baekhyun. Cumanya sekarang ini Kai tiada dengan mereka bersama kerana terpaksa ke Jepun atas dasar kerja. Jadi dia mengambil keputusan untuk membuka mulut dengan Chanyeol, Kai dan Baekhyun sahaja kerana dia percaya tiga jejaka kacak ini boleh menyimpan rahsia dengan baik. Tetapi itu tidak bermakna dia tidak percaya dengan Suho, Xiumin, Lay, Chen, Kyungsoo, Kris dan Tao.
"Call?" Baekhyun membisik. Sehun berdecit. "Tak ada nombor." Sehun menjawab lurus. Chanyeol dan Baekhyun saling menepuk dahi tetapi dalam keadaan yang perlahan. Bimbang rakan yang lain terdengar ke apa. Tetapi nampaknya yang lain rancak berbual dan mengabaikannya.
"Apa pasallah kau ni bangang sangat, Sehunnie! Macam mana aku nak simpan rahsia kau ni baik-baik daripada kawan-kawan kita kalau nombor wife sendiri pun kau tak save?! Haishhh!!!" Baekhyun tertekan dalam keadaan nada yang cukup perlahan. Kalau boleh nak je dia cekik-cekik si Sehun ni. Ada isteri cantik macam tu pun tak nak.
"Aku bukan macam kaulah, hyung! Aku tak suka dia, so, apa aje pasal dia, aku tak nak simpan. Arasseo?" Terang Sehun. Baekhyun mencebik geram. Chanyeol hanya diam. Tidak tahu hendak selit mana. Biarlah Baekhyun yang menyelesaikan masalah ini dulu.
"Wei, walaupun kau benci, janganlah sampai number phone pun kau tak save. Lagilah ramai yang syak. Habis nanti bila parents kau tanya, mana Jin Hye, kau nak jawab apa? Kan dah menyusahkan tu. Haishhh..." bebel Baekhyun lagi. Setiap kata-kata Baekhyun memang ada yang betul. Sehun jadi tertekan kembali. Suami... tanggungjawabnya memang susah! Semua yang dia tidak suka terpaksa dilakukan juga.
"Yelah-yelah. Nanti aku buat. Masalahnya sekarang ni, mana, dia? Aku nak baliklah, penat! Mengantuk! Letih!" Sehun mengetap gigi dengan kuat. Kalaulah dia jumpa Jin Hye sekarang, tahulah dia nak buat apa. Merayap entah ke mana-mana. Menyusahkan!
"Alah, kau baliklah dulu. Nanti kalau hyung jumpa dia, hyung send message. Jangan tak baca pula!" Pesan Chanyeol yang mula risau dengan keadaan dua kawannya ini. Bila api disimbah dengan petrol, terbakarlah jiwa!
Sehun berdecit sedikit sambil meraup rambutnya ke belakang. Bengang dengan Jin Hye.
"Hmm... okey. Aku balik dulu, hyung. Guys, aku gerak dulu."
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfiction"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...