♥ 14장 ♥

9.4K 811 29
                                    

Jin Hye terasa hidungnya terhidu udara dan suasana ubat yang agak kuat menusuk hidung. Sesekali kakinya seperti diserang rasa bisa yang agak pedih sehingga memaksa dia membuka mata, untuk melihat keadaan yang sebenar. Buka sahaja mata... putih. Putih? Ya, putihlah. Siling memanglah putih. Tapi masalahnya sekarang ini, keliling pun ikut putih termasuk baju yang tersarung pada tubuhnya sekarang ini.

"Hospital?"

"Jin Hye... kau dah sedar?" Suara seseorang bergema.

Jin Hye memokuskan mata ke arah sesusuk tubuh rakannya, Minra yang meluru ke arahnya itu.

"Minra... kenapa aku dekat hospital?" Soalnya dengan suara yang tenggelam timbul. Minra mengusap lembut tangan Jin Hye. Cuba untuk menenangkan rakan baiknya itu.

"Kau pengsan, then terpijak kaca gelas. Yang jumpa kau, Chanyeol oppa, Kai oppa, dengan Baekhyun oppa. Terus dia bawa kau ke hospital."

Jin Hye memejamkan mata. Cuba untuk ingat kembali satu per satu. Tiba-tiba, dia membuka kelopak matanya luas, besar, lebar sebelum menoleh ke arah Minra.

"Sehun? Dia terkurung dalam bilik ai..."

"Dia ada kat wad VVIP. Cumanya... dia kena jangkitan kuman sikit sebab dia pun pengsan juga. Pening dalam gelap. Yelah, itukan tandas. Kuman banyak."

"Habis sekarang dia dekat mana?"

"Dekat wad VVIP. Kan dah cakap dah tadi."

Jin Hye berfikir dua tiga kali. Dia betul-betul rasa bersalah atas kejadian yang menimpa. Kalaulah dia tak tidur, kalaulah dia tak masuk bilik, pasti Sehun sihat sekarang. Sekurang-kurangnya, Sehun ada bantuan untuk ke tandas untuk mandi jika dia ada bersama. Sudahlah lelaki itu demam, terkena jangkitan pula tu. Berdebar rasa hati ini jika berlaku benda yang lebih teruk nanti.

"Minra, boleh tak kau bawa aku ke wad Sehun? Aku nak minta maaf dengan dia..." pinta Jin Hye dengan penuh harapan agar Minra dapat membawanya ke wad Sehun. Dia betul-betul rasa bersalah yang teramat. Mendengar Sehun terkena jangkitan pun, dia sudah berderau darah. Adakah Sehun akan memarahinya? Dia tidak sanggup mendengar tengkingan lagi. Entah kenapa, dia sedikit sensitif sejak sedar ini. Dia seakan-akan baru tersedar, sejak Sehun demam, lelaki itu tidak lagi menengkinya. Sepanjang-panjang itu, dia tidak sedar kerana asyik Chanyeol sahaja yang menjelma. Tetapi nampaknya kali ini tidak. Minra menyebut nama Chanyeol pun dia buat dono je. Tetapi apabila Minra memberitahu khabar tentang Sehun, dia yang gelabah. Adakah Tuhan sudah memakbulkan permintaannya supaya menghilangkan nama Chanyeol di hati dan menggantikan dengan nama... Sehun?

"Boleh. Tapi kaki kau masih cedera teruk. Kau naik kerusi roda ya? Aku tolak." Kata Minra. Jin Hye mengangguk setuju.

"Aku pergi ambil kerusi roda kejap."

"Okey. Cepat ya?"

Minra angguk mendengar arahan si kawan. Dia bermain-main dengan jemarinya. Sejuk terasa. Dia betul-betul rasa bersalah. Kalaulah. Kalaulah. Kalaulah. Semuanya kalaulah. Takut sebab Sehun marah pun ada juga. Tetapi rasa tak ada sebab kut Sehun nak marah? Eh, entahlah. Dia sendiri pun tak dapat nak agak macam mana.

Minra kembali dengan kerusi roda. Jin Hye bangkit. Agak sukar juga untuk turun dari katil. Agak terkial-kial tapi dia tetap cuba. 5 minit pusing sana sini mencari keselesaan, Jin Hye sedia dibawa keluar. Minra menolak kerusi roda menuju ke wad Sehun.

Jantung Jin Hye pada saat itu bagai di serang dengan beribu-ribu bom. Dia risau sungguh sehingga terasa tubuh berpeluh-peluh. Minra membawanya masuk ke dalam bilik Sehun. Bilik VVIP nampaknya, sama seperti biliknya tadi. Namun bilik ini nampak besar dan sungguh selesa. Jin Hye melihat sekeliling sebelum matanya fokus kepada satu katil yang di mana menempatkan Sehun. Sehun sedang lena tidur.

[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now