Akhirnya.. kebahagian tercipta untuk kita. Dikurniakan sepasang cahaya mata kembar yang diberi nama, Oh Sae Ra, dan Oh Seo Jun. Walaupun, tempoh masa kita berpisah dulu agak lama, terseksa buat awak untuk lalui hidup tanpa saya, tapi akhirnya, kita bersatu kembali. Itu semua hasil titik cinta saya dan awak. Oh Sehun, terima kasih banyak-banyak. Awaklah yang pertama... dan terakhir buat saya...
_._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._
Seo Jin Hye, apabila awak dah selamat lahirkan anak-anak kita, maka saya gelar awak seorang wanita sejati. Seorang manusia yang bergelar wanita, dan seorang isteri yang baik buat saya, seorang ibu yang penyayang buat anak-anak saya. Syukur, anak-anak kita sekarang dah menjangkau tiga tahun. Hampir dengan usia perkahwinan kita. Terima kasih, sayang. Awaklah segalanya buat saya.
"Paa~~" Oh Sae Ra menyebut perkataan 'pa' apabila Sehun memasuki biliknya sambil mendukung Oh Sae Jun. Sememangnya Sae Jun dan Sae Ra sangat manja dengan Sehun. Jika Sae Ra melihat Sae Jun ada di dukungan Sehun, pasti si kecil itu juga mahu bertenggek juga. Jika Sae Jun melihat si kakak berada di dukungan papanya, dia juga mahu. Sudahnya, Sehun mendukung anak kembar mereka kiri dan kanan. Ini kerana mama mereka yang tak termampu hendak mendukung mereka sekali gus. Sudahlah mamanya kecil molek, nak dibandingkan dengan papanya yang semakin hari semakin sado ini, memang taklah.
"Sae Ra sayang. Mama mana?" Walaupun anak itu baru pandai bercakap sikit-sikit, tetapi dia mudah faham dengan gaya percakapan anak perempuannya ini. Walau macam mana payah sekali pun, dia cuba faham.
"Eohh.. air..." Sae Ra menyahut pertanyaan papanya. Dia sedang memegang mainan yang berada di tangan sementara Sae Jun enak melayan mata. Main dengan Sehun tidak reti berhenti malam tadi, kini dah nak masuk waktu pagi pun masih tidur. Cuma Sae Ra sahaja yang terjaga kerana Jin Hye menghilang sebentar.
"Air?"
"Hmm..."
"Ohh... tandas?"
"Hmm..."
Sehun mengangguk. Sesekali dia menepuk-nepuk punggung si kecil yang bergerak-gerak. Dengan mulut masih dengan puting susu. Jika benda itu ditarik, habis runtuh rumah ini. Yang mengamuknya bukan Jin Hye, tetapi jiran sebelah.
Sehun memejamkan mata. Mengantuk akibat bermain kejar-kejar dengan Sae Jun malam tadi. Baru dia hendak berlayar dengan lebih jauh, dia dikejutkan dengan suara halus dan lembut seorang gadis. Dia tahu, itu Jin Hye.
"Hmm... apa dia?" Sehun menyahut. Tangan Jin Hye yang berada di pipinya dikucup sekilas.
"Kerja tak pagi ni? Nanti lambat, jalan jammed, mengamuk." Ujar Jin Hye dengan suara seperti tadi. Lembut, merdu, halus. Sedap telinga mendengar. Sehun pun kadang-kala boleh cair hanya dengan mendengar suara itu sahaja. Sejak usia isterinya itu menganjak ke angka 21 tahun, dia semakin matang. Tetapi sikapnya semakin manja! Yang mampu merobohkan benteng Sehun ini! 25 tahun... masih muda kut. Kahkahkah!!!
"Nak tidur kejap. Penat main kejar-kejar dengan Sae Jun malam tadi." Jawab Sehun perlahan.
"Tulah, main lagi. Tak reti malam." Marah Jin Hye. Bukan marah bersungguh pun, sekadar marah gitu-gitu je.
"Bukan selalu..." Sehun bangun. Dia tidak betah jika ada isterinya. Boleh pula bagi itu tangan Jin Hye merayap di sekitar wajahnya. Suka nak menguji aku pagi-pagi ni tau.
"Nak apa?" Jin Hye pelik melihat Sehun yang tiba-tiba sahaja bangun dan berdiri di hadapannya dengan muka yang nakal. Sesekali dia ketawa kecil melihat suami tersayangnya ini. Ada sahaja perangai yang pelik-peliknya itu.
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfiction"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...