♥ 19장 ♥

9.5K 693 34
                                    

"Sehun... saya nak tanya ni." Jin Hye berkata tanpa memandang wajah Sehun yang sedang menyuap makanan ke dalam mulut. Sehun menyedut jus Avokado yang dipesannya tadi sebelum menopang dagu memandang si isteri yang berada di hadapan matanya.

"Apa dia? Tanyalah..."

"Emm... Hyeri tu... siapa?"

Sehun tergamam. Dia terkebil-kebil sebentar, cuba untuk mentafsir, memproses setiap patah kata Jin Hye tadi di telinganya. Apa yang perlu dia jawab? Patut ke dia jujur? Ya, dia patut jujur kerana kini, hatinya sudah melekat dengan Jin Hye. Takkan nak selindung lagi? Sedangkan Jin Hye berhak tahu kisah lalunya.

"Lee Hyeri tu... ex-girlfriend saya dulu. Masa sekolah menengah."

Jin Hye terdiam sejenak. Ex-girlfriend? Bekas teman wanita? Bekas... yeoja chingu. Semua benda tu sama kut. Jadi... memang betullah.

"Ohh..."

"Kenapa tanya?" Sehun menyoal lagi dan dibalas dengan gelengan kepala Jin Hye.

"Cemburu?"

"Hah?" Apakah? Jin Hye tersenyum senget mendengar perkataan itu. Adakah dia cemburu? Entahlah. Tak tahu. Dia sendiri pun tak pasti sama ada dia cemburu atau tidak. Tapi dia tak boleh nak tahan perasan melihat Hyeri memeluk Sehun tadi. Tu yang buat dia hairan tu. Siapa Hyeri sebenarnya. Rupa-rupanya... bekas kekasih. Patulah...

"Mana tahu... tanya tu ada makna..."

"Kenapa awak berpisah dengan dia?" Soal Jin Hye. Dia akan tanya selagi dia tidak penat. Dia mahu tahu setiap sudut kisah Sehun. Habis tu bila lagi dia hendak tanya? Esok lusa, takut lupa. Dah rugi.

"Emm... sebab... keluarga."

"Keluarga? Omma dengan appa?" Jin Hye menduga dan tidak sangka Sehun mengangguk. Semakin berminat Jin Hye hendak tahu hal yang seterusnya.

"Kenapa? Omma dengan appa tak suka ke?"

"Sebab?"

"Sayang ni kenapa? Nak tahu sangat? Nanti saya cerita..."

"Sekarang!" Jin Hye menepuk perlahan meja yang mereka duduki. Tidaklah kuat mana. Cukup buat Sehun mengeluh pendek.

"Boleh tak.. kalau kita makan dulu? Saya tak nak kita rosakkan hari ni, sebab perempuan tu." Kata Sehun dengan wajahnya yang tegang dan suara yang dingin. Jin Hye terkejut sedikit. Dia faham dengan keadaan lelaki tersebut. 

"Okey. Sorry tanya tadi. Nak tahu je."

"It's so okay, sayang. Don't worry..."

**********

Setelah pulang dari Lotte, Jin Hye dan Sehun masuk ke bilik masing-masing. Tetapi... sejak mereka berbaik, Sehun rajin 'turun padang' di bilik Jin Hye yang hanya bersebelahan itu. Dipisahkan dengan dinding sahaja. Tu pun jika Sehun buat onar, Jin Hye dapat mendengarnya meskipun sayup-sayup sahaja.

Masa berlalu dengan pantas. Tup, tup, pukul 9 malam sudah. Pada waktu itu, Jin Hye berada di bilik, sedang menilik skrin iPadnya. Dia melawat laman sesawang jawatan kosong yang ada. Dia bosan berada di rumah. Sebab itulah hatinya berura-ura untuk bekerja. Tidak kiralah kerja apa. Sementara menanti surat tawaran sambung belajarnya tiba, dia mahu bekerja dulu. Mengisi masa yang ada daripada duduk di rumah, melebarkan punggung. Sehun tidak payah cakaplah. Banyak sungguh kerjanya. Sewaktu mereka tiba di rumah tadi, Jade setiausaha Sehun sudah menelefon lagi bahawa ada seseorang hendek menemuinya. Klien biasanya. Yelah, Sehun seorang ahli perniagaan. Ayah Sehun hanya membantu apa yang patut sahaja kerana selok-belok syarikat itu sudah menjadi bahan hafalannya sejak dulu lagi.

[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now