♥ 25장 ♥

10.1K 648 31
                                    

Jin Hye melihat dirinya di hadapan cermin. Seperti tidak percaya bahawa dirinya adalah Seo Jin Hye. Setelah wajahnya disolek hasil tangan Jang Yoon Mi, jurusolek yang dibayar oleh Sehun tadi, serta-merta dia terkejut. Bangga disemai buat Yoon Mi kerana pandai mengubah wajah asalnya tadi.

"Jin Hye, awak nampak wow malam hari ni. Patutlah, Sehun jadikan awak isteri dia." Puji Yoon Mi sambil mengemas bekas alatan soleknya. Jin Hye tersenyum kecil. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil, bersebelahan dengan Yoon Mi. Dia masih belum menyarungkan gaun yang dibeli semalam. Gaun yang menjadi tatapannya. Betapa terkejutnya dia apabila Sehun tanpa berkata apa-apa, terus sahaja membeli satu set pakaian mewah itu. Dia hanya mampu menerima. Takkan nak tolak?

"Terima kasih, Yoon Mi. Sehun... dia pelengkap saya." Jin Hye tersenyum indah seraya menoleh ke arah Yoon Mi. Yoon Mi yang mendengar pengakuan Jin Hye, tersenyum nakal.

"Mesti awak malu-malu kucing dengan Sehun kan? Cara awak cakap, yang Sehun pelengkap awak pun, saya dah tahu." Kata Yoon Mi sambil tersenyum.

Jin Hye menepuk paha Yoon Mi perlahan. "Mana ada. Pandai je awak ni."

"Eh mestilah. Jin Hye, saya dah kenal Sehun lebih... tiga tahun. Masa tu, saya solekkan kawan dia untuk majlis perkahwinan. Haa... sejak tu lah Sehun angkat saya jadi kawan dia, merangkap jurumekap keluarga dia ni. Asal ada majlis apa-apa, sayalah yang touch up diorang." Cerita Yoon Mi serba sedikit tentang awal kisah hidupnya bersama keluarga Sehun. Jin Hye mengangguk faham.

"Patutlah awak nampak mesra dengan Sehun. Kenapa awak tak jatuh cinta dengan dia?" Soal Jin Hye, spontan. Sikit pun dia tidak rasa apa-apa apabila menanyakan soalan sebegitu rupa. Nampak tenang sahaja. Seolah tiada apa-apa yang berlaku.

"Kenapa awak tanya macam tu?" Yoon Mi menyoal kembali.

"Yelah, awakkan dah dekat tiga tahun berkawan dengan Sehun. Dia tu, kaya, kacak and... perfect. Awak tak jatuh cinta dengan dia ke? Atau... awak tolak cinta Sehun?"

"Jin Hye, saya dah anggap Sehun macam kawan baik saya sendiri. Cinta? Entah, saya tak rasa pun semua tu. Sebab kalau saya kerja, saya fokus kerja. Tak sempatnya nak menilik muka ke, apa semua tu. Bagi saya, dia seorang lelaki yang sempurna, hanya untuk wanita yang sempurna. Macam awak." Yoon Mi menyentuh bahu Jin Hye perlahan sambil tersenyum. Jin Hye menggalihkan pandangannya ke arah lain, ke cermin. Dia melihat wajahnya.

'Aku... sempurna?'

"Tak semua orang sempurnakan?"

"Ya, memang. Tapi, pada pandangan saya, awak dengan Sehun adalah pasangan yang... sama-sama sempurna. Awak sempurnakan dia, dan dia sempurnakan awak. Jadi, awak berdua nampak sesuai kat situ." Kata Yoon Mi lagi. Jin Hye diam. Dia tidak tahu hendak berikan reaksi yang bagaimana kerana, hatinya kini sedang mekar berbunga. Dia... dia gembira jika Sehun sempurnakan dia sebagai seorang suami, dan dia sempurnakan Sehun sebagai seorang isteri. Saling memerlukan, menyempurnakan dan seangkatan dengannya. Dari situlah, mereka akan kelihatan sesuai.

"Tapi, awak tak tahu macam mana..."

Yoon Mi mengerutkan dahinya. Dia kurang faham.

"Macam mana apa?"

"Saya dengan Sehun kahwin sebab..."

Tuk! Tuk! Tuk!

Jin Hye dan Yoon Mi memandang pintu bilik. Tidak lama selepas itu, pintu bilik terbuka. Wajah kacak Sehun terjenguk masuk.

"Dah siap, sayang?" Tanya Sehun sambil menilik wajah cantik Jin Hye. Terpegun sungguh dia melihat wajah itu. Cumanya dia tidak terlalu menunjukkan reaksi wajah itu kerana ada Yoon Mi.

[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now