♥ 38장 ♥

6.2K 507 20
                                    

Sehun ralit memandang skrin komputer ribanya. Khusyuk dia menulis beberapa perkara penting yang tertinggal di hamparan kertas majungnya yang lebar besar memenuhi meja kerjanya itu. Dia perlu menyiapkan kertas projek ini sekarang juga kerana jam 3 petang nanti, dia perlu bentangkan kepada semua staf-stafnya mengenai projek terbaru tersebut yang harganya hampir mencecah 10 bilion. Syarikatnya bertuah kerana telah dipilih dan baru minggu lepas, bersaksikan semua warga Sehun Oh Holdings, surat kontrak 10 bilion itu ditandatangani. Gembira? Sudah pasti. Gila tidak?!

"Sehun, tolong cakap dekat Jade sediakan tiga salinan proposal, empat salinan laporan site kat Busan dengan empat laporan harian pekerja. Aku nak tengok." Kata Chanyeol dengan wajah yang sedikit tegang. Dia memusingkan pen menggunakan hujung jarinya. 

"Kenapa? Ada yang masalah ke?" Sehun menanya cemas. Habislah kalau salah satu daripada tiga dokumen penting tersebut ada yang salah. Mati dia.

"Taklah, sebab dekat kertas sini lain, yang aku dengar waktu meeting itu hari lain. Kang kalau salah, naya aku kang." Chanyeol menggaru belakang kepala. Ini yang membuatkan kerjanya jadi lambat jika kertas dan maklumat asli dengan maklumat taip semula berlainan. Pasti kerja-kerja pihak bawah. Aishhh...

"Okey kejap." Sehun menekan interkom dan menyampaikan pesanan yang disampaikan oleh Chanyeol tadi. 

"Aku nak ke toilet kejap." Chanyeol bangun sebelum melangkah keluar dari bilik ini. Sehun keseorangan. Dalam pada dia sedang fokus menulis, telefon bimbitnya berdering menandakan ada pesanan ringkas masuk. Dia segera mencapai gajet tersebut dan melihat teks.


Hai, sayang! Tak lama lagi, awak akan jadi milik saya. Just wait... and see. Oh ya, saya ada something nak cakap. Tunggu call... ❤❤❤


"Hyeri?" Sehun mengedutkan dahinya. Kenapa pula manusia ini menghantar mesej sebegitu rupa dan agak meloyakan tekaknya? Malas hendak melayan benda tersebut, dia melempar lembut telefon bimbitnya di atas meja. Tidak sampai seminit, telefon berbunyi dan menandakan ada panggilan masuk. Sehun mengeluh pendek. Dia diam. Malas mahu mengangkat. 

1 minit berlalu. Telefon kembali berdering sehingga dua kali. 

"Perempuan ni nak apa?!" Sehun menjerit geram. Dia menghempas tangan ke meja. Dia terlalu tertekan jika ada nama Hyeri yang muncul setiap kali dia bekerja. Sudah beberapa minggu dia dan Jin Hye bahagia tanpa perlu ada gadis itu. Cukuplah sekali mereka bergaduh disebabkan Hyeri. Dia tidak mahu bergaduh buat kali yang kedua. Serik!

Sehun kembali menyambung kerja. Baru beberapa perkataan ditulis, gajet tersebut kembali berdering. Sehun mengetap gigi. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu tanpa melihat si pemanggil, dia menjawab.

"Kau nak apa perempuan?! Hei kau faham tak, aku dah penatlah nak melayan kau! Kau nak apa sebenarnya?! Aku ni letih tahu tak?! Sejak dari dulu lagi aku penat! Letih melayan kau! Aku pura-pura je cintakan kau dulu! Kau tu je yang terhegeh-hegeh dekat aku. Hei dahlah... aku dah tak ada masa lagi nak tengok muka kau tu. Tolong pergi dari hidup aku dan jangan call aku lagi! Aku dah bahagia dengan orang lain! I don't need you as my love!!!"


Bersambung...

Uuuuu.. adakah kalian berdebarrr? Kahkahkahhhh!! Baru je dapat idea ni time tgok rncangan kegemaran ku tadi. kahakhakahh.. nanty sy smbung lagi. Byeee

[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now