Pagi. Sehun mencelikkan matanya perlahan-lahan apabila dia terdengar bunyi sesuatu yang berlaga-laga di sebelah. Dia membuka matanya sedikit besar tatkala sesusuk tubuh Hyeri sedang berdiri dan mengeledah sesuatu di meja sebelahnya.
"Awak buat apa tu?" Soal Sehun lalu bangun. Sesekali dia memicit batang hidung yang sedikit lenguh akibat demam selesama yang tidak pernah naik sembuh.
"Buang sampah." Suara Hyeri mendatar. Bunyi plastik dan mangkuk tingkat berlaga sungguh menganggu Sehun. Dia memusingkan tubuhnya untuk memandang Hyeri.
"Apa tu, sayang?" Seakan sudah lazim bibirnya menyebut perkataan sayang untuk Hyeri, dia menanya. Hyeri memandang Sehun. Sejuk sedikit hatinya mendengar Sehun menyebut perkataan keramat itu. Dia mencekak pinggang dan mencampak tutup mangkuk tingkat yang dijumpainya tadi.
"Mangkuk tingkat."
"Ada apa dalam tu?" Sehun tertarik hendak mengetahui isi bekas tersebut. Ringan tangannya hendak menyentuh tetapi laju Hyeri mengambilnya dan dijauhkan dari Sehun.
"Sinilah. Saya nak tengok." Pinta Sehun apabila Hyeri meletakkan mangkuk tingkat tersebut ke tempat yang lebih jauh.
"Tak payah. Kotor." Selamba sahaja gadis itu berkata sehingga mengundang hairan di hati Sehun.
"Apa yang kotornya? Saya tak tengok lagi benda tu. Kenapa? Ada serangga ke? Ada lalat?" Bertalu-talu Sehun menanya, berharap Hyeri akan memberikannya mangkuk tingkat itu lagi.
"Dalam tu, ada bubur, kimchi dengan sup cendawan yang dah basi. Tahu siapa yang bagi? Jin Hye! Sanggupkan dia bagi semua tu, yang dah basi, yang dah tak elok untuk awak? Macam tu pun awak masih nak teringatkan dia ke, Sehun?" Hyeri mula mereka cerita. Walhal semua makanan itu masih elok lagi. Masih sedap untuk dimakan. Tetapi apabila ternampak mangkuk tingkat itu berada di sebelah katil Sehun dan siap ditinggalkan nota hasil tulisan Jin Hye sendiri, dia rasa jijik dan menyampah. Dia pun mula mereka cerita yang tidak-tidak supaya Sehun tidak mudah terpengaruh dengan semua itu dan berniat untuk kembali semula kepada Jin Hye. Mereka sudah cukup bahagia apabila Sehun termakan dengan kata-katanya dulu.
'Kita kena macam suami isteri, barulah Jin Hye balik jenguk awak.'
"Apa? Jin Hye?" Sehun mengecilkan matanya. Nama itu.. nama itu hadir dalam mimpinya. Dia terdengar suara Jin Hye ketika dia tidur. Untuk dia menyahut nama itu, dia tidak termampu. Tapi apa yang pasti, dia seperti merasakan ada Jin Hye yang datang mengubati rindunya malam tadi. Cuma dia sahaja tidak terlarat hendak mengangkat kelopak mata.
"Ya. Dia yang hantar mangkuk-mangkuk tingkat ni semua. Dia cuba nak bunuh awak, Sehun!" Hyeri semakin menggila. Dia terlalu obses mahu memiliki Sehun. Terlalu obses!
"Apa yang kau merepekkan ni?!" Sehun menjerit nyaring. Dia hilang sabar. Dia tidak boleh hendak dipengaruh dengan mudah jika nama Jin Hye semakin lama semakin utuh di hati dan mindanya.
"Sehun! Sedar sikit! Jin Hye, dah tak sayangkan awak! Dia ada hubungan dengan Chanyeol! Anak yang dia kandungkan tu, anak haram! Anak dia dengan Chanyeol!"
PANG!!!!
Pijar pipi Hyeri menerima tamparan hebat dari Sehun yang sudah hilang sabarnya. Marahnya betul-betul menguasai diri. Nafasnya turun naik melihat wajah Hyeri yang sudah kemerahan itu. Langsung tiada belas kasihan dia melihat Hyeri yang memegang pipi sendiri sambil menahan kesakitan.
"Sanggup awak tampar saya, Sehun? Sanggupkan awak. Saya yang menjaga awak selama Jin Hye tinggalkan awak. Dia lepaskan tanggungjawab dia sebagai seorang isteri macam tu je. Biarkan awak uruskan hidup sendirian. Saya ni Sehun! Saya ni yang tolong awak uruskan segalanya. Dia awak nampak. Saya ni?! Saya ni siapa?! Siapa saya di hati awak? Siapa?!" Hyeri betul-betul tidak dapat menahan lagi. Dia sudah letih. Penat dia dengan permainan semua ini. Dia perlu hapuskan Jin Hye dengan segera tetapi semakin dia ingin hapuskan, semakin luas penguasan Jin Hye. Malah, berani menjejakkan kaki lagi ke sini untuk berjumpa Sehun ketika dia tiada semalam. Mesti Chanyeol yang menyuruh. Kalau tidak siapa lagi?
"Aku tak pernah ada perasaan dekat kau tau. Selama ni aku bersabar je dengan kau. Kau tu, aku ibaratkan macam perempuan tak ada maruah. Jangan kau ingat selama ni aku lemah, aku lesu tak ada maya, kau boleh pengaruh aku. Tak, Hyeri. Kau silap. Aku sayang isteri aku. Dia isteri aku sampai bila-bila. Tak ada sesiapa yang boleh halang aku nak jumpa dia." Kata Sehun dengan berani. Hyeri agak terkedu. Sehun yang dulu kembali! Kehadiran Jin Hye malam semalam bagai membawa sinar baru buat Sehun. Semangat yang Jin Hye hulurkan buat lelaki ini akhirnya terjalin juga.
"Jin Hye dengan Chanyeol, ada hubungan sulit! Percayalah! Percayalah, Sehun..." Hyeri hampir kehilangan kata-kata. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dengan dirinya. Melihat Sehun betul-betul bersungguh mempertahankan cintanya, dia jadi lemah. Lemah segala urat saraf tubuhnya mengenangkan Sehun.
"Jangan nak mereka-reka cerita. Aku tak nak tengok muka kau kat sini lagi. Tolong keluar." Sehun merentap tangan Hyeri dan mengheret gadis itu menuju ke muka pintu.
"Arghhh!!! Lepas! Lepass!!!" Hyeri cuba menahan Sehun dari terus menariknya keluar. Dia bimbang jika rahsianya bakal terbongkar apabila Sehun keluar dari bilik ini.
"Keluar!!!"
"Sehunnn!!!"
Bukkk!!!
Terduduk Hyeri apabila ditolak Sehun dari luar. Serentak dengan itu, telinga menangkap bunyi-bunyi bising orang di bahagian bawah ruang tamu. Hyeri pula tidak sedarkan diri dan yang paling mengejutkan, ada darah yang mengalir dicelah kaki gadis itu. Sehun agak tersentak. Dia cuba mentafsirkan perkara tersebut tetapi ada banyak benda lagi yang perlu dia lihat di bawah. Kakinya pantas menuruni anak-anak tangga untuk melihat keadaan di bawah.
"Oh my God!" Betapa terkejutnya Sehun tatkala melihat ruang tamu bawahnya dipenuhi dengan manusia-manusia liar dengan pelbagai jenis gaya. Ada yang pengsan sambil memegang botol minuman keras. Ada yang tidur berpelukan. Ada yang... tidak berbaju dan yang paling teruk, ada yang sibuk 'menyulam asmara'. Sehun tidak menyangka, Hyeri membawa 'kaum kerabatnya' ke sini dan mengambil kesempatan atas ketiadaan ibu bapanya serta dia sendiri.
"Kurang ajar punya perempuan. Hoi!!!!" Sehun melepaskan jeritan yang betul-betul kuat menyebabkan semua manusia yang ada di situ terkejut. Yang tidak berbaju sibuk mencari baju. Yang sedang 'menyulam asmara' kelam-kabut memberhentikan kerja terkutuk mereka. Yang tertidur, yang pengsan, yang pitam semua tersedar. Kecil matanya melihat manusia-manusia tersebut.
"Dalam kiraan 10, korang semua dah angkat kaki dari sini. Satu!"
Seperti lipas kudung manusia-manusia itu hendak angkat kaki dari sini. Tidak kira bagaimana rupa mereka, mereka harus pergi juga dari sini.
"Sembilan!!!" Sehun melihat semua manusia-manusia tadi sudah beredar. Kini, ruang tamu rumahnya bersih tanpa sebarang 'binatang' pun. Hanya tinggal 'sarang-sarang' yang menjijikkan. Rokok, bir, botol minuman keras, ubat pelali dan sebagainya terdampar di situ. Sehun meraup wajahnya berkali-kali. Mengapa semua ini boleh terjadi? Tiba-tiba, dia teringatkan Hyeri.
"Perempuan tu..."
Bersambung...
Amacam? Terkejut tak??? Okey, nak cakap awal-awal, ff ni dah nak habis. Mungkin lagi dua tiga bab habis. Mungkin malam ni saya settle kan atau esok atau lusa. Tapi yg pasti, sikittttt lagi dah nak habis. Sedih? Jangan sedih.... sebab nanti insya ALLAH ada speacial chapter. hahahahaha. okey, enjoy!!
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfiction"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...