♥ 21장 ♥

8K 667 32
                                    

Jin Hye tidak dapat melelapkan mata mendengar cerita Sehun tadi. Kisah yang agak... dramatik. Pelbagai perasaan yang dia rasa tadi sehinggakan nasi pun dia telan terasa berpasir. Kesat, kasar, perit tekak rasanya.

Keluhan berat dilepaskan dengan susah hati. Lampu meja dibuka dan dia bangkit dari perbaringannya. Sehun tidak tidur sebilik dengannya. Masih di bilik lama tetapi apabila esok pagi, dia lihat pasti ada manusia di sebelahnya. Sehun akan singgah ke biliknya jika lelaki itu tersedar untuk ke tandas atau dahaga.

"Esok... dia ikut kita sekali. And... saya pun tak tahu penyakit apa dia nak ikut. Awak okeykan kalau dia join?"

"Urghhh!!!" Jin Hye menyebamkan wajah ke bantal apabila teringatkan ayat itu. Entah kenapa, rasa tidak senang pula dengan kehadiran Hyeri.

"Macam tak tahu malu ikut orang." Terlahir juga ayat itu dari bibirnya. Itulah perasaan Jin Hye sekarang. Rasa... jelak dengan Hyeri. Kalau ya pun dah lama tak jumpa, takkan itu pun nak ikut?!! Stress...

"Sayang..." Sehun tiba-tiba sahaja masuk ke dalam biliknya membuatkan Jin Hye terkejut. Dia memandang Sehun dengan emosi. Emosi tak stabil.

"Apa?! Masuk tu main sergah je kenapa?!" Jin Hye membentak membuatkan Sehun terkejut. Sangat terkejut.

"Awak kenapa ni? Tak pasal-pasal nak marah." Emosi Sehun juga turut terganggu gara-gara Jin Hye yang berubah tak pasal. Dia mengerutkan dahinya sambil memandang jasad Jin Hye yang langsung tidak memandangnya itu.

Jin Hye hanya diam. Dia betul-betul gila. Tiada niat langsung untuk membentak tadi, tapi emosinya serta-merta menjadi begini. Sehingga Sehun yang tidak bersalah pun ditengkingnya.

"Jin Hye... saya bercakap dengan awak..." Sehun masih di pintu bilik tetapi langsung tidak mendekati Jin Hye. Malah langsung tidak tergerak hatinya hendak berlembut kerana dia pun sedang dalam keadaan tertekan tentang Hyeri. Dia fikirkan kalau dia ke bilik Jin Hye, dia tenang. Rupanya ini yang jadi.

"Lupakan pasal ta..."

"How could you..."

BAMMMM!!!

Terhingut bahu Jin Hye dibuatnya apabila Sehun menghempas pintu biiknya dan keluar. Terkebil-kebil matanya memandang Sehun. Namun tiada sikit pun hati hendak bangun dan mengejar. Ego masing-masing kini sedang menggunung. Apa benda buat pun tak jadi.

Jin Hye baring. Dia cuba memejamkan mata. Ah, sukar. Sangat sukar. Kenapa ni?

Bersambung...

Hohoho lama x update. Demam!!! Masa buad IAROL pun demam, ini demam lagi. Huhuhu sy update sikit and kasi konfliks sikit kat mereka. Enjoy kay? Tata~~

[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now