Dia menanti dan terus menanti. Bohonglah jika lelaki itu tidak mengetahui yang kini dia berada di wad. Walaupun sebentar lagi dia akan keluar, tetapi dia tetap mengharapkan supaya lelaki itu datang menjenguknya. Mustahil jika lelaki itu tidak mempedulikannya. Dia yakin, Sehun akan datang.
"Mana dia?" Jin Hye merenung ke luar bilik melalui pintu yang sedikit regang. Rakan-rakannya tadi ada datang. Tetapi mereka terpaksa pulang kerana lewat malam. Sekarang jam 12 malam. Hospital akan tamat operasi jap 12 setengah malam. Sebentar lagi, dia bakal keluar dari sini setelah urusan pembayaran selama setengah hari dilaksanakan.
"Jin Hye..." tiba-tiba, ada sesusuk manusia datang masuk ke dalam biliknya. Jin Hye memandang lelaki itu dengan kedutan nipis di dahi.
"Kai? Mana Sehun?" Dia menanya. Kai melepaskan angin melalui hidung sebelum berjalan tenang ke arah katil.
"Dia... kat rumah. Saya datang, sebab nak ambil awak."
"Dia kat rumah? Kenapa bukan dia yang ambil saya? Kesian pula kat awak yang ambil saya." Kata Jin Hye. Pelik sungguh. Kenapa pula Sehun tidak menjemputnya? Hati berasa tidak tenang. Ingin sekali dia cepat-cepat balik.
"Dia... dia sibuk sikit. Tu yang dia suruh saya ke sini." Kai mencipta alasan sedangkan Sehun tidak menyuruhnya begitu. Dia sendiri yang mahu ke sini kerana kasihan melihat Jin Hye terjenguk-jenguk mencari kelibat Sehun. Lelaki itu tidak datang lagi ke hospital setelah pulang petang tadi jam 6 petang.
Jin Hye memejamkan mata. Dia yakin, pasti ada sesuatu yang berlaku tadi. Dia kembali membuka matanya.
"Tadi siapa yang hantar saya ke sini?" Soal Jin Hye.
Kai menjawab, "Jackson Wang. Prof awak eh? Dialah yang hantar awak ke sini dengan tiga kawan awak tadi." Jin Hye serta-merta terdiam. Lelaki miang tu? Lelaki tu yang hantar aku? Adakah sebab tu...
"Sehun tahu ke... Prof. Wang yang hantar saya?"
"Ya, dia tahu. Dia nak masuk sini, jenguk awak, nurse tak izinkan sebab ada Prof. Wang tu. I don't know why but... bukan saya nak jadi perantara awak dengan Sehun, tapi.. mungkin juga Prof. Wang mengaku yang awak tu isteri dia. Tak mungkin nurse biarkan orang asing masuk bilik ni kan? Sedangkan Sehun adalah suami awak yang sebenar. And awak pregnant. Mungkin betul yang nurse hanya mahukan suami sahaja yang boleh masuk. Betul?" Panjang lebar Kai terangkan dan cukup membuatkan Jin Hye seperti mahu mencari jururawat tersebut dan membetulkan apa yang silap. Bukan lelaki miang itu! Sehun adalah suaminya yang sebenar. Jin Hye sudah dapat melihat muslihat Prof. Wang. Lelaki itu gila. Memang gila.
"Boleh awak uruskan pendaftaran keluar saya? Saya nak balik sekarang." Pinta Jin Hye dengan nada suara yang agak tenggelam timbul. Takut pun ada tetapi dia harus berjumpa dengan Sehun.
"Okey. Tapi... boleh saya tahu, kenapa awak pengsan and bleeding?" Kai terlalu ingin tahu, kenapa gadis itu boleh mengalami pendarahan. Sekarang baru dia boleh menanya.
Jin Hye memandang wajah Kai. Tidak yakin hendak memberitahu hal yang sebenar.
"Saya bleeding... sebab..."
**********
"Saya bleeding sebab tersandung karpet kat bilik Prof. Wang."
Sehun hanya batu. Matanya tetap fokus pada kaca televisyen walaupun telinga mendengar apa yang Jin Hye kata dari awal sampai akhir. Dia betul-betul naik angin dengan perkara petang tadi. Kini setelah Jin Hye dihantar oleh Kai ke rumah, tiba masanya dia menanya itu dan ini kepada isterinya itu.
"Sayang... dengar tak? Janganlah batu je. Saya minta maaf bagi pihak nurse sebab tak bagi awak masuk dalam petang tadi."
"Saya sakit tau. Mata ni sakit tengok lelaki tak ada kena-mengena dengan awak tu masuk dalam bilik tu. Dahlah tak nak keluar. Saya nak pergi masuk, nurse tak bagi. Dia tu pula membatu tak nak keluar dari situ. Awak tu pun satu, yang pergi masuk bilik dia buat apa? Menggedik dengan lelaki tu ke apa?"
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfiction"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...