"Sayang, baby Adeel nangis ni! Cepatlah datang" Si suami memanggil isterinya dari bilik anaknya yang terletak di tingkat atas. Dalam beberapa minit menunggu isterinya yang tersayang itu, namun masih belum muncul lagi.
Astillah sibuk mengaduk masakannya. Sambil itu dia menyanyi keriangan. Sudip dijadikan mikrofon. Dia seperti berada di dalam dunianya sendiri. Satu tabiat yang tidak pernah hilang dari diri Astillah ketika memasak.
"Oh mak kau!" Astillah melatah tatkala seseorang memeluk tubuhnya dari belakang. Satu lagi tabiat Astillah yang sukar untuk dibuang dari zaman sekolah menengah lagi. Memang tidak ayulah katakan untuk seorang perempuan melatah. Namun, hendak bagaimana lagi? Semua itu semula jadi.
"Abang ni, kalau tadi saya ketuk kepala abang dengan sudip ni, baru tau rasa!" Bibir Astillah muncung sedepa. Sambil-sambil itu dia menggaul masakannya dan membiarkan suaminya itu memeluknya dari belakang.
Setelah lama berdiam diri, Astillah bersuara,"Abang sebenarnya nak apa?"
Si suami menepuk dahinya,"Ya ampun, sayang! Tadi abang nak panggil sebab Adeel nangis..."
"Hish, abang ni! Nasib baik abang cepat ingat. Kalau jadi apa-apa kat anak kita macam mana? Saya naik dulu tengok Adeel. Lain kali jangan lalai lagi!"
"Lalai sebab terbuai dengan kecantikan sayang." Si suami tersengih.
"Mengada."
45 minit kemudian...
"Adeel mana?"
"Dah tidur." Astillah mendekati suaminya yang duduk di atas sofa sambil membaca suratkhabar. Dia baring di atas sofa berdekatan suaminya dan memberi senyuman yang ikhlas. Si suami mengelus lembut rambut isterinya dan memberi kucupan yang penuh dengan rasa kasih dan cinta.
"Sayang ingat lagi tak masa kita first jumpa dulu?" Si suami memecah kesunyian.
"Ingat."
"Kalau sayang nak tahu, sebenarnya abang dah jatuh cinta dengan sayang kali pertama abang tengok sayang."
"Iyelah tu. Mengada je lebih." Astillah mencebik.
"Betul. Tak tipu. Kalau ingat balik, lucu juga zaman muda kita dulu."
Mereka ketawa lembut. Teringat kenangan lama, rasa rindu pun muncul jua. Terkenang sahabat-sahabat lama, apa khabar mereka?
Credit to @afiraaysha for the cover of this story.
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...