Hari pertunangan Hanna
Cincin pertunangan pun sudah dipasang. Hanna kini bergelar tunang orang. Cuma ahli keluarga terdekat sahaja yang menyaksikan pertunangan.
Astillah turut sama menyaksikan pertunangan itu berlaku. Ibu kepada tunang Hanna yang menyarungkan cincin itu. Dia tahu apa yang Hanna rasakan sekarang. Mungkin tidak sepenuhnya, tetapi sebagai seorang perempuan, dia boleh rasa apa yang perempuan lain rasa bila tahu kisah sebenarnya.
"Tak sangka aku jadi tunang orang dah..." Hanna merenung cincin di jari manis.
Astillah dan Hanna kini berada di dapur supaya ada privasi sedikit untuk mereka berbual.
"Ha'ah kan." Keadaan jeda sebentar. "Wei, teringin juga aku nak tengok tunang kau," sambung Astillah.
"Kau nak tengok ke?" Tanya Hanna.
Astillah mengangguk.
"Jom ikut aku."
Hanna mengheret Astillah ke tingkap ruang tamu. Dari situ, dia nampak figura seorang lelaki bersandar pada kereta. Dia tidak dapat cam lelaki itu memandangkan badannya membelakangi rumah.
"Wei, aku keluar jap," kata Astillah.
"Buat apa?" Tanya Hanna.
"Aku nak tengok lebih dekat. Sekaligus aku nak nasihatkan dia supaya jaga kau elok-elok!" Seloroh Astillah.
Satu cubitan hinggap di lengan Astillah.
"Auch, sakitlah!" Lengan Astillah diusap perlahan.
"Awas kau, kalau cakap bukan-bukan!" Mata Hanna dikecilkan.
"Ya, ya... Aku tak akan cakap bukan-bukan. Aku keluar dulu," langkah mula diatur.
Derap langkah semakin perlahan. Hati mula berdenyut laju. Kenapa seolah-olah dia kenal dengan figura lelaki itu?
Lelaki itu memusing tubuhnya dan membuka kaca mata Ray Bannya apabila merasakan seseorang menghampiri dirinya.
Mereka tergamam. Mata bertentang mata. Tidak lepas walau sedetik.
"Zafiyan..."
"Astillah..."
Serentak mereka berkata.
"Jadi awak tunang sepupu saya?" Air mata cuba ditahan sebisa mungkin.
"Hanna sepupu awak?"
"Ya." Dingin nada Astillah.
"Astillah..."
"Tak. Awak tak payah nak cakap apa-apa." Astillah cepat memintas.
"Tapi..."
"Saya kata awak tak perlu cakap apa-apa!" Suara Astillah naik seoktaf.
"Awak kena dengar, Astillah! Semua ini bukan kehendak saya! Saya terpaksa!" Suara Zafiyan turut sama naik. Dadanya turun naik.
"Semua dah terlambat, walau awak terpaksa sekalipun. Awak pun dah terlanjur setuju kahwin dengan Hanna suatu hari nanti. Moga awak boleh terima dan jaga Hanna elok-elok seperti mana awak membenarkan saya menghuni hati awak. Selamat tinggal..." Suara Astillah mengendur. Dia berlari anak hendak masuk ke dalam rumah.
Lagi lama dia berada dengan lelaki itu, lagi sakit hatinya. Dia tidak mahu menangis. Mujur saja empangan air mata dapat ditahan dari pecah.
Tidak disangka. Tidak diduga. Hanna ialah tunang kepada Zafiyan. Takdir dari Allah memang penuh dengan kejutan. Banyak mana kita pusing, akhirnya terjumpa juga.
Kenapa selama ini dia tidak sedar? Astillah merasa dirinya bodoh. Tarikh pertunangan yang sama. Cerita yang sama dari kedua belah pihak. Semua itu adalah petanda untuk dirinya.
Nasihat untuk Hanna diingat semula. Tidak dia sangka dia menyuruh Hanna menggoda dan memikat jejaka yang dia cinta semasa pasangan itu menikah nanti.
Dia tidak boleh biarkan perkara ini dalam pengetahuan orang lain, termasuk Hanna. Biarlah semua ini hanya antara Astillah dan Zafiyan.
Zafiyan... Moga awak bahagia dengan Hanna. Hati Astillah berlagu pilu.
Setelah mendapat beberapa kekuatan, dia masuk ke dalam rumah. Senyuman diukir. Namun senyuman itu senyuman pahit. Tidak ada seorang pun yang perasan akan senyumannya yang pahit itu. Tetamu ditegur seperti tiada apa yang berlaku.
Mungkin ini takdirku...
-Berakhirnya bahagian II...
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...