"Wei, sorry lambat!" Nafas Insyirah tercungap-cungap. Kerusi ditarik lantas dia duduk dan mencapai jus tembikai yang sudah dipesan oleh Astillah awal tadi.
Zeeta menyedut minumannya dengan straw lalu memandang Insyirah. "Rilekslah wei. Kitorang dah sedia maklum yang kau lambat."
"Ha'ah, dia ni..." Astillah bersetuju. "Aku nak ke kaunter jap. Teh 'c' special aku tak sampai-sampai lagilah." Sambungnya lagi.
Setiba dia di depan kaunter, "kak, teh 'c' special yang saya pesan tadi mana?"
"Sekejap ya, cik." Pelayan itu meminta diri untuk berlalu ke dapur.
Beberapa minit tidak lama, pelayan itu kembali bersama teh 'c' specialnya. "Maaf ya, cik. Lama sikit tadi. Ni dia minuman yang cik pesan tadi. Biar saya hantarkan kat meja cik."
"Eh, takpe. Alang-alang saya berdiri kat sini, biar saya jelah yang bawa."
Astillah mencapai minuman itu dari pegangan pelayan. Dia memusing badannya dan melangkah setapak. Namun tidak di sangka...
"Woi, habis baju aku basah! Jalan tu tengok-tengoklah!"
Astillah mendongak. What the... Mamat poyo ni lagi?! Apalah malang nasib aku...
"Kau?!"
Serentak mereka bersuara dan menunjuk sesama sendiri.
"Hei, pompuan! Apa masalah kau hah nak langgar aku je?! Takde kerja lain ke? Kau tengok baju aku ni. Kotor! Dahlah warna putih baju ni!" Si jejaka menengking.
"Kau tu yang apa hal! Asyik muncul depan aku je! Kau tahu aku bawa minuman yang kau main redah je jalan apa hal?!" Astillah turut sama melenting.
Astillah ni pun satu. Dah bagus pelayan nak bawakan minuman, yang dia terlebih rajin tawarkan diri kenapa? Kan dah kena...
"Kalau tak mengenangkan kau ni perempuan, dah lama aku bagi pelempang! Menyusahkan betul!" Si jejaka terus berlalu ke tandas di belakang.
Hatinya mendongkol geram. Huh! Dasar poyo! Kurang siuman! Mamat gila! Habis Astillah sumpah seranah jejaka itu. Kerusi ditarik kasar lantas dia duduk.
"Apa hal tadi tu? Siapa lelaki itu? Kau kenal ke?" Zeeta menembak pelbagai soalan.
"Mamat PKS dari planet mana entah!" Astillah merengus geram. Kalau dia naga, mungkin akan keluar api dari hidungnya. Serius geram!
"Mamat PKS?" Insyirah kerut dahi.
"Mamat poyo, kurang siuman!" Astillah menghentak meja. "Dahlah, jom keluar dari sini. Hilang selera aku! Tak kuasa aku nak hadap mamat PKS tu!"
...
Adam Hafiz melangkah masuk ke dalam rumah, kebetulan Zafiyan turun tangga hendak menonton televisyen di ruang tamu.
"Apa jadi dengan baju kau tu?" Tanya Zafiyan. Ada sedikit tompok kotoran yang kelihatan.
"Ada orang tertumpah minuman kat baju aku. Aku naik dulu tukar baju. Kejap lagi aku turun bawah nak cakap dengan kau."
Beberapa minit kemudian...
"Hah, apa hal nak cakap dengan aku?" Matanya mengekori kelibat Adam.
Adam duduk di sofa yang satu lagi. Bertentangan dengan Zafiyan.
"Tadi mama kau telefon aku. Katanya dia telefon kau banyak kali tapi tak dapat."
Zafiyan menilik telefon bimbitnya. Ada 20 panggilan tidak berjawab dari mamanya.
"Dia cakap apa?"
"Dia nak kau..."
...
Telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada satu panggilan. Nombor Malaysia? Namun, dia jawab juga panggilan itu.
"Assalamualaikum." Suara di hujung talian memberi salam terlebih dahulu.
"Waalaikumsalam. Maaf ini siapa?" Astillah cuba untuk kedengaran sesopan mungkin.
"Laa... Kau ni. Takkan tak kenal kut?"
Eh, macam kenal je... Jangan-jangan..."Hanna?"
"Hah, ingat pun! Sikit masa lagi aku nak merajuk, tapi tak jadilah." Hanna ketawa perlahan.
"Ya Allah, Hanna! Lama tak cakap. Kau apa khabar? Mak ngah pak ngah sihat?" Pelbagai soalan diajukan kepada Hanna. "Hah, macam mana kau dapat nombor aku?"
"Kami sihat je semua. Aku dapat nombor kau dari mak akulah. Mak aku dapat dari mama kau. Kan mereka tak pernah putus hubungan."
Hanna adalah sepupu kepada Astillah. Mereka rapat sewaktu kecil dahulu di Malaysia. Emak mereka pula adik-beradik.
"Aku telefon kau just to inform yang aku nak ke Brunei lusa ni."
"Betul ke?" Astillah melonjak keriangan. "Nanti kita jumpa nak?" Cadangnya lagi.
"Boleh je. Nanti aku sampai, aku contact kau."
"Beres."
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...