Bab ini lebih fokus kepada cerita Insyirah, so, enjoy! Dan terima kasih kepada yang sudi baca dan vote cerita ini! Bab ini juga 'kejutan' untuk seseorang, so yeah. Enjoy reading, my friend!
*Also, lepas bab ni, saya takkan update dalam jangka masa sebulan (mulai dari 1 december 2015) sebab ada masalah yang belum selesai. Katakanlah, kalau saya boleh selesaikan masalah sebelum tempoh sebulan, Insya Allah saya akan update serta-merta. Terima kasih sekali lagi kepada yang sudi membaca.
Sincerely,
Tiana.Bab 34
Brunei
Insyirah mundar-mandir di dalam biliknya. Entah kenapa hatinya gundah-gulana. Jiwanya tidak pernah tenang sejak kebelakangan ini. Macam-macam yang terjadi.
Pertama sekali, kemalangan jalan raya yang menimpa dia dan Firash sewaktu mereka hendak menuju ke butik pengantin. Selepas kereta itu dihantar ke workshop, mekanik itu menyatakan bahawa tali brek seolah-olah dipotong. Dari situ Insyirah mula gusar. Siapakah dia yang sanggup mencelakakan Insyirah dan firash?
Kedua- Baju pengantin Insyirah yang istimewa direka oleh pereka fesyen terkenal tiba-tiba hilang. Aneh. Takkanlah baju itu dijual sebab baju itu satu dalam seribu dan tidak dipamerkan. Kalau dicuri, apa kejadah? Kata penjaga butik itu, barang-barang lain tidak disentuh, cuma baju pengantin Insyirah saja yang hilang. Pelikkan?
Ketiga- Dewan yang mereka sewa untuk majlis persandingan dibatalkan! Atas alasan, ada orang lain yang menyewa dengan harga dua kali lipat dari apa yang mereka bayar. Apakah?
Insyirah jadi tidak keruan. Kepalanya agak pening memikirkan apa yang bakal terjadi selepas itu. Dia risau.
Kedengaran pintu diketuk dari luar. Insyirah yang dari tadi mundar-mandir terus berhenti dan membuka kunci pintu. Hajah Rashida merangkap ibu kepada Insyirah menapak masuk. Mereka sama-sama duduk di birai katil.
"Kenapa ni? Nampak macam gelisah je," tanya Hajah Rashida dengan penuh prihatin.
"Mummy... Syirah rasa tak senang. Banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini... banyak sangat halangan, mummy... Syirah takut..." adu Insyirah.
"Jangan cakap macam tu, Syirah. Nak berkahwin memang banyak ujiannya. Syirah kena tenang. Yakin pada Allah. Jangan putus berdoa kepada-Nya. Insya Allah, kalau Syirah memang sudah tertulis sebagai jodoh kepada Firash, perkahwinan ini akan terus berlangsung. Dah, sekarang ni Syirah cuma perlu bersedia je. Seminggu lagi majlis dah nak mula..."
"Hmm..."
...
Hari perkahwinan Insyirah dan Firash
Dahinya berpeluh walaupun suhu penghawa dingin agak tinggi. Mak andam itu pun belum siap lagi menyolek muka Insyirah. Gelang di tangan dari tadi dipintal-pintal. Resah jiwanya seperti ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
Bilik yang dikhaskan untuk pengantin perempuan diketuk pintunya.
"Masuk," Insyirah memberi keizinan.
Astillah menjengulkan kepalanya di sebalik pintu.
"El! Ya Allah, aku tak sangka kau datang!" Insyirah memeluk Astillah sekejap. "Mana Syazreena?" Tanya Insyirah selepas itu.
"Syazreena tak dapat datang. Ada hal kena selesaikan tapi dia ada kirim salam kat kau dan dia cakap tahniah. Anna mana?"
"Anna kata dia lambat sikit nak datang. Dia cakap dia ada hal juga nak selesaikan," ujar Insyirah.
"Oh... tak apalah kalau macam tu. Sekurang-kurangnya salah seorang dari kami datang. Kenapa tangan kau terketar-ketar ni? Nervous ke?" Tanya Astillah apabila melihat tangan Insyirah yang kelihatan seperti menggigil.
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...