Bahagian III - Bab 23

267 10 0
                                    

Dia adalah lelaki idaman wanita. Aku beruntung kerana dicintai dirinya. Rupa paras yang boleh tahan kacak hanya sebagai bonus bagiku. Aku melihat peribadinya. Aku memandang keikhlasannya. Aku inginkan kesetiaannya. Aku mahu hatinya tulus mencintai aku apa adanya.

Tak pernah dia kecewakan aku. Tak pernah dia lukakan aku. Hatiku sarat dengan rasa gembira. Tak pernah dia merungut dengan sikapku yang kebudak-budakan. Tak pernah dia marah dengan sikapku yang menjengkelkan. Kenapa kau begitu sempurna di mataku?

Bila kau tiada di depanku, hatiku didera dengan perasaan rindu. Bila ada di depan mata, aku meronta-ronta inginkan belaian kasih darimu.

Adakah kau benar untukku? Adakah aku Hawamu? Benarkah engkau Adam yang aku cari selama ini?

-Astillah-

Adam Hafiz menghela nafas berat. Sekuat mana pun dia cuba menghalang dirinya, tangannya masih gagah membelek lembaran buku berwarna ungu itu.

Sudah lama dia ingin pulangkan buku itu. Tetapi setiap kali hendak pulangkan, dia selalu lupa untuk membawa buku itu bersamanya walau berkali-kali dia ingatkan dirinya.

Bila sahaja dia membuka halaman pertama buku itu, dia tahu buku itu sangat penting bagi diri empunya. Adam Hafiz juga tahu dia bersalah untuk memecah privasi orang, tapi hatinya ingin tahu jalan cerita kehidupan orang yang dia cintai. Sudah lama dia mencari gadis itu, rupa-rupanya ada di depan mata selama dia berada di bumi Malaysia.

Wahai hati, kenapa engkau jadi begini?

...

Telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada satu panggilan masuk. Astillah yang berbaring sambil membaca novel terus berdiri dan mencapai telefon bimbitnya. Apabila nampak sahaja nama yang tertera, terus sahaja panggilan diangkat tanpa menghiraukan apa-apa.

"Papa! Assalamualaikum! Lamanya papa tak call!" Hati Astillah ceria bila Haji Fizul menelefon dia.

"Waalaikumsalam. Kamu ni, bingit telinga papa dengan suara kamu tu. Kerja dengan uncle Zawawi okey tak?" Kedengaran suara Haji Fizul di hujung talian.

"Apa pula tak okey, dah dua tahun lebih dah pun, pa. Dan papa, lagi satu, CEO kat syarikat uncle tak lama lagi akan bertukar selepas uncle bersara," kata Astillah.

"Oh ya? Anak dia ke?" Tanya Haji Fizul.

"Yup." Astillah menjawab.

"Anak dia yang mana satu?"

Astillah kerut dahi, "anak yang mana satu? Anak uncle ada berapa, pa?"

"Hish, kamu ni! Dah lama tinggal kat Malaysia takkan tak tahu lagi? Anak uncle  dua orang je..."

"Oh, hehehe..." Astillah tersengih. Kepala yang tidak gatal digaru. "Anak uncle yang nama dia Adam Mahriz," sambung Astillah.

"Oh, Adam Mahriz. Baik budak tu. Hah, adik jaga diri baik-baik tau kat sana." Pesan Haji Fizul.

"Papa pun jaga kesihatan tau kat Brunei tu. Jangan asyik nak kerja je. Mama mana? Tak dengar pun suara mama?"

"Mama kamu pergi pasar kejap. Nanti adalah tu balik."

"Oh, okey pa. Assalamualaikam."

"Waalaikumsalam." Salam dijawab. Talian diputuskan.

Novel tadi dibaca sambil berbaring di atas katil. Tidak sampai lima minit, telefon bimbit berbunyi lagi. Kali ini WhatsApp dari Syazreena. Telefon bimbit dicapai, WhatsApp dibuka.

Syazreena: El, kau ada dapat email tak?

Astillah: Email apa?

Syazreena: Email tentang reunion sekolah menengah. Setiap seorang boleh bawa dua ahli keluarga. Kawan lain pun boleh juga.

Astillah: Kejap aku check.

Astillah membuka emailnya melalui telefon bimbit. Fuh, seratus lima puluh inbox! Inilah hasilnya tidak memeriksa email selama enam bulan. Dia mencari email yang dimaksudkan oleh Syazreena. Dah jumpa! Matanya ralit membaca email itu. Lokasinya di Brunei, Empire Hotel.

Empire Hotel? Hmm... Boleh juga. Hampir pantai tu. Astillah bermonolog sendiri.

Aplikasi WhatsApp dibuka lagi.

Astillah: Syaz, kau join tak reunion tu?

Syazreena: Aku dah confirm ikut! :D

Astillah: Nak join jugalah :p kau ada plan nak bawa orang lain tak?

Syazreena: Aku bawa Yazid sekali dengan adik aku :DD

Astillah: Ohhhhhhh, lupa pula kau ada buah hati. Hahahahahahah! :P

Syazreena: Sajalah tu -.- kau pula ada bawa orang lain tak?

Astillah: Takde kut. Aku sorang je...

Syazreena: Ohh, jangan lupa bagitau admin tau yang kau ikut. Boleh tempahkan bilik hotel.

Astillah: Sip!

Kau Yang Tercipta (Completed)Where stories live. Discover now