Phewh! Hari Ahad. Astillah bangun lambat dari kebiasaannya. Cutilah katakan. Astillah bangun dari perbaringan, cuci muka dan ke dapur.
Dia membuka peti sejuk untuk mengambil minuman jus epal. Makanan di dalam peti sejuk semakin berkurangan jadi dia mengambil keputusan untuk membeli barang-barang keperluan pukul dua petang nanti.
Buat sementara waktu, dia ingin berehat di rumah dan melayan drama Eksperimen Cinta. Haih... Fahrin Ahmad. Astillah memang sangat minat kepada Fahrin Ahmad. Dia paling suka watak Fahrin Ahmad dalam drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna.
...
"Hmm... Makanan ringan nak beli ke tak? Beli jelah." Keropok Pringles yang tadinya dibelek dimasukkan ke dalam shopping cart. Selepas itu dia bergerak ke lorong sebelah untuk mencari barang yang satu itu. Matanya cuma memerhatikan satu persatu barang yang berada di depan mata tanpa menyedari orang yang berada di hadapannya.
"Alamak, saya minta maaf!" Astillah meminta maaf apabila tersedar yang dia terlanggar seseorang.
"Eh, tak apa. Langgar sikit je pun. Benda ni selalu berlaku kat kedai," kata orang itu.
Huh! Nasib baik tak marah. Astillah sempat memerhatikan wanita yang berada di hadapannya. Nampak dari wajah dia, seperti dalam lingkungan pertengahan umur 40-an. Mukanya penuh dengan ciri keibuan. Mungkin sudah berkahwin. Fikir Astillah.
"Kamu cari apa?" Tanya wanita itu.
"Err, seganlah saya nak cakap," Astillah mengurut tengkuk di sebalik tudungnya.
"Apa pula segan, cakap je. Manalah tahu aunty boleh tolong."
"Saya cari, umm... Benda yang err... Yang selalu perempuan pakai tu lah..."
"Oh yang tu ke? Barang tu dah kena pindah kat hujung sana," wanita itu menunjuk ke tempat yang dimaksudkan dengan jari telunjuk.
"Terima kasih, err..."
"Azura. Panggil je aunty Azura," wanita itu memperkenalkan dirinya. "Nak aunty tunjukkan tak?"
"Eh, tak apalah,aunty. Lagipun aunty dah bagitau tempatnyakan?" Astillah menolak.
"Alang-alang dah bertegur sapa, jomlah jalan sekali. Ada juga teman untuk membeli-belah," ajak wanita itu.
"Err... Okeylah," lambat-lambat Astillah setuju. Segan dia hendak menolak. Lagipun wanita itu nampak ikhlas mengajaknya jalan bersama-sama. Masakan dia menolak.
"Kamu dah lama ke tinggal area sini?" Tanya wanita itu, sekadar berbasa-basi. Tidaklah gadis itu berasa kekok dengan dirinya.
"Ha'ah. Dah dua tahun dah."
"Hmm, dua tahun... Tapi tak pernah jumpa pun kan? Kamu asal dari mana?"
"Saya asal dari Malaysia tapi sebelum ni saya tinggal di Brunei sebab waktu kecik dulu, orang tua saya memutuskan untuk berhijrah ke Brunei," Astillah membuka cerita sedikit.
"Nama mama kamu siapa? Maaflah kalau banyak tanya, tapi aunty nak tahu sebab kawan aunty ada juga tinggal kat Brunei yang asal Malaysia. Manalah tahu kut-kut dia mama kamu."
"Tak apa, aunty," Astillah hulur senyum sekilas. "Nama mama saya Hajah Rosnina."
"Hajah Rosnina..." Nama itu meniti di bibir. "Nama papa kamu Haji Fizul ke?" Dia bertanya lagi.
"Betul tu. Macam mana aunty tahu?"
"Kamu ada kakak kan?"
"Ha'ah..."
"Nama kakak kamu, Ina Shafina ataupun orang panggil dia Ina ke?"
"Yaa..." Dahi Astillah berkerut seribu. Macam mana wanita ini boleh tahu? Creeps me out, somehow...
"Emm... Nama kamu pasti Astillah kan?"
"Macam mana aunty boleh tahu semua tu? Saya tak kenal aunty pun..."
"Ya Allah, maaf lupa nak bagitau. Excited sangat. Mama kamu tu kawan aunty dan memang kamu tak kenal aunty sebab bila aunty jumpa kamu dulu, kamu masih baby lagi. Maaflah sekali lagi kalau buat kamu rasa kurang selesa."
"Oh..." Patutlah kenal pasal keluarga aku. "Tak apa, aunty. Biasalah, terkenang kawan lama kan? Saya pun macam tu juga kadang-kadang."
"Kamu kirimkan salam aunty kat mama kamu ya? Sebut je nama aunty pasti dia kenal."
"Okey. Terima kasih ya sebab temankan saya jalan-jalan. Insya Allah saya akan kirimkan salam aunty kat mama."
"Sama-sama. Aunty pergi dula ya? Kalau ada jodoh kita jumpa lagi."
Astillah senyum dan matanya menghantar langkah wanita itu pergi.
...
Penat! Itu saja yang boleh Astillah katakan. Barang-barang yang dibeli tadi diletakkan di atas meja di dapur. Air suam dituang ke dalam gelas dan diteguk perlahan. Hilang sudah dahaganya.
Setelah semua barang yang dibeli tadi disimpan ke tempat yang sepatutnya, dia membuka tudungnya dan masuk ke kamar mandi. Habis mandi, dia memakai baju dan mencapai komputer ribanya untuk untuk login Facebook.
Ada satu post yang menarik perhatian Astillah yang berbunyi 'Ira Abila (Insyirah) is engaged to Firash Ar-rayyan.' Terselit juga gambar pertunangan yang dimuat naik oleh Insyirah. Ibu kepada Firash menyarungkan cincin di jari sahabatnya. Tanpa berfikir panjang, dia menekan ikon comment.
El Ina (Astillah): Biar betul !?!?!! Bila? Kau tak bagitau aku pun... T_T
Ira Abila: Hehehe... :D aku lupa... Sorry....
El Ina: Haha takpe. Congrats :D This was unexpected. Like omg! Happy for you beb! Jangan lupa invite aku nanti masa kawin.
Ira Abila: Thank youuuu! :) Insya Allah aku jemput kau nanti.
Selepas itu komputer ribanya ditutup bila dia sudah puas bersembang dengan Insyirah. Dia mencapai novel Jangan Jatuh Cinta dan menghumban dirinya ke atas katil.
Hmm... Jangan jatuh cinta. Astillah merenung buku itu lama. Kalaulah dia tidak jatuh cinta, tidak mungkin dia akan berasa sakit juga kerana cinta. Cinta yang mengalir di dalam darah yang dulunya madu kini menjadi racun. Sakit. Dia berjanji kepada dirinya untuk tidak jatuh cinta. Berapa kali pun pintu hatinya diketuk, dia tidak akan mengalu-alukan kedatangan insan lain di dalam hatinya. Buat masa ini, biarlah dia sendiri. Dengan cara itu dia merasa bebas. Dia tidak akan terpedaya dengan kata-kata manis, juga tidak terkena dengan racun yang direnjis.
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...