Bahagian III - Bab 22

251 11 0
                                    

Kali pertama seseorang menyatakan perasaan cinta kepadaku. Dia menyapa aku setelah aku melupakan seseorang yang aku cintai sebelum dirinya. Tidak pernah terlintas di fikiran bahawa hatinya adalah untukku.

Saat pertama kali dia ungkapkan rasa cintanya padaku, aku jadi tak terkata. Ada satu perasaan menyelinap di dalam hati. Aku tidak pasti apa rasa itu, tapi iya membuat aku bahagia. Mungkin kerana itulah kali pertama seseorang mengungkapkan rasa cinta kepada aku.

Dia bertanya adakah aku bisa menerima dirinya. Apa yang harus aku katakan? Aku cuma mengangguk, tanda aku terima dirinya menjadi penghuni di dalam hati ini.

-Astillah-

Adam Hafiz menutup buku itu. Dia tahu dia tidak sepatutnya memecah privasi orang, tapi hatinya meronta-ronta ingin tahu isi kandungan buku itu.

Astillah... Nama itu meniti di bibir. Sudah lama aku mencari gadis itu.

Tok tok tok. Pintu diketuk. Tanpa menunggu izin empunya bilik, pintu dikuak perlahan.

"Bro, ayah panggil kat bawah. Katanya nak bincang sesuatu." Adam Mahriz memanggil Adam Hafiz.

"Okey bro." Langkah mula di atur.

Mereka turun ke bawah bersama-sama. Kelihatan ayah mereka sedang berbual dengan umi mereka. Nampak sahaja kelibat dua beradik itu, umi mereka mula beredar, tidak mahu masuk campur dalam urusan yang bakal dibincangkan.

"Hah, kamu berdua, duduk sekejap. Ayah nak bincang dengan kamu berdua." Dato' Zawawi mengarah mereka untuk duduk di sofa.

Mereka menurut.

"Ayah nak bincang tentang ZA Holdings. Kamu tahukan, ayah semakin tua? Ayah perlukan waris untuk ZA Holdings. Ayah nak sekurang-kurangnya salah seorang daripada kamu ganti tempat ayah."

"Tapi pa, kitorang punya business tu..."

"Sebab tu ayah cakap salah seorang daripada kamu." Dato' Zawawi mencelah.

"Baiklah, saya setuju gantikan tempat ayah. Tapi dengan satu syarat."

"Apa dia?"

...

"El, jom ke bilik mesyuarat. Bos dah sampai," ajak Syazreena.

Astillah dan Syazreena berjalan beriringan menuju ke bilik mesyuarat. Dengar kata, mesyuarat itu bertujuan untuk memperkenalkan bakal CEO ZA Holdings yang baru. Semoga bakal CEO yang baru ini sebaik Dato' Zawawi.

Astillah dan Syazreena tiba di bilik mesyuarat tepat pada masa yang ditetapkan. Punggung dilabuhkan pada kerusi yang tersedia. Pegawai-pegawai yang lain juga ada di situ, tetapi tidak semua.

"Assalamualaikum, tuan-tuan dan puan-puan. Tujuan saya memanggil kalian ialah untuk mengumumkan tentang bakal CEO baru kita. Saya rasa kamu semua sudah sedia tahukan yang saya tak lama lagi akan bersara? Maklumlah, usia semakin 'muda' katakan..."

Mereka ketawa kecil pada ayat terakhir Dato' Zawawi.

"Anyway, tanpa melengahkan masa, saya ingin memperkenalkan CEO baru kita iaitu anak saya, Adam Mahriz."

Adam berdiri dari tempat duduknya. "Assalamualaikum semua, saya tak lama lagi saya akan menjadi CEO kamu semua. Buat sementara waktu ni, saya ingin belajar selok-belok ZA Holdings. Mudah-mudahan kita semua boleh bekerjasama sebagaimana awak semua bekerjasama dengan Dato' Zawawi." Senyuman dihadiahkan.

Astillah memerhatikan wajah bakal CEO baru mereka itu. Melihat jejaka itu mengingatkan dia kepada seseorang. Mungkin pelanduk dua serupa... Nama pun hampir sama, tapi dia Adam Mahriz.

Kakitangan para lelaki bersalaman dengan Adam sambil megucapkan tahniah. Para wanita pula cuma sekadar mengucap tahniah dan menghadiahkn senyuman.

Giliran Astillah pula yang terakhir untuk mengucapkan tahniah. Setelah semuanya selesai, dia hendak keluar dari bilik mesyuarat tetapi terhenti langkahnya apabila Dato' Zawawi memanggilnya.

"El, nak ikut uncle ke DesHope Cafe tak masa lunch nanti?" Pelawa Dato' Zawawi.

"Boleh juga, uncle. Favourite kafe tu..." Astillah tersengih.

"Sekali dengan anak uncle ni hah." Bahu anaknya ditepuk perlahan.

"Oh, ya ke? Kalau macam tu tak apalah, uncle." Tidak jadi Astillah hendak ikut. Segan dengan anak Dato' Zawawi.

"Kalau dah setuju, tak boleh tarik balik."

"Tapi uncle, El..."

"Tak ada tapi-tapi. Ikut je."

"Okey, El keluar dulu."

...

Jam di meja dikerling sekilas. Dah masuk waktu lunch. Astillah memasukkan barang-barang yang penting ke dalam beg tangan. Barang yang lain ditinggalkan. Nanti dia balik semula juga ke ofis.

"Assalamualaikum. Astillah kan?"

Astillah mendongak apabila seseorang menyapa dia.

"Waalaikumsalam. Eh, encik Adam. Uncle mana?"

"Dia kata lambat sikit nak join. Dia suruh kita pergi dulu." Jelas Adam.

"Oh..." Astillah mula rasa tidak selesa.

"Takpe, saya tak makan orang pun. Jom." Senyuman meniti di bibir. Dia boleh meneka apa yang berada di fikiran gadis itu.

"Okey..." Astillah tertunduk-tunduk.

Apabila sampai di DesHope Cafe, mereka memilih tempat duduk yang paling hujung. Maklumlah, kafe itu sarat dengan jumlah pelanggan yang kunjung tiba dan pergi. Itu sahaja tempat yang kosong. Pelayan tiba dan mengambil pesanan mereka.

"Saya nak ke tandas dulu ya." Adam meminta diri.

Astillah cuma mengangguk.

Pesanan mereka tadi pun sampai, tapi Adam belum muncul lagi. Astillah merenung keluar jendela.

Selang beberapa minit, Adam kembali dari tandas. Dia duduk bertentangan dengan Astillah.

"So, awak dah lama ke kerja dengan ayah saya?" Adam memulakan bicara.

"Panggil El je." Kopi panas disisip sedikit. "Dah dua tahun lebih, so agak lama juga," sambung Astillah.

"Panggil El, eh? Kalau macam tu awak panggil saya Adam je."

"Tapi encik..."

"Tak ada tapi-tapi. Panggil Adam je."

"Okey, saya cuba." Bibir mengukir senyuman.

Kau Yang Tercipta (Completed)Where stories live. Discover now