Bahagian II - Bab 16

245 9 0
                                    

Astillah menguap seingin hati. Lepas membeli-belah dengan Insyirah kelmarin, nampak sahaja katil, terus direbahkan tubuhnya. Nasib baik tidak terlajak tidur.

Lepas habis mandi, baju dicapai dan disarungkan ke tubuh. Shawl diambil di dalam almari dan dililit ke kepala. Nice and simple! Bibir koyak dengan senyuman kecil. Langkah di atur ke tingkat bawah.

"Ma adik jalan ke UBD dulu. Adik pinjam kereta papa. Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam, drive elok-elok!" Laung Hajah Rosnina dari dapur.

...

Beg sandang dilepaskan dari pegangan dan diletakkan di atas kerusi. Kertas dan nota dikeluarkan dari beg. Apabila Astillah hendak meletakkan kertas-kertasnya. Ada satu cawan kopi yang masih hangat elok terletak di atas meja disertai dengan satu nota kecil. Nota itu diambil dan dibaca.

Untuk Astillah,
Saya nak awak ingat, setiap apa yang berlaku ada sebabnya. Sentiasa ingat kepada Tuhanmu :)

-FIZ-

FIZ? FIZ ni siapa? Tak pernah ada pun dalam kamus hidup aku... Astillah bermonolog sendiri. Kepala diketuk perlahan dengan jari telunjuk, memikirkan siapakah gerangan 'FIZ' itu.

Kepala ditoleh ke kiri dan ke kanan dengan harapan untuk melihat seseorang yang tidak dikenali yang mungkin sahaja menggelar dirinya FIZ. Namun tiada. Semua orang yang dia lihat, dia kenal.

Dia terlihat Insyirah yang sedang ralit bermain telefon bimbit sambil tersenyum dan tersengih. Niat hendak bertanya jika dia nampak orang yang meletakkan secawan kopi itu. Tapi tidak jadi memandangkan Insyirah seperti berada di dalam dunianya sendiri. Niat hendak mengusik pula terbit di hati.

"Ada orang tu kan, senyum tak sudah." Sengaja dinaikkan suara supaya Insyirah sedar dari dunianya.

Pipi Insyirah berona merah. Baru dia sedar dari lima belas minit yang lalu, apa yang dihiraukannya cuma telefon bimbitnya. Lebih tepat lagi, insan yang berbalas mesej dengannya.

"El..." Panggil Insyirah meleret.

Kirai Astillah dijongket, "apa?"

Senyuman kekok menghiasi bibir sebelum Insyirah berkata, "kalau aku bagitau kau satu benda ni, kau jangan marah eh?"

"Try me."

"Dulukan, masa sekolah menengah..." Nafas ditarik sekejap, "aku suka Firash sama masa dengan kau." Dalam satu nafas Insyirah luahkan semuanya.

Mata dipejam rapat untuk menunggu sebarang reaksi dari Astillah.

Mata dicelikkan semula apabila mendengar Astillah yang galak ketawa.

"Gila kau, aku nak marah! Benda tu dah lama kutz aku kan dengan Zaf sekarang ni," Astillah ketawa lagi.

"Oh, ya ke? Hehe..." insyirah tersengih.

...

"Awak dah lama tunggu ke? Maaflah tadi ada tugas kena siapkan."

"Eh, Firash, assalamualaikum. Tak lama. Baru je lima minit," bibir Insyirah koyak dengan senyum.

"Waalaikumsalam." Firash senyum juga. "Dah lunch ke? Kalau tak, jomlah. Saya belanja."

"Betul ke? Tak menyusahkan?"

"Apa pula menyusahkan? Takpe, saya belanja. Jom."

"Jom."

Langkah mula diatur ke tingkat atas. Mereka menjamu selera di Food Court di The Mall Gadong. Insyirah duduk menunggu sementara Firash mengambil makanan untuk mereka berdua. Beberapa minit kemudian, dua pinggan diletakkan di atas meja. Pinggan Insyirah berisi dengan nasi dan ayam kurma. Lauk kegemarannya.

"Awak masih ingat lagi makanan favourite saya?" Mata Insyirah tidak lepas menatap si pencuri hati.

"Semua pasal awak, saya selalu ingat." Selamba Firash menjawab. Mata mereka bertaut seolah-olah ingin menyampaikan hasrat hati yang tidak kesampaian.

Hailah... Bisa cair hati perempuannya yang rapuh dengan pandangan yang menikam. Bagai ada sesuatu yang menyedarkan mereka, pandangan yang bertaut serta-merta terlerai. Astaghfirullah, janganlah mereka hanyut dengan hasutan syaitan.

"Ehem," serentak mereka berdehem, meleraikan rasa cuak.

"Makanlah."

"Okey." Insyirah tertunduk, bersedia untuk suapan pertama.

Usai makan, mereka berjalan-jalan menjelajahi kedai-kedai yang ada di The Gadong Mall. Sekadar membuang bosan. Sambil-sambil berjalan, mereka membuka cerita zaman sekolah menengah dahulu. Ada duka dan nestapa. Ada canda dan tawa.

Satu sahaja topik yang Insyirah tidak mahu bangkitkan. Tentang Farah. Dia memang tidak ada satu pun informasi pasal Farah memandangkan dia enggan untuk bertanya kepada Firash. Dia tidak mahu hati yang sedia tergores, menjadi luka yang tidak berhenti berdarah. Apa yang dia rasa, biarlah kekal menjadi rahsia.

"Awak?" Firash melambai-lambaikan ke lima jarinya di hadapan wajah Astillah.

Insyirah masih mengelamun.

"Awak?" Kali kedua dipanggil masih tidak ada sahutan lagi.

"Awak!" Nada suara ditinggikan sedikit buat kali ke tiga, barulah Insyirah tersedar.

"Hah! Err... Kenapa?" Insyirah mula tak tentu arah.

"Sorrylah saya tinggikan suara tadi. Tapi awak mengelamun..."

"Oh, takpe..." Kepala Insyirah tunduk.

Kena tangkap mengelamun pula! Dia pura-pura meneliti setiap patung beruang yang comel dengan pelbagai saiz tersusun rapi dari rak atas hingga ke bawah.

Dia berkalih pada rak di sebelah kanan. Banyak patung doraemon yang comel yang tidak kalah jumlahnya dengan patung beruang tadi. Patung doraemon yang bersaiz sederhana diambil dan dibelek-belek.

Tiba-tiba Firash mengambil patung dari genggaman Insyirah. "Awak suka doraemon ke?"

"Suka. Dari kecik lagi..." Insyirah mengambil patung doraemon yang lain.

"Saya nak belikan patung doraemon ni untuk orang yang saya cintalah."

Farah le tuu... Insyirah mencebik dalam hati.

"Awak rasa yang ni comel tak?" Firash menunjukkan patung doraemon yang dimaksudkan.

"Comel." Sepatah Insyirah menjawab. Dia sudah tiada mood lagi.

"Tapi kalau yang ni..."

"Awak, kalau tujuan awak bawa saya jalan-jalan semata-mata nak minta pendapat saya untuk hadiah yang awak nak berikan tu, saya tak ada masa. Assalamualaikum."

Tanpa menunggu penjelasan dari Firash, Insyirah terus berlalu tanpa menoleh ke belakang. Tidak sedarkah lelaki itu bahawa hati dia sarat menangis apabila dia muncul kembali? Tidak sedarkah lelaki itu bahawa hatinya terluka apabila dibangkitkan soal cinta? Tidak sedarkah lelaki itu akan perasaan yang sudah lama dipendam hanya untuk dia?

Kau Yang Tercipta (Completed)Where stories live. Discover now