Surat yang berada di atas meja direnung lama. Hatinya meronta-ronta ingin mengetahui isi kandungan surat itu. Penting sangatkah benda itu, sampai-sampai ditulis didalam surat? Kenapa tidak hubungi sahaja melalui telefon bimbit?
Apabila tangan mahu membuka surat, bagai ada satu daya kuasa menyekatnya dari meneruskan pergerakan. Kenapa begitu? Astillah sendiri tidak tahu...
Setelah menunggu beberapa lama, tangan digagahkan jua untuk membuka surat. Matanya tidak lepas dari kertas. Mulutnya terkumat-kamit membaca setiap bait yang ditulis.
Nafasnya tiba-tiba tidak teratur. Air mata ingin jatuh namun cuba ditahan. Tidak mahu kelihatan lemah walau dia seorang sahaja berada di dalam bilik.
Astillah,
Pertama sekali saya nak awak tahu yang saya cintakan awak. Saya sayangkan awak. Tidak pernah ada sedikit pun niat untuk mempermainkan awak. Sewaktu kali pertama saya ungkapkan rasa cinta, setiap kata yang saya ucapkan, semua itu serius. Bukan main-main.
Awak adalah sang pencuri hati saya. Awak simpan hati saya elok-elok. Tidak pernah awak calarkan hati saya. Awak selalu mencuba buat yang terbaik untuk saya dan tidak pernah kecewakan saya walau sedetik.
Saya mengaku, awaklah orang pertama yang saya cintai. Tapi maaf, awak mungkin bukan yang terakhir untuk saya. Jangan salah faham, ini semua bukan salah awak. Bukan kerana awak. Tapi ini semua kerana diri saya sendiri.
Tujuan surat ini ialah untuk memberitahu perkara yang sebenar. Jujur saya katakan, sudah lama saya ingin memberitahu semuanya, tapi lidah saya kelu untuk berkata apabila tiba masanya.
Astillah, cuti semester ni, saya akan bertunang bersama perempuan lain. Dan habis belajar, kami akan nikah. Maafkan saya... Saya terpaksa menurut kemahuan orang tua saya. Saya tak mahu jatuhkan harapan mereka. Ini semua bukan kemahuan saya. Saya harap awak akan jumpa yang terbaik dari saya...
Maafkan saya, Astillah...
-Zafiyan-
Air mata yang dari tadi cuba ditahan, akhirnya merembes laju jatuh. Mana ada perempuan yang tidak menangis tentang perkara ini. Apatah lagi hati sudah terpaut. Dan hati yang terpaut dirembat kasar sehingga carik menjadi seribu keping.
Lututnya terketar-ketar, tidak mampu menampung berat badan. Akhirnya dia terduduk melutut. Tidak sanggup rasanya untuk hadapi cabaran yang akan datang. Sedangkan masalah ini membuatkan dia jatuh melutut, sanggupkah dia hadapi rintangan yang lain? Subhanallah...
Zafiyan... Hatinya merintih. Berulang-ulang nama itu meniti di bibir.
...
Insyirah menyimpan setengah daripada barangnya di dalam loker. Cuma dibawa nota yang penting sahaja. Apabila dia tutup loker...
"Firash! Awak ni, terkejut saya," Insyirah mengurut dadanya perlahan.
"Awak marah saya ke?" Firash tiba-tiba melontar soalan yang tidak terduga.
"Hah?" Insyirah kebingungan.
"Saya tanya awak marah ke?" Firash tanya sekali lagi.
"Marah?" Insyirah masih tidak faham dengan soalan yang dilontarkan.
"Ha'ah, marah. Yang pasal hari tu kat kedai. Pasal patung doraemon." Firash beriya-iya menjelaskan.
"Oh... Pasal tu. Kenapa awak fikir saya marah?"
"Sebab hari tu suara awak macam marah je... Lepastu awak belah macam tu je..." Suara Firash mengendur.
"Tak, saya tak marah. Waktu tu saya rushing. Awak jangan risaulah..." Insyirah menghadiahkan senyuman.
"Betul ni?"
Insyirah mengangguk perlahan.
"Thank you..." Bibir mereka carik dengan senyuman.
...
Semua yang berlaku adalah qadha dan qadar Allah. Kita boleh bersedih, tapi jangan lebih-lebih. Utamakan cinta kepada yang Maha Esa.
-FIZ-
Astillah tergamam membaca nota yang diberikan. Hatinya masih tertanya-tanya, siapa gerangan FIZ itu. FIZ itu seolah-olah tahu akan masalah yang dia hadapi.
Mudah-mudahan aku bertemu dengan dia suatu hari nanti. Astillah berdoa di dalam hati.
Kopi itu diminum. Sedap. Setiap minggu, kopi yang berlainan rasa, akan terletak elok di atas meja. Tidak tahu sama ada buatan sendiri atau dibeli. Tapi rasa kopi itu boleh menenangkan fikiran sekejap.
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomansaHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...